Isu pemandu mabuk antara isu viral 2020. Hukuman mati untuk pemandu mabuk yang sebabkan kematian. Itu hukuman sepatutnya memandangkan hukuman sedia ada tidak mendatangkan apa-apa. Malah makin rancak pula mereka ini langgar orang sehingga ada yang menyebabkan kematian.

Mustahil mereka tidak terbaca di sosial media ataupun terdengar rakan mahupun keluarga bercerita tentang isu ini. Namun mereka tetap pilih untuk memandu walaupun tahu diri mabuk. Sungguh selfish pilihan yang dibuat!

Aku sendiri pernah menjadi mangsa pemandu mabuk. Malam tu, sekitar jam 11:30 malam.. aku memandu di bulatan Bayan Baru untuk ke Terminal Bas Sungai Nibong. 

Aku berada di lorong ke 3 dari 4 lorong yang ada. Dah hampir lewat malam kenderaan tak banyak dah waktu tu. Selepas lampu merah bertukar warna, aku teruskan memandu. Aku perlu masuk jalan ke 2 untuk ke destinasi yang aku tuju.

Tiba-tiba Yaya dan Hud menjerit. "Mama! Laju mama! Kereta tu himpit kita! Sikit lagi nak kena!" Dan bila aku lihat belah kanan aku, memang ya... ada sebiji kereta memang sedang himpit rapat kereta aku. 

Makin aku ke tepi ke kiri, dia pun ke tepi ke kiri. Kalau dia nak potong, dah tentu dia akan pecut ke depan bila aku dah beri laluan. Ini lain macam punya gaya pemanduan!

Dengan anak terjerit-jerit, aku yang dup dap dup dap hadap situasi gila, last-last aku pilih untuk pecut selajunya ke hadapan. Sebaik sahaja aku berjaya keluar dari situasi tersebut, aku dah tak pandang belakang. Lantaklah apa nak jadi kat dia.

Alhamdulillah, aku dan anak-anak selamat. Tapi rasa terkejut masih tak hilang. Lutut rasa lemah nak tekan pedal minyak. Gigil pun iya juga. Ini bukan kali pertama aku drive lewat malam dan ikut jalan ni. Tapi entah la. Ujian untuk aku agaknya.

Aku tarik nafas dalam-dalam mencari semangat yang terbang. Pemanduan di teruskan.

"Ni awat pucat muka?" Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Encik Hubby sebaik sahaja dia jumpa aku. Lepas aku cerita apa yang jadi tadi, terus dia beri kata dua, lepas ni kalau dia sampai lewat... tak perlu jemput. Dia akan balik dengan Grab je.

Itu kisah aku dalam pertengahan tahun 2019. Kini, angkara pemandu mabuk masih tiada kesudahan. Lepas satu...satu kes akan muncul. Dah tau mabuk, nak juga pandu kereta. Memang spesis penting diri sendiri dan menyusahkan hidup orang. 1001 masalah akan jadi akibat mabuk.

Kalau aku jadi menteri, aku dah gubal undang-undang.  Setakat denda, penjara, batal lesen depa tak heran. Kau mabuk, kau langgar orang sampai mati, kau bayar ganti rugi dan sara kehidupan mangsa. Jika tak mampu, gantung sampai mati.

Kejam? Kau lagi kejam. Dah tau mabuk, kau pandu juga kereta. Dah 2020 tapi perangai, sikap dan pendirian masih di tahap tu juga.

7 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Suspen jer baca ni eiza oit... ker mmg orang jahat tuu. Lenkali masuk balai polis terus tau

    BalasPadam
  2. subhanallah. heran nau lah undang2 manusia ni T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Kesian kat mangsa yang tak bersalah. Kecuaian orang lain, orang lain yang dapat susah.

      Padam
  3. Adoyaii seram kalau gini. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindunganNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Sentiasa waspada ketika memandu. Sikap orang kita tak mampu nak jangka.

      Padam
  4. Ai pun penah jadi mangsa kat bukit bintang. Tapi kawan ai drive. Pemandu mabuk langgar lampu isyarat. Laju lak tu tak sempat nak elak. Alhamdulillah tak jadi pape walaupun kereta remuk bahagian depan. Trauma dia sampai sekarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama