i-Sinar KWSP

Tengah malam semalam, selepas draf artikel aku lulus...aku scroll la fb. Manalah tahu ada rezeki job penulisan untuk aku. Boleh la aku hantar detail Socmed. Scroll punya scroll, tiba-tiba ternampak sharing dari page Persatuan Abang Tanjung Penang 'done' apply i-Sinar. Siap share link i-Sinar KWSP. 

Aku pun apa lagi, terus tekan link, baca dengan berhati-hati dan lengkapkan semua info yang diminta.
Si Elya sangat membantu aku sebab dia tolong kirakan jumlah amount yang aku nak keluar jika aku simpan akan sekian-sekian jumlahnya semasa umur aku 55 tahun kelak. Murni sungguh niat si Elya ni. Thanks babe!
i-Sinar KWSP

Perkara Penting Sebelum Mohon iSinar

Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:

Masih aktif
Milik anda
Bukan akaun bersama

PENTING:

Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

Permohonan i-Sinar Kategori 1 , permohonan bermula 21 Disember 2020

i-Sinar KWSP
𝐏𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐢-𝐒𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐊𝐖𝐒𝐏

Berikut adalah panduan cara memohon iSinar secara online:

1. 𝙇𝙖𝙮𝙖𝙧𝙞 𝙝𝙩𝙩𝙥𝙨://𝙞𝙨𝙞𝙣𝙖𝙧.𝙠𝙬𝙨𝙥.𝙜𝙤𝙫.𝙢𝙮 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖 21 𝘿𝙞𝙨𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧 2020.

2. 𝙈𝙖𝙨𝙪𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙉𝙤𝙢𝙗𝙤𝙧 𝙊𝙏𝙋

Nombor OTP akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda. Selepas anda SAHKAN OTP, anda akan dibawa ke laman seterusnya.

Jika nombor OTP tidak diterima, harap bersabar. Sila tunggu untuk penghantaran semula.

3. 𝘿𝙪𝙖 𝙇𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙋𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙖 𝙈𝙤𝙝𝙤𝙣 𝙞-𝙎𝙞𝙣𝙖𝙧

Pada laman ini, anda perlu mengisi Langkah 1: Amaun pilihan dan Langkah 2: Jadual Bayaran i-Sinar.

4. 𝙄𝙨𝙞 𝙈𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩 𝙋𝙚𝙧𝙢𝙤𝙝𝙤𝙣𝙖𝙣 & 𝙈𝙖𝙠𝙡𝙪𝙢𝙖𝙩 𝙋𝙚𝙢𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧𝙖𝙣

Selepas anda melengkapkan maklumat permohonan, anda perlu mengisi maklumat pembayaran.

Sekali lagi, anda akan diingatkan potensi amaun pengeluaran anda akan berganda dengan jumlah tertentu jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun. Anda juga diberi peluang sekali lagi untuk menukar amaun pengeluaran i-Sinar.

5. 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙚𝙨𝙖𝙝𝙖𝙣

Anda perlu menyemak kembali maklumat pemohon. Anda perlu tanda [ / ] bagi mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan bagi permohonan ini adalah benar dan betul, juga anda telah membaca kesemua syarat dan anda bersetuju.

Kemudian pilih butang HANTAR.

6. 𝘾𝙚𝙩𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣
i-Sinar KWSP
Permohonan anda sudah selesai! Anda boleh mencetak dan simpan maklumat permohonan i-Sinar ini.

i-Sinar KWSP
Untuk pengetahuan semua,

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000

Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar akan dibuat?

Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama