Bangunan lama Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.
Subuh tadi, selepas off alarm aku scroll sekejap fb dan terhenti apabila terpandang gambar lama hospital perkongsian dari Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Melihat gambar lama tersebut buat aku teringat bangunan lama Klinik Desa Teluk Kumbar, Penang.

Seingat aku, sempat la aku bawa 4 orang anak aku untuk cucuk vaksin dan pemantauan kesihatan bayi dan kanak-kanak. Klinik tersebut beroperasi menggunakan bangunan kayu kini telah dinaik taraf dan digantikan dengan bangunan konkrit.

Comel je bangunan kayu di tepi pantai. Selepas selesai rawatan, aku layan view pemandangan laut biru yang terbentang luas sambil dukung anak. Memang mengamit memori bila teringat. Stop cerita tentang memori aku. Berikut aku kongsikan situasi terkini mengenai hospital hybrid.


Pakar-pakar Klinikal dan Ketua-ketua Jabatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

Saya telah berkesempatan pada petang tadi untuk meluangkan masa untuk bertemu dengan Pakar-pakar Klinikal dan Ketua-ketua Jabatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

Turut hadir sama ialah Dato' Dr. Haji Bahari bin Dato' Tok Muda Haji Che Awang Ngah, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, pengurusan tertinggi JKN Pahang dan HTAA. Taklimat mengenai kesiapsiagaan menghadapi pandemik COVID-19 di hospital ini telah disampaikan oleh Dr Norazmi Abdullah, Pengarah HTAA.

Hospital ini telah wujud sebagai Rumah Sakit Kuantan pada sekitar tahun 1904 dengan bangunan berstruktur kayu. Pada masa itu, disiplin perubatan, wad-wad serta perkhidmatan adalah sangat terhad. Bangunan dan perkhidmatan telah ditambahbaik selaras dengan keperluan yang kian meningkat. Pada tahun 1995, Hospital Kuantan telah dinamakan semula sebagai Hospital Tengku Ampuan Afzan sempena perasmian bangunannya yang baharu.

Kini, HTAA merupakan hospital berpakar major dengan 24 skop perkhidmatan kepakaran dan 3213 petugas kesihatan daripada pelbagai disiplin. Semasa pandemik COVID-19, HTAA juga berperanan sebagai sebuah hospital hybrid, di mana ianya merawat pesakit COVID-19 dan pesakit bukan COVID-19. Pada 6 Februari 2021, kadar penggunaan katil ICU yang dikhususkan untuk kes COVID-19 adalah pada kadar 69%.

Pandemik ini sememangnya menguji daya ketahanan sistem kesihatan negara kita dengan tekanan dan keperluan yang luar biasa. Kolaborasi dan kerjasama pintar merentas sektor dan agensi telah banyak membantu, namun masih boleh lagi dipertingkatkan. Adalah diharapkan semua pihak dapat fokus dan bersatu padu menggembeleng tenaga memerangi musuh kita yang sama, iaitu virus COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama