Post Top Ad

Victoria Sandwich Cake By Syakirah.


Kekuatan VSC ni terletak pada rasa kek butter, jem dan cream cheese. Jika salah satu out, nikmat makan tak dapat dikecapi. Macam ada sesuatu yang tak wow! Terhenti di skala 1.
Dah lama aku dok tengok je VSC by Syakirah ni lalu lalang dekat Facebook aku. Rata-rata komen yang pernah makan cakap sedap. Design kek pun simple, cantik, kemas dan terserlah di buat dengan penuh kasih sayang gitew.

One day, bila dapat tahu Syakirah nak bercuti ke Penang dan dia open order untuk VSC... aku tak lepaskan peluang yang di nanti ni. Tak sampai sejam dia open order, tetiba dia up status CLOSE ORDER!

Tapi nasib baik aku sempat selit order. Itu pun pada mulanya hanya tinggal VSC slice je. Mungkin dah tertulis rezeki untuk aku, dapat jugalah order sebiji. Askar aku ramai. Boleh tercetus perang dingin bab makanan ni.


Kali terakhir aku jumpa Syakirah masa kami tingkatan 5. Bertahun jugalah tak jumpa face to face. Sekadar berbalas like dan komen di facebook. Jadilah, dapat ikuti perkembangan terkini kawan-kawan. Sihat ke dia, sakit ke tak. Alhamdulillah ada rezeki untuk jumpa, sembang dan selfie. Itu pun tak lama sebab ada lagi 2 lokasi yang dia nak delivery.

Berbalik pada VCS, aku bagi markah penuh. Bukan sebab dia rakan sekolah aku ya. Tapi memang VSC ni sedap. Makan tak jemu. Rasa kek butter dia sedap. Entah bahan 
apa yang dia tambah untuk dapatkan kek yang tak kering. Lembap kek just nice. Bila makan tak cepat jemu.

Rasa manis kek balance. Sos strawberri buatan sendiri pun nice. Rasa cream cheese padu bila dah bercampur dengan sos dan rasa butter. Sekejap je kau habiskan sepotong VSC.


Sebiji kek tak sampai sejam family aku habiskan. Anak-anak puji sedap. Kalau tak sedap depa tetap makan tapi lamalah jangka hayat kek tu dok dalam peti sejuk.

Buat korang yang tinggal di Kelantan dan terasa nak makan VSC yang sedap dan harga tak mahal, aku recommend kan Syakirah Ishak.

Thanks sebab sudi singgah dan baca perkongsian aku kali ni. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua.


7 ulasan:

  1. adeh teringin pulak ... nak kena cari lah jugak org jual kat area rmh nih . nak buat malas hahahah

    BalasPadam
  2. Kte plak teringin nak makan kek tu..huhu

    BalasPadam
  3. Moga terus sukses bisnesnya ,maju jaya dan diberkahi..amin.. suka tgk org melayu ramai berniaga..

    BalasPadam
  4. Tengok pun dah nampak sedap.

    BalasPadam
  5. Uikkk menariknya kek dia. Nampak sedap

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Post Top Ad