Catchy, pop serta di sulam dengan elemen tradisional buat lagu Siapa Tak Mahu tak jemu diulang dengar. Premiered pada 16 Oct 2020. Dalam masa 4 hari terus cecah 1.2M views, trending di YouTube mengalahkan Blackpink! Sesuatu yang agak luar biasa lagu ciptaan Omar K, John Jeevasingham dan Ikhwan Fatanna.
Kemunculan Mira Filzah dan Hun Haqeem di dalam muzik video Tokti kali ini memang bikin jalan cerita bertambah sweet dan menarik. Sentuhan director Ghazi Maslan buat penonton seakan berada di alam Fairy Tales, ketika melawat Muzium Manifestasiti.
Dan yang lokasi #SiapaTakMahu yang nampak prestige dan aesthetic rupanya terletak di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. Aku ingatkan di Penang. Sebab bangunan koloni Belanda macam dalam MV memang banyak di Penang dan masih di jaga rapi sehingga kini.
Music video yang memukau dan lagu yang sangat indah. Tahniah Tokti dan team.
LAGU : Siapa Tak Mahu
PENYANYI : Dato Sri Siti Nurhaliza
Kata orang
Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang
Dalam cinta
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka
Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi
(Chorus)
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu
Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu
Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan
Salah faham
Jangan diundang
Luahkan kata
Jujurlah caranya
Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu
Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu
Bulat air kerana pembentung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu
Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!