Filem 10 tips tipu bini filem pertama Awie dipawagam rumah anda dari Astro First. #AstroFirst #tips #10tipstipubini #filemkomedi #kumpulanwings #filemkomediMalaysia2021

Komunikasi, lakonan dan penipuan yang mantap adalah antara skill asas yang perlu anak murid mahir untuk elak kegagalan rancangan. Itu antara mukadimah yang Brother Love kongsikan kepada Raffi, Kay dan Jepp. Dengan perancangan teliti hasil perguruan mereka, percutian ke Pulau Pinang bersama 3 gadis pelatih sukses.

Sakit pula hati aku melihat mereka bertiga. Selamba menipu bini masing-masing walaupun takut-takut. Aku harap ada lagilah filem komedi santai dengan skrip ‘makan dalam’ daripada Awie.

Nak tahu tahap mana suksesnya plan tiga sahabat bersama the skandals, korang jangan lupa support dan tonton ye. Aku sertakan sedikit sinopsis filem.

Mengisahkan tentang tiga sahabat karib — Raffi, Kay dan Jepp yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events milik Datuk Dean.

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya, bila mereka berada di rumah, mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Pun begitu, mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama Dubuk Liar. Dan disebabkan mereka bertiga ini boleh dikatakan sedang mengalami masalah "Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami seangkatan itu, terbit niat untuk melakukan sesuatu tetapi dalam keadaan takut-takut. Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis pelatih yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka.

10 Tips Tipu Bini ialah percubaan sulung Awie sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan miliknya, Rumah Produksi Merah yang ditubuhkan pada 2020. Filem komedi Malaysia 2021 arahan Azizi "Chunk" Adnan dengan skrip ditulis oleh Armada Al-Haq.

Aku terbaca dalam temuramah bersama Astro Gempak, Awie menjelaskan filem ini diinspirasikan daripada kisah teman-teman sekeliling dan isu yang diketengahkan ialah hakikat sebenar yang benar-benar berlaku dalam masyarakat Malaysia. Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada Julai 2020. Awie sendiri turut berlakon dalam filem pertama terbitannya ini dan turut menyumbangkan runut bunyi filem berjudul "Sang Kekasih" dan "Dubuk Liar", yang dinyanyikan oleh kumpulan rock legenda, Wings

Pelakon Terlibat

Ropie Cecupak sebagai Raffie

Khir Rahman sebagai Kay

Joey Daud sebagai Jepp

Awie sebagai Brother Love

Elizabeth Tan sebagai Anna

Vicha Saywho sebagai Aishah

Nazia Mustafar sebagai Jas

Ziema Din sebagai Khatijah

Amy Nur Tinie sebagai Eisya

Monica Picca sebagai Sara

Jehan Miskin sebagai Johan

Nasir Bilal Khan sebagai Ayah King

Atu Zero sebagai Zero

Azlee Jaafar sebagai Dato' Dean


Satu Skandal Satu Phone Satu Nombor


2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Pelakon semua best2. Kena tengok ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tengok. Cerita tak boring. Banyak tips yang dikongsi... 😁

      Padam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama