Bramfield House : Rumah Inggeris Bertiang Seri karya Maria Kajiwa

Setiap karya Maria Kajiwa tak pernah mengecewakan dan pasti ada kelainan. Dari cerpen hinggalah ke novel, plot twist cerita adakalanya tak aku jangka. Bramfield House membawa aku mengembara ke zaman selepas pemerintahan British dan Jepun. Susunan cerita smooth dan tak meleret. Seramnya terbayang. Pilunya meruntun jiwa.

Tiang seri dalam bidang seni bina bermaksud sebatang tiang paling tinggi terletak di tengah ruang rumah. Tiang ini tidak berdinding dan merupakan tonggak utama untuk menyokong kedudukan rumah. Biasanya di ambil dari sebatang pokok keras seperti Cengal dan Balau.

Kalau ada tiang seri, mesti ada penunggu. Kan? Dan apa istimewanya tiang seri dalam rumah Inggeris?

BRAMFIELD HOUSE: RUMAH INGGERIS BERTIANG SERI
ISBN - 978-983-822-067-5
HARGA : RM22.00
GENRE : SERAM

Rumah takkan lengkap tanpa tiang seri. Tiang seri takkan lengkap tanpa semangatnya. – KAPTEN BROCK

Ceritanya bermula pada tahun 1947 - enam tahun selepas kematian Kapten Brock Bramfield.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, ibu bapa Kapten Brock, Tuan Rupert dan Puan Emmeline tiba di Cameron Highland untuk menghidupkan semula rumah rehat yang dibangunkan oleh anaknya yang diberi nama ‘Bramfield House’ yang terletak di atas sebuah bukit.

Kedatangan mereka diuruskan oleh Winston, sahabat baik Kapten Brock juga pemegang amanah bagi menguruskan Bramfield House.

Namun, masalah bermula sejak malam pertama mereka menginap di rumah tersebut. Gangguan demi gangguan berlaku.

Penemuan tulang di perigi belakang rumah dan kematian ngeri orang kampung menimbulkan semula ingatan kepada beberapa kejadian ngeri yang pernah berlaku di situ.

Kehadiran ibu bapa Kapten Brock di situ juga menghidupkan semula dendam orang kampung kepada apa yang pernah dilakukan Kapten Brock kepada seorang gadis bernama Basariah.

“Dia nak darah manusia.” - ANDAK

“Musuh Brock bukan seorang.” - WINSTON

Rahsia terbongkar, penipuan tersebar.

Mampukah Bramfield House dihidupkan semula? Siapa pula yang akan bakal menjadi korban?

Setiap senja menjelma, setiap subuh menghilang. Makhluk itu punya kuasa, mematikan nyawa anak Adam yang mencabar kewujudannya.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. macam bukan hantu tu je yang kacau. Ke ada yang bunuh orang lain tapi guna nama hantu? Ishhh kena cari novel ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hantu tiang seri. Kena cari novel ni. Masa baca akak mulalah terbayang artis itu ini. 😅

      Padam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama