Aku Yang Kau Gelar Isteri, Drama Seram di Slot Samarinda TV3

"Rai. Kau tunggu nasib kau."

Bermula dari detik tu aku dah rasa, konfem si Laila (Sharifah Sakinah) ni berdendam dengan Rai (Nadia Brian) dan Eizlan (Adi Putra). Eizlan ni pun satu, tak perlu la guna ayat ‘sayang’ pada kawan baik. Nak nak pula kawan tu perempuan. Risau, jika betul kawan baik dalam diam ada hati, menyintai dalam diam, kan dah jadi macam Laila.

Jarang la Slot Samarinda TV3 nak siarkan cerita seram. Bagi aku seram drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ni taklah terlalu seram. Dan selepas melihat teaser di Youtube TANAH BERIS FILM PRODUCTION SDN BHD akan ada pelbagai perkara mistik yang terjadi. Ada satu sedutan Rai macam kena sihir atau santau. Eizlan pula macam dah angau kat Laila ketika kali pertama dia terlihat Laila selepas 10 tahun tak bertemu. Eizlan lupa, dulu dia yang hina dan kutuk kaw-kaw Laila. Atau mungkin sihir Laila pada Eizlan menjadi.

Aku tonton drama ni di iQiyi. Percuma dan tanpa iklan. Dah masuk episode ke 2 dan cerita semakin best. Hope trendinglah drama ni. Pelakon pun setakat ni berjaya bawa watak dengan baik. Masih ada yang sanggup mengamalkan sihir, ilmu hitam, dan santau apabila cinta tak kesampaian.

Aku Yang Kau Gelar Isteri, Drama Seram di Slot Samarinda TV3

SINOPSIS AKU YANG KAU GELAR ISTERI

Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati. Selepas emak Laila meninggal dunia, Laila ikut Embun (Lana Nordin) berhijrah keluar dari kampung. Dia tinggal bersama Embun dan di sinilah Laila mula belajar ilmu hitam bergurukan Embun.

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan semula Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Sebuah cerita seram yang ditulis oleh Syed Mohd Taufik. Inilah julung-julung kali cerita seram di siarkan di TV3. Perlu diingatkan hanya 30 peratus scene-scene yang mendebarkan.

Cerita ini diterajui oleh Shuhaimi Lua. Dibintangi oleh Dato Adiputra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Aznah Hamid, Rashidah Jaafar, Zaki Azeman, Rosli Rahman Adam, Kuza, Lana Nodin, Syarafi, Zahir Deck, Ferth Jasni, Baby Izreen, dan lain-lain.

JUDUL : AKU YANG KAU GELAR ISTERI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 17 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Lana Nodin, Baby Azreen, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zahir Deck, Ferth Jasni, Razali Abdul Ghani, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran

WATAK PELAKON
Adi Putra sebagai Ezlan
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Raihani
Atiq Azman sebagai Pian
Lana Nodin sebagai Embun
Zaki Azeman sebagai Naim
Ummar Dzariff sebagai Rais
Laura Olivia sebagai Ain
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Jasper Supayah sebagai Rose
Baby Azreen sebagai Maryam
Puteri Ateeqah Ayu sebagai Maisarah
Zahir Deck sebagai Amin
Ferth Jasni sebagai Fakhri
Razali Abdul Ghani sebagai Abang Darus
Zaleha Abdul Kadir sebagai Mak Wan
Syarafi Sudarmaji sebagai Zairi
Ariff Amran sebagai Hadi



Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama