RM30 untuk e-Tunai Rakyat. RM30 untuk e-Tunai Rakyat. - Eiza GreenAppleKu

RM30 untuk e-Tunai Rakyat.

Pagi tadi, masa nak hantar anak ke sekolah, aku on radio dan pilih Mutiara FM. Topik pagi ni e-wallet. Seronok anak aku Daniel dan Adam dengar bab RM30 tu. Terus berdua tu pasang hajat nak download app. Boleh beli topup kata mereka. 

Aku hanya mampu ketawa jahat je. Sebab salah satu syarat ialah mesti berumur 18 tahun ke atas. Sambil drive, sambil kami dengar celoteh dj berdua bab e-wallet. 

Pengguna servis e-wallet boleh menikmati pemberian RM30 e-tunai dalam e-wallet masing-masing daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n Go, mulai 15 Januari 2020, jam 8.00 pagi.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan memperuntukan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat. Lim berkata, wang RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali terpilih. Beliau berkata, inisiatif e-Tunai Rakyat itu dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit.

Seramai 15 juta pengguna dijangka akan memperoleh manfaat daripada insiatif kerajaan tersebut. Tuntutan boleh dibuat sehingga 14 Mac 2020.

Apakah Program Inisiatif e-Tunai Rakyat?

Program Inisiatif e-Tunai Rakyat merupakan rancangan anjuran kerajaan yang bertujuan menggalakkan penggunaan pembayaran digital di kalangan rakyat Malaysia. Setiap pengguna e-wallet yang layak akan menerima kredit e-tunai bernilai RM30 sebagai insentif di bawah program ini.

Siapakah Yang Layak Menerima e-Tunai Rakyat?

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun

Bagaimana Nak Tuntut e-Tunai Rakyat?

Insentif e-Tunai Rakyat boleh dituntut secara langsung melalui 3 platform pengendali e-wallet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch 'n' Go. Caranya ialah dengan memuat turun aplikasi e-wallet (sekiranya belum ada lagi) dan memberikan butiran maklumat kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan. RM30 akan dikreditkan dalam akaun e-wallet setelah disahkan layak oleh platform pengendali. 

*Grab akan memasukkan kredit RM30 dalam sehari selepas pengesahan.

Bolehkah Saya Tuntut Insentif RM30 e-Tunai Rakyat Lebih Daripada Satu Platform e-Wallet?

Tidak boleh. Pengguna hanya dibenarkan menuntut insenti tersebut sekali sahaja daripada salah satu platform pengendali e-wallet terpilih.

Bilakah Tarikh Luput Penggunaan Insentif e-Tunai Rakyat?

Insentif e-Tunai Rakyat boleh digunakan untuk transaksi digital mulai 15 Januari hingga 14 Mac 2020. Mana-mana kredit RM30 yang tidak digunakan selepas 14 Mac 2020 akan dilupuskan. Insenti tersebut juga tidak boleh dipindahkan kepada akaun orang lain (harus digunakan melalui akaun e-wallet sendiri).


Aku cuba claim pagi tadi, something went wrong la pula. Nantilah aku claim.

Korang ada yang baru buat pengesahan ke? Ke baru nak download app yang terlibat? Kalau iya, cepat lengkapkan. Lepas la buat duit petrol dan minum teh tarik di kedai mamak.

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Dari tadi nak mencuba claim tapi asyiklah keluar noti network connection not strong, pelik betul..agaknya line dia heng laa tu..sebab unifii Sis okay aje ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TnGo memang problem agaknya. Platform lain ada yang dah berjaya tebus.

      Padam
  2. Thanks kak share.. terus buka ewallet.. rm30 byk tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak. Lepas tau buat belanja petrol motor sementara nak gaji.

      Padam
  3. Baru nak cuba. Harap-harap terus berjaya.

    BalasPadam
  4. Baru2 ni dengar kata Kerajaan nk tangguh dulu pemberian RM30 tu tapi tak tau la jadi ke tak?

    BalasPadam
  5. yes. ni hah baru aida nak tgk kat phone.
    dlm grup wasap semua dok share dari pagi.
    lunch break ni hah baru sempat nak hadamkan.
    aida pilih t&g la kot :)
    rm30 pun ok kot kan. dari xde pe.

    BalasPadam
  6. Wow, memang kena cepat-cepat claim ni, duit RM30 siapa tak nak. Apapun, saya ada tulis artikel yang lebih kurang sama di https://smartinvest101.com/cara-guna-tng-ewallet/

    BalasPadam
  7. Baru je buat permohonan petang tadi dekat app TNG eWallet. Tak sabar pula nak tunggu pengesahan lulus 😁

    BalasPadam
  8. Tak cuba lagi..tgok ramai dah yang claim ekk. Nak cuba gak lah, tengok layak ke idok..dh orang bagi so tak baik kita nak menolak kan kan..hehehe

    BalasPadam
  9. My sisters both tried. Some of their friends even received cash back of RM188 using the TNG e-wallet.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah kita pun dah redem RM30 tu kat aplikasi Boost sebab kita selalu guna hehehehe Mudah je nak redem tapi ada juga yang masih tak tahu hurmmm.. Kalau orang kasi duit kita kena ambilkan....

    BalasPadam
  11. BBL dah claim tadi guna Boost, guna buat bayar bil internet & bil air, jimat RM30 hehe

    BalasPadam
  12. Dah try apply semalam. Saya buat guna Grabpay. Husband guna Touch N' Go. Tapi tak masuk lagi duit nya

    BalasPadam
  13. Sempat juga buat tadi. Lepas la juga duit minyak. Tapi kalau tng kena tunggu pula. Adehh. Kalau tau redeem boost tapi sama je mana-mana pun kan.

    BalasPadam
  14. nad pun dah buat utk boost..tapi lawaknya nad boleh buat dua pulak..dengan grab..hahhhaa..dasar kan ambil bnyk..tak baca..orang baru baik demam macm ni la..hahaa..main buat je

    BalasPadam
  15. Tak sempat lagi nak claim e-tunai ni. In shaa Allah nanti ada masa sikit and dah berkelapangan bolehlah claim :)

    BalasPadam
  16. I was privileged to read your post. and I left a comment. so great to meet you. I’m “following” you. I hope you have a great weekend.

    BalasPadam
  17. alhamdulillah selesai beli topup dengan e-tunai ni :D

    BalasPadam
  18. Ruby pun dah mohon. Tapi belum dapat lagi hehe

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Sis Eiza Green Apple, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!