D.I.Y Mask Extender

Pemakaian face mask telah menjadi salah satu perkara wajib bagi memutuskan rantaian Covid-19. Dan pada 1 Ogos 2020 pemakaian pelitup muka di wajibkan di tempat awan yang sesak di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kompaun sehingga RM1,000 buat mereka yang ingkar. Satu amount yang banyak ye gais.

Pemakaian face mask ni menjadi sedikit sukar buat aku yang bertudung. Kena pakai mask sebelum pakai tudung untuk selitkan mask di telinga. Masa tu face mask jenis head loop belum memasuki pasaran. Renyah dan aku perlu lakukan sesuatu.

Aku guna getah yang disambung untuk ikat hujung tali face mask. Ini alternatif paling cepat, murah dan berguna di waktu kecemasan. Lepas pakai boleh terus buang. Tapi penampilan nampak tak kemas dan rambut akan tertarik ketika aku pakaikan dekat Hud.

Kemunculan face mask extender memang buat kaum hawa, wanita, mummy dan mereka yang bertudung mampu tersenyum lega. Kes kehilangan face mask dikalangan anak tadika berjaya di kurangkan. Kanak-kanak mudah terlupa, tercicir dan tertinggal face mask ketika mereka buka sekejap untuk makan atau minum.

Ada pelbagai jenis face mask extender. Nak yang bling-bling, bermanik, pearl, lace, crystal beads, kain atau getah. Korang pilih ikut baget poket masing-masing. Aku D I Y guna getah hitam je. Simple dan murah.

DIY FACE MASK EXTENDER
  • Getah warna pilihan 1 meter. Aku pilih warna hitam.
  • Butang pilihan. Nak simple pilih butang biasa warna kosong. Nak cute, pilih butang kayu saiz besar. Ada pelbagai corak. 
  • Benang hitam
  • Jarum
  • Gunting
CARA BUAT
Ukur getah 16cm atau ikut saiz pilihan korang dan potong. Untuk 1 meter ni aku dapat 6 keping. Letak butang pilihan di hujung getah. Kemudian bolehlah mula menjahit. Jahit ketat supaya tak mudah tanggal.

Sambil jahit sambil layan Hot FM atau Kool FM di waktu santai. Aku pilih waktu malam untuk siapkan ke semua 6 keping. Sekejap je tak makan masa yang lama. Bila dah siap, simpan dalam kotak face mask.  

Bila nak pakai, selitkan hujung mask ke butang. Dah siap. Yaya adalah minta beberapa keping untuk dia cuba jual kepada rakan sekelasnya. Dan Alhamdulillah. Sambutan mengalakkan. Dia dah mampu jahit sendiri dan jadikan site income. Aku sekadar tolong beli stok getah dan butang.

Selagi tiada keperluan untuk bawa anak ke tempat tumpuan orang ramai, elakkan. Kita sedang berperang dengan musuh yang tak kelihatan. Setiap hari masih ada kes baharu Covid-19 di laporkan dalam fasa gelombang ke 3. Masih banyak negeri berstatus merah.

Korang jangan lupa DIY sendiri face mask extender ya. Nak nak buat korang yang di kenakan PKPBD. Selain korang Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, bolehlah korang DIY Apa Hari Ni. Kekal jaga SOP ye gais.

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Wahh..senang je rupanya nak buat extender ni. Sisyat nk try buat sendiei la..asyik hilang je. 😅

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama