Rawatan pergigian kanak-kanak

Sebelum ni, memang klinik gigi kerajaan menjadi pilihan aku untuk anak-anak mendapat rawatan penjagaan gigi. Doktor yang ramah dan jururawat yang tak kedekut kongsi tips adalah satu reward. 

Taklah rasa ralat walaupun ada kalanya makan masa nak tunggu giliran. Dari kanak-kanak hinggalah warga emas, berdebar menanti nombor giliran muncul. Nervous oii bab gigi ni. 

Tapi sejak Malaysia di serang Covid-19 paras pandemik, aku jadi risau nak berlama-lama di tempat yang tertutup dan ramai umat manusia. Apatah lagi nak bawa anak-anak keluar ke tempat macam tu. 

Dalam aku dan suami tak nak bawa anak keluar, satu hari tu... kena juga bawa Hud ke klinik gigi. Kami sepakat untuk ke klinik gigi swasta. Biarlah kena bayar lebih sikit tapi selagi boleh jaga dan cegah.. itu pilihan terbaik. 

Sehari sebelum ke klinik pilihan, kami telefon dan buat temujanji. Ini salah satu cara untuk cepatkan proses berada di klinik. Dan elakkan masa menunggu yang terlalu lama. 

Hud memang suka ke klinik gigi. Dia lebih percayakan doktor untuk cabut gigi dia dari aku atau abah dia yang cabut. Walhal gigi dia yang longgar tu, memang boleh je nak cabut sebab gigi baru dah keluar. 

Dia punya drama air mata memang tak boleh bawa bincang. Dah macam siri penderaan kanak-kanak dia punya menangis. Dua kali operasi cabut gigi gagal kerana tuan punya diri tak nak beri kerjasama. 

Kakak dan abang dia semasa umur sebaya dia, elok je cabut gigi sendiri bila gigi dah longgar. Lain anak, lain ragamnya. Tips, gigi yang dah longgar, goyangkan gigi sampai gigi betul-betul longgar dan takde darah yang keluar. 

Sebab ada kalanya gigi dah longgar tapi masih kuat melekat di gusi. Kena kerap goyangkan gigi sampai longgar dan tiada darah yang keluar. 

Hari tu temujanji kami pada jam 11 pagi. Sampai di pintu masuk klinik, suhu di ambil. Guna hand sanitizer sebab tangan bakal menyentuh itu ini. Proses cabut gigi Hud tak makan masa yang lama. Hud pulang bawa hadiah sebatang pencil, belon dan ubat gigi. 

Balik dari klinik, aku suruh abang dia mandikan dia. Baju yang dah di pakai terus masuk ke dalam mesin dan terus basuh. Jangan letak dalam bakul dan biarkan tak berbasuh. 

Itulah perkongsian aku ke klinik gigi di masa Covid-19. Tak pernah terbayang pun macam ni punya situasi yang terpaksa di tempuh. 

Wabak Covid-19 ni boleh merebak dengan cepat. Melekat je di mana-mana. Mampu hidup berjam pulak tu. Semoga wabak ni dapat kita lenyapkan dia sepenuhnya di Malaysia. 

Buat sementara ni, tutup pintu antarabangsa bagi kemasukkan warga asing yang nak cuti-cuti di Malaysia. Kita baru di peringkat pemulihan. Baru je dapat kebenaran rentas negeri. 

Sebab ada je mulut berbunyi minta benarkan rentas negara untuk warga asing. Jangan sesekali kita lupa, punca Malaysia terkena Covid-19 bermula dari 3 orang pelancong China yang berjaya bercuti ke Malaysia. 


9 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Bagusnya selalu checkup gigi. Anak.dini susah betul ajak pegi jumoa dentist. Dia rela cabut ggi sendiri😅

    BalasPadam
  2. Anak Dini sama dengan anak sis Yaya, Diana dan yang lain. Cabut sendiri je. Yang bongsu ni je banyak ragam.

    BalasPadam
  3. Samalh fariza. Suka jumpa foktor gigi. Asl cakp gigi rosak dia boleh cakap takpe nanti jumpa doktor.. Cek gigi kakak

    BalasPadam
  4. sakit tuhh gigi goyang..akk fhm dik..hahaha..teringat dulu2 dgn gusi sekali terpulas..uihh seramm

    BalasPadam
  5. Memang musim covid nie kene jaga anak betul.. semua tpt tak bg pegang.. mujur abang behave.. senang mama uruskan..

    BalasPadam
  6. Bagus amalkan checkup gigi. Kalau tak jadi penakut doktor gigi.

    BalasPadam
  7. Bestnya rutin cek gigi....anak-anak Marsha pegi klinik kalau sakit...malas betul mak dia nih..hihi

    BalasPadam
  8. nak bawak anak jumpa dentist, tak dapat2 lagi ni. huhu

    BalasPadam
  9. Marina pon nnati nak bawak anak gi klinik gigi

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama