Post Top Ad

Resipi Homemade Granola

Homemade Granola By Lina Thomas

Selain letak dalam yogurt, salad dan oat... aku suka ratah granola macam tu je. Sedap dan ralit. Sedar-sedar dah tinggal separuh bungkus. Selalunya aku beli yang ready made di pasaraya. Harga boleh tahanlah juga. Dah lama aku tercari resipi granola. Niat di hati nak buat sendiri. Lebih jimat dan puas makan. 

Suatu hari tu, aku tengah scroll Facebook dan terjumpa perkongsian resipi granola dari Lina Thomas. Terus aku pm dia mohon kebenaran untuk abadikan resipi dan gambar di blog. Cara nak buat pun senang rupanya. Bahan-bahan pun mudah nak cari. Korang pun boleh cuba. 

Sekali dah buat, mesti berkali-kali lagi nak buat. Itu antara komen yang aku baca di fb kak Lina. Eat healthy dan stay safe ye gais.

Homemade Granola

Bahannya
4 cawan old fashioned rolled oat 
1 cawan raw pecan 
1/2 cawan raw pepitas atau almond slice kacang 
1 sudu teh garam 
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
5 sudu besar Florentine powder (optinal)
1/2 cawan minyak kelapa atau minyak zaitun (olive oil)
1/2 cawan sirap maple atau madu
1 sudu teh vanilla extract 
2/3 cawan cranberry kering
1/2 cawan kelapa kasar kering (flakes)

Caranya
Panaskan ketuhar hingga 350 darjah Fahrenheit (180C) 
Alas loyang dengan parchment paper.
Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
Tuangkan campuran granola ke dalam loyang dan ratakan.
Bakar selama 25 - 30 minit, keluar kan dari oven dan sejuk kan selama 30 minit atau sehingga betul-betul sejuk. 
Simpan granola dalam bekas kedap udara pada suhu bilik selama 1 hingga 2 minggu. 
Sedap di makan begitu saja, bersama yogurt, buah buahan segar, susu atau salad.

Note: You can add any nuts or dried fruits you like.


Tiada ulasan:

Catat Komen

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Post Top Ad