Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia masih belum reda sepenuhnya. Masih terdapat kes baharu di laporkan setiap hari. Kesan pandemik ini menyebabkan ada beberapa perniagaan tidak mampu bertahan dan terpaksa ditutup.
Ramai yang hilang pekerjaan dan terputus perbelanjaan. Buat pemilik perniagaan yang masih mampu membayar gaji pekerja dan meneruskan urusniaga, syabas saya ucapkan. Walaupun elaun itu ini terpaksa di tarik balik namun itu lebih baik dari hilang pekerjaan.
Baru ni sepupu aku ada kongsi cerita dengan aku yang majikannya ( bekas majikan aku juga) terpaksa potong elaun pekerja buat sementara waktu. Aku yang terdengar pun rasa sedikit ralat. Terus tanya, cukup ke duit belanja dia sekeluarga? Sebolehnya bekas majikan aku tu tak nak berhentikan pekerja sediaada. Langkah sementara waktu itu terpaksa di ambil agar kos perbelanjaan yang lain tiada yang tertangguh.
Aku masih ingat lagi, akaun zakat pendapatan bekas majikan aku ni memang cantik bayarannya. Begitu juga dengan akaun pekerja lain yang layak bayar zakat pendapatan. Bila tiba hujung tahun memang aku sibuk sedikit. Busy menyemak, mengemaskini dan memastikan caruman zakat pendapatan majikan dan pekerja profesional yang terlibat betul potongannya.
Alang-alang dah tercerita bab zakat pendapat, aku kongsikan juga sedikit info mengenai zakat pendapat. Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.
Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan yang lumayan terutamanya bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman ini, apatah lagi profesion makan gaji sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang.
Apa Itu Zakat Pendapatan?
DALIL ZAKAT PENDAPATAN
Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.[Al-Baqarah (2): 267]
Dalam sebuah Hadis (yang bermaksud): Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:
Sedekah ditekankan atas setiap Muslim lalu para Sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan) Beliau menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah (HR Bukhari & Muslim)
Al-athar para Sahabat turut menjadi dalil kewajiban zakat pendapatan. Diriwayatkan daripada Abu Ubayd diterima daripada Hubayrah ibn Yarim, beliau berkata (yang bermaksud):
“Abdullah ibn Masud memberikan kepada kami sebuah bakul yang berisi barang yang bernilai, diambil sebahagiannya untuk membayar zakat.”
Fatwa Tentang Zakat Pendapatan
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
Hukum zakat pendapatan adalah wajib ke atas umat Islam. Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Selangor hendaklah membayar zakat pendapatan kepada Pusat Zakat Selangor
Fatwa Kebangsaan Tentang Zakat Gaji & Pendapatan Profesional
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional.
Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.
NISAB DAN HAUL ZAKAT PENDAPATAN
Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih. Pakar-pakar di kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat pendapatan. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak mensyaratkan haul ke atas zakat pendapatan gaji adalah atas beberapa faktor, antaranya:
i. Pertama, faktor keumuman nas-nas al-Quran yang mewajibkan orang kaya tentang kewajipan membayar zakat sebagai bukti iman dan kepatuhan seseorang kepada agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) (Al-Baqarah[2]: 267)”
ii. Mengecualikan syarat haul dalam zakat pendapatan lebih bertepatan dengan konsep keadilan. Ini kerana dengan mengenakan syarat haul, bermakna sistem zakat memberi kesempatan kepada orang-orang kaya untuk mengelakkan diri daripada membayar zakat. Hal ini terjadi apabila sesiapa yang boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak mempunyai wang yang berbaki dalam setahun untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat dengan menyimpan wang hasil pendapatan dalam setahun dibebankan dengan zakat. Ia sudah tentu tidak mencerminkan keadilan dalam sistem zakat itu sendiri.
Pada masa yang sama tidak mensyaratkan haul lebih meraikan maslahat umat Islam kerana setiap orang kaya akan menanggung keperluan ekonomi masyarakat.
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN
Bagaimana Cara Kira Zakat Pendapatan?
PERLUKAN PENIAGA HARIAN MENGELUARKAN ZAKAT?
Perlukah peniaga harian mengeluarkan zakat harian. Misalnya dia dapat RM100 maka dia keluarkan zakatnya RM2.50?
Jawapan:
Bagus soalan ini. Mari saya ceritakan tentang zakat pendapatan ini secara ringkas, mudah dan jelas.
1. Zakat pendapatan ini tidak mempunyai syarat haul (perlu simpan setahun). Maka, semua pendapatan dalam setahun itu wajib dizakatkan pada tahun itu juga.
2. Cara paling senang kira zakat pendapatan, kita kumpulkan semua pendapatan sehingga ke hujung tahun (Disember) baru keluarkan zakatnya. Misalnya pendapatan kita RM100 sehari maka sebulan ialah RM3000 x 12 bulan = RM36,000.00.
3. Maka dari RM36,000.00 itulah dikirakan zakat pendapatannya. Caranya dengan menolak perbelanjaan asasi seperti mana yang ditetapkan di dalam Had al-Kifayah (tolakan mengikut keperluan asasi diri dan tanggungan). Katakanlah Had al-Kifayah kita ialah RM15,000.00.
4. Sila ambil jumlah pendapatan tahun itu dan tolak Had al-Kifayah.
RM36,000.00 - RM15,000.00 = RM16,000.00
Ambil baki RM16,000.00 itu dan bandingkan dengan nisab semasa. Katakan nisab semasa ialah RM15,000.00, maka baharulah kita WAJIB bayar zakat dengan terus mendarabkan RM16,000.00 × 2.5% = RM400.00
5. Jika sekiranya nisab semasa adalah lebih tinggi dari RM16,000.00 (misalnya RM18,000.00), maka kita tidak wajib bayar zakat pendapatan. Jika bagi juga ia adalah pilihan sebagai sedekah dan amat digalakkan.
6. Isu lain timbul bagi orang yang makan gaji dan nak bayar zakat pendapayan bulanan. Hukumnya harus sahaja. Cuma orang itu wajib menzakatkan atas lain-lain pendapatannya pada penghujung tahun nanti.
7. Katakan kita dapat gaji RM5,000.00 sebulan dan kita pun potong zakat bulanan. Baik, zakat atas pendapatan tetap (gaji) dah selesai. Tetapi pendapatan lain seperti hasil ceramah, saguhati MC majlis, jualan atau perniagaan yang bermusim (seperti durian dan kuih raya), pemberian orang atau pewarisan, MLM dan sebagainya masih belum dizakatkan. Semua pendapatan ini wajib dikeluarkan zakatnya dengan cara digabungkan dan ditolak kos terlibat dan didarabkan 2.5%.
Formula:
Semua pendapatan selain gaji - kos atau modal terlibat = jumlah × 2.5%.
Tak perlulah dicampurkan dengan pendapatan gaji tadi kerana gaji kita dah bayar zakat melalui potongan bulanan.
Nota: Cuma jika gaji bulanan kita rendah dan tak sampai nisab, maka wajib kita gabungkan dengan semua pendapatan lain terlebih dahulu untuk menentukan jumlah keseluruhan pendapatan dan jika ditolak Had al-Kifayah ia masih menyamai atau melebihi nisab, dikeluarkan zakatnya 2.5%.
Formula:
(Gaji - Had al-Kifayah) + (Lain-lain pendapatan - Kos terbabit) = jumlah mesti mencapai atau melebihi nisab × 2.5% = zakat.
Untuk info lanjut boleh layari
Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/zakatselangor/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Youtube: https://www.youtube.com/user/LZStube
Twitter: https://twitter.com/zakatselangor/
Haaa, barulah jelas... dok terfikir-fikir jugak regarding zakat pendapatan ni... terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini ya Eiza...
BalasPadamZakat pendapatan ni memang perlu untuk bersihkan pendapatan kita
BalasPadamBanyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...
BalasPadamMemang kene ambik tau pasl zakat ni
BalasPadamJom tunaikan zakat.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!