Sesi persekolahan 2021

20hb Januari 2021 menjadi tarikh yang mana mungkin kita lupakan. Sesi persekolahan tahun ini berbeza di sebabkan negara sedang berhadapan dengan pendamik Covid-19. Angka kes masih tinggi. Ribu riban sehari. 

Awal pagi Daniel, calon SPM 2020 dah bangun. Kali ini pelajar SPM 2020 perlu ke sekolah dengan kawalan SOP yang ketat. Dah lama peperiksaan SPM tertangguh di sebabkan Covid-19. 

Semalam 19 Januari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan peperiksaan percubaan SPM 2020 dibatalkan. Walaupun sekolah anak aku sempat selesaikan trial, tetapi masih terdapat sekolah yang belum selesai melaksanakan. 

Pagi ni Daniel ke sekolah abah dia hantarkan. Balik nanti pun kalau bukan abah dia, aku yang akan ambil. Ini semua bagi menjaga SOP ketika perlu keluar dari rumah. 

Selesai urusan Daniel, aku kejutkan anak yang lain untuk sesi persekolahah secara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kelas Hud, pelajar tahun 1 2021, bermula pada jam 8 pagi. Selesai mandi ketika nak pakai baju, adalah Hud tanya aku, 

“Mama, mana baju sekolah Hud?” 

Sebagai seorang insan biasa, mana mungkin aku tak tersentuh dengan pertanyaan Hud. Sesi persekolahan dia tahun ini amat berbeza dengan kakak dan abangnya. Tapi tak perlulah nak emo sangat. Ini semua adalah perjuangan kita bersama selagi Covid-19 belum reda. 

Settle breakfast, Hud dah tunggu arahan pertama di handphone. Semalam cikgu kelas Hud dah create group WhatsApp dan masukkan nama mak atau ayah dalam group. 

Lagi 5 minit pukul 10 pagi baru cikgu Hud beri tugasan pertama. Sebelum tu, aku biarkan Hud layan channels Boomerang supaya dia tak ganggu sesi pembelajaran kakak dan abang dia. Aku pula dah macam lipas kudung siapkan kerja rumah. 

Pelbagai teknik pengajaran dari guru dan kerenah anak-anak yang aku lihat ketika hari pertama PdPR. Semuanya masih dalam tempoh penyesuaian. Masih ada kekurangan. Diharap segala kelemahan dapat di ubah. Semoga ada solusi terbaik yang tidak membebankan guru, murid dan ibubapa.


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama