Buat aku yang bercermin mata, adakalanya problem juga mencari cermin mata yang stylo, simple tapi harga tak mahal dengan kata lain mampu beli. Tahukah anda, cermin mata mampu buat penampilan seseorang tampil bergaya lagi berkeyakinan.
Dah lama aku tercari bingkai spek ala Rayban ni. Satu hari tu aku ternampak bingkai spek idaman di Facebook Eye Pro Vision. Harga murah pula tu. Korang yang pakai spek tu follow FB Eye Pro Vision jika belum follow untuk ikuti design spek terkini.

Tak susah nak cari kedai.

Aku pun terus PM di messenger Eye Pro Vision  Minta team mereka simpan satu untuk aku sebelum sold out! Kebetulan aku dan Encik Hubby ada urusan di KL dan aku dah plan untuk singgah ke Sungei Wang Plaza.

Nak ke Sungei Wang Plaza tak susah. Dari hotel kami berjalan kaki ke stesen KL Sentral. Dari situ kami naik monorel dan turun di Stesen Bukit Bintang. Dari Stesen Bukit Bintang ni terus berjalan masuk ke Sungei Wang Plaza.

Kami terus ke ground floor dan cari Lot G111. Sepanjang jalan aku perasan banyak juga kedai cermin mata yang guna ayat 'Kedai Viral' untuk mempromosikan kedai mereka.

Rambang mata. Semua design terkini dan cantik.

Harga spek murah dan berkualiti.

Tak susah nak cari Eye Pro Vision. Masa kami sampai, dah panjang dah barisan untuk masuk ke kedai. Dalam kedai pun dah ramai orang. Beratur dan sabar menunggu sehingga giliran kami tiba. The New Normal yang perlu kita ikut sehingga Covid-19 lenyap sepenuhnya di Malaysia.

Aku nampak William sibuk tak menang tangan menguruskan pelanggan. Dan kebetulan aku di sapa oleh sorang staff. Terus aku bagi detail apa yang aku nak. Dan lega rasanya bila simpan spek yang aku dah booking.

Adakalanya, nak buat pilihan tu sukar...

Yang buat kedai spek ni special sebab spek korang siap dalam tempoh 1 jam! Tapi melihat ramainya pelanggan, aku dah plan nak minta mereka pos kan sahaja spek aku jika tak dapat siap pada hari tu.

Pemeriksaan mata peringkat pertama.

Alpha Blue 420 bagus untuk kawal silau.

Tapi sangkaan aku salah, spek aku sempat siap dalam masa 1 jam memandangkan aku hanya perlu Alpha Blue 420. Mahal ke tak? 

Bingkai + Alpha Blue 420 = RM125!

* Alpha Blue 420 untuk mereka yang sentiasa hadap komputer, handphone, laptop atau ada silau malam. Cermin block 100% silau. (Kes aku la ni.)

Aku sempat la berbual seketika dengan William sambil dia check tahap kerabunan dan bacaan A B C  aku. Siap ucap tahniah kat aku sebab power mata aku dah ada peningkatan.

Selfie kenangan bersama rakan blogger.

Dan rezeki aku la sebab terjumpa pula rakan blogger kat situ. Dia datang ambil spek. Memang aku tak perasan jika William tak maklumkan. Walhal aku lalu di belakang Shazillah sebelum masuk ke bilik pemeriksaan. Maybe sebab masing-masing bertopeng agaknya. 

Sebelum ni kami hanya berbual di group Whatsapp. Dan peluang ni kami tak siakan dengan selfie sebagai kenangan. Takde peluang aku nak selfie dengan William sebab dia sibuk uruskan pelanggan pada hari minggu. Walaupun ramai pelanggan tapi sistem pengurusan mereka teratur dan tak carca merba.

FAQ MENGENAI EYE PRO VISION

Kat sini aku share FAQ dari admin Eye Pro Vision. Antara soalan yang menjadi pertanyaan ramai.

Betul ke murah min? Ade hidden kos?
(Betul, Betul, Betul dan tak ada hidden kos kecuali power lebih 400, walaupun power lebih 400 siap RM125 sahaja)

Betul ke RM65 untuk semua?
(Betul, RM65 bingkai siap cermin multicoated)

Kalau power saya tinggi macam mana?
(Power berapa?? Sampai 1000 pun harga RM200 je)

Kalau power tinggi boleh siap 1 jam jugak?
(Boleh, power 1000 ke bawah bole dapat dalam masa 1 jam)

Pilihan frame banyak ker atau ada pilihan tertentu?
(Pilihan tak banyak, ada 2000 sahaja )

Alamat : Lot G111 Ground Floor
Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang
Waktu Operasi : Setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6 petang
Phone : 016-377 1304 ( William )

Facebook : Eye Pro Vision

Instagram : eyeprovision_g111


23 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Lawa lawa! Nina pun ada satu design gini. Memang puashati buat spek kat kedai william ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tertengok design Nina lah terus jatuh bekenan. Lawakan.

      Padam
  2. Musim covid-19 ini kedai cermin mata dah boleh buka? hehe. Baguslah jika ada masalah berkaitan mata. Melihat pada harga , harga mampu bayar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah boleh dah. Tapi ada SOP yang kena ikut. Masalah mata ni memang kita tak dapat lari dah. Faktor usia pun boleh jadi salah satu sebab.

      Padam
  3. Menarik. Kalau ada peluang nanti bolehlah tukar spek kat sini. Harga berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Follow fb atau ig depa. Boleh ikuti design dan promosi spek terkini.

      Padam
  4. harga berbaloi. rasanya dah makin teruk mata ni. rasa nak tukar juga huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gi tukar Kaella. Lagi-lagi kalau kita sentiasa hadap handphone, komputer. Risau rosak mata jika takde protection. RM125 je untuk Alpha Blue 420. Murah dah tu.

      Padam
  5. Alahai murah juga spek dia.. Za dah buat pulak spek.. Hmmm mcm boleh buat lagi utk spare kalau harga murah. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Zaza. Buat satu lagi sebagai spare. Manalah tau... malang tak berbau. Memang kena ada spare satu spek kita ni.

      Padam
  6. Tengok ramai jugak blogger yang review kedai spek ni kata murah. Berbaloi la beli sini kalau murah. Sebab buat spek biasanya mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tak blogger pun ramai yang share review. Tapi as blogger... biasalah, bila dah ada info istimewa macam ni... rugi pula rasanya kalau tak share dalam blog. Meriahkan google search gitew...

      Padam
  7. Baca artikel ni tetiba teringat yang spek mata saya ni dah dekat 2 tahun tak bertukar. tengok org pun samar2 je nampak. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tu 2 tahun. Entah-entah power dah naik. Gi lah check mata dan buat satu spek baru. Reward untuk diri sendiri.

      Padam
  8. Murah beno harga, Johor ada gak kedai harga murah gitu, cuma kualiti kureng laa banding eye vision ni... rasa macam Johor takde je, ke ada ek? Nak gak ganti baru lagi hehehe

    BalasPadam
  9. sama macam mawardi, baru sedar dah berapa tahun dah tak tukar cermin mata. tak sure power makin baik atau meningkat atau macam mana. lepas ni boleh dah la nk tukar kan? hehe

    BalasPadam
  10. Dah dua kali buat spek mata dekat sini.. Memnag terbaik

    BalasPadam
  11. wah bestnya dpt buat spek murah hehe nanti nak kena bagitahu adik ni

    BalasPadam
  12. Cantik pula tengok bingkai tu... Dah la kebetulan tengah fikir-fikir nak buat spectacles... Bolehlah nanti check it out kat sana...

    BalasPadam
  13. Cantik spek baru kak eiza.

    BalasPadam
  14. Memang mantap kan boleh siap dalam 1 jam. :)

    BalasPadam
  15. Nice ya Rayban specs. I haven't visit Eye Pro Vision before, will make a visit soon hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama