Dah masuk episod 4 masa aku tonton drama ni. Makin panas jalan ceritanya. Suka aku tengok Kayra yang masih kuat menepis semua mukadimah percintaan dari manusia yang pernah buli, hina dan fitnah dia ketika di sekolah menengah dahulu.
Aku okay je dengan semua pelakon dalam drama ni. Apa salahnya beri peluang pelakon baru. Mereka pun tak kurang hebatnya. Taklah asyik pelakon yang sama je kan.
Isu buli, dengki, iri hati, fitnah dan hina di kalangan pelajar sekolah memang wujud. Ada yang berpuak-puak, geng itu dan ini. Mangsa pula terdiri dari mereka yang pembuli nampak senang nak buli.
Ada yang di buli secara fizikal dan ada juga yang dibuli secara mental. Tiba-tiba sahaja rakan menjauhkan diri. Tiba-tiba sahaja orang lain mula pandang semacam. Kaki buli ni memang licik atur agenda nak aniaya orang.
Hope yang pernah kena buli atau yang sedang dibuli, stay strong seperti Kayra. Aku tonton episod 1 hingga 4 di app Iflix. Episod 1 hingga 3 memang bikin sakit hati tengok Hariz sekawan macam syaiton kerjakan Kayra.
Berikut aku sertakan sedikit blurb Bidadari Salju. Bidadari Salju, karya pertama novelis Mia Kiff di bawah penerbitan SR Publication.
Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung.
Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu.
8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz di tangkap di atas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.
SINOPSIS DRAMA BIDADARI SALJU LAKONAN ADAM LEE DAN SWEET QISMINA
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Bidadari Salju termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : BIDADARI SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Jam 7 malam (Isnin-Jumaat)
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
PENGARAH : Reza Badarudin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Adam Lee, Sweet Qismina, Jaja Iliyes, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Nizam Kama, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Puteri A’teeqah, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Damia Qaissarah, Siti Khadijah, Ainaa Azhari
SENARAI PELAKON DRAMA BIDADARI SALJU
Adam Lee sebagai Hariz
Sweet Qismina sebagai Kayra
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Jaja IIliyes sebagai Anita
Fimie Don sebagai Naufal
Chacha Maembong sebagai Dania
Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
Siti Khadijah sebagai Marissa
Damia Qaissarah sebagai
Nizam Kama sebagai Asyraf
Puteri A’teeqah sebagai Athira
DI SEBALIK TABIR BIDADARI SALJU
Selamat menonton gais. Jangan buli sebab ada balasannya kelak. Dalam drama mungkin happy ending tapi dalam realiti kehidupan entah apa balasan yang dah tertulis. Dan apa kesudahan Hariz bila dah kantoi dengan Kayra? Kenapa la Kayra berkahwin juga dengan si Hariz!
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!