Cerita ni sambungan kepada status di facebook aku. Alhamdulillah, kita dah masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP). Aku just nak share satu kejadian yang jadi depan mata aku. Kiranya kisah benarlah ni.
 
Masa tu, beberapa hari selepas kerajaan umumkan rentas daerah dah di bolehkan. Askar dan polis yang bertugas dah kurang buat kawalan di sesetengah daerah dalam Penang.

Aku pagi tu macam biasalah, perlu keluar sebab nak ke atm dan beli stok barang dapur untuk seminggu. Encik suami ada, tapi dia perlu 'work from home'.

Sebelum minggu pertama bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dia dah balik Penang. Memang begitulah rutinnya jika tiada kelas atau event pada hujung minggu, dia akan plan balik Penang awal beberapa hari untuk elak tiket habis.

Malam tu Encik Suami balik naik ETS. Aku ambil dia di KTM Butterworth. Memang luar biasa ramai manusia pada malam sehari sebelum PKP. Masa tu rakyat Malaysia dah mula buat panik itu ini. Aku laki bini as family PJJ pun panik juga. Mau Hud tak kenal abah dia jika tak sempat balik.

Rutin harian... pukul 9 pagi Encik Suami dah kena catat waktu kerja di aplikasi yang company dia sediakan. Macam punch kad la. Senang nak trace kau mengular ke tak. Meeting dan mengajar pun secara online. 

Situasi sama je macam kerja di pejabat bezanya kau duduk dirumah, pakai kain pelekat, ubah background profile Zoom dan join meeting dari pagi hingga lunch time. Break makan, solat kejap. Then sambung meeting. 

Adakalanya overtime hingga nak masuk waktu buka puasa. Aku adalah rasa nak hangin. Tapi dah gitu tuntutan kerjaya dia. Sebagai isteri, aku redha.

Eh, panjanglah pula intro. Bukan apa sebelum ada yang cakap itu ini, aku beri penerangan dulu. Elakkan dari ada yang meroyan, terkecam mahupun terkutuk tanpa tahu situasi sebenar. Okay...sambung cerita.

Biasanya waktu pagi tak banyak kenderaan. Barisan pun tak panjang. Masa aku tengah tunggu giliran untuk tiba di pos keselamatan, aku terpandang sebuah kenderaan 4x4 di lorong bertentangan.

Kereta tu berhenti kurang 10 meter jaraknya dari pos keselamatan. Kiranya dia nak rentas masuk ke daerah aku. Aku nak rentas keluar ke daerah lain. 

Tiba giliran aku, ada sorang anggota polis dan sorang askar bertugas. Lepas aku beri info pergerakkan dan mendapat kebenaran, aku tanyalah mereka

"Kereta depan tu rosak ke encik? Dari tadi tak bergerak. Dah halang kenderaan lain dah tu."

"Ha.. itulah kak. Kami dok tengok. Macam ada yang tak kena." Jawab adik askar yang menggalas senjata di bahu. 

Kereta aku bergerak ke hadapan. Aku bawa slow je sebab nampak gaya 4x4 tu macam nak buat U turn. Dari lorong dia nak masuk ke laluan aku. Laluan memang sempit sebab jalan ni hanya ada satu lorong untuk keluar dan masuk. 

Dan sangkaan aku tepat. Aku kasi peluang bagi dia U turn. Berdecit bunyi tayar bila break dan minyak di tekan kuat. Aku nampak di tempat duduk belakang, ada 4 orang warga asing duduk berhimpit.

Patutlah semacam punya kalut. Kalau tak buat apa-apa kesalahan, kenapa sanggup U turn. Ni mesti mereka tak sangka di daerah aku masih ada anggota keselamatan bertugas.

Terkini, rentas negeri dah dibenarkan. Dalam kita seronok nak balik ke kampung, nak bercuti... pasti ada 'mereka' yang memang ternanti saat ini untuk sambung aktiviti haram yang dah lama tertunda.

Sekarang menjadi tugas kita untuk menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jangan lupa 3S (Sesak, Sempit, Sembang dekat). Pakai mask, guna hand sanitizer dan jaga jarak adalah The New Normal dalam rutin harian kita.


Photo kredit to 
Galeri Sentuhan Arifsan
Lamchop.Art

6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Sebak plak membacanya...bila kata sekarang ni kita dipertanggungjawabkan, rasa sungguh berat betulkan...moga kita dapat tanganinya dengan baik..

    BalasPadam
  2. hikmah pkp..rasa selamat dgnn pkp..nie dh hbis semua aktiviti haram.giat la balik

    BalasPadam
  3. Moga dipermudahkan segalanya dan semua ikut SOP yang ditetapkan. Rasa seriau juga tapi doakan semua ok

    BalasPadam
  4. Kenangan yang tak dilupakan.. Sekrg kita jaga diri sendiri.. Dh biasa dengan norma baharu kan

    BalasPadam
  5. Semoga sentiasa berwaspada. Covid19 belum clear sepenuhnya

    BalasPadam
  6. betul sekarang kita pula ambil alih tugas frontliner untuk tangani jangkitan Covid 19 dengan baik

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama