Resepi Jemput-jemput Pisang (Cekodok, Coqkodok, Cokodok) Mudah lagi Simple.


Bangun pagi tu, aku tengok pisang Cavendish masih berbaki 7 biji. Cuaca panas yang melanda Penang ketika ni, buat pisang cepat masak. Kalau nak kerah anak makan semua pisang tu, mau tak jalan sebab depa baru je bekfes pisang sorang sebiji.

So, dari nak biarkan pisang ter'over' masak dan di buang macam tu saje... aku plan nak buat coqkodok atau nama lain dia... jemput-jemput pisang. 

Hud punya la happy bila dia tau menu bekfes pagi ni Coqkodok. Lama dah dia minta nak Coqkodok tapi aku yang tak sempat nak buat. Bila dah ada masa, pisang pula takde. 

Sebiji pisang tu aku blend campur ngan susu Farm Fresh so...jadilah susu pisang. Sedap, fresh lagi berkhasiat. Aku minum sambil tunggu coqkodok siap di goreng. Makan masa juga nak goreng coqkodok ni. Hanya yang punya tahap kesabaran yang mampu tunggu sehingga selesai proses mengoreng coqkodok ni.

Cara aku simple je. Memang aku suka cara yang simple tapi konfem jadi dan sedap. Antara bahan yang aku guna ialah...

RESEPI JEMPUT-JEMPUT PISANG (CEKODOK, COKODOK, COQKODOK)

1. Sebungkus Tepung Cucur Lemak Manis Adabi.
2. 6 biji pisang Cavendish yang dah hampir ter'over' masak. (Pisang lain pun boleh.)
3. Minyak untuk mengoreng.

Caranya.

1. Lenyek pisang sehingga hancur. Kerja lenyek ni Dhiya ikhlas nak menolong. Sementara tunggu dia siap lenyek, sempat la aku cuci dan tonyoh periuk nasi. Siap buat seteko kecil teh panas. 

2. Campurkan sebungkus Tepung Cucur Lemak Manis Adabi ke dalam adunan pisang yang dah di lenyek. Aku campur sedikit tepung gandum Faiza sebab adunan terlembek sikit. Agak-agak adunan just nice jer tau. 

3. Bila minyak dah panas, masukkan adunan coqkodok. Aku just sudukan kecil-kecil. Elok je adunan mengembang sebab dalam Tepung Cucur Lemak Manis tu dah siap ada serbuk penaik dan gula. Untuk resepi ni aku tak tambah gula. Dan aku lebih suka rasa manis dari pisang. 

4. Goreng sehingga coqkodok agak garing. Angkat dan letak dalam piring yang dah di lapik dengan tisu dapur untuk serap lebihan minyak. 

Sementara tunggu coqkodok sejuk, aku mandikan Hud. Siapkan pula bahan untuk menu tengahari. Sambil tunggu baju siap di basuh. Gitulah rutin harian aku di hujung minggu. 

Alhamdulillah, menjadi dan rangup coqkodok kali ni. Mudah guna Tepung Cucur Lemak Manis ni. Aku pernah guna buat jemput-jemput Jagung. Boleh je pelbagaikan bahan.

Cekodok, Cokodok, Coqkodok atau jemput-jemput pisang ni sesuai di jadikan menu bekfes dan minum petang. Makan pula ketika masih suam-suam. Dengan sedikit keragupan adunan, memang berbiji mampu di telan.

Selamat mencuba resepi aku ye.



Ulasan

  1. sedapnya cekodok pisang. anak2 ni kalau dapat makan suka sangat la diorang. nanti nak cari pisang la nak buat utk berbuka..

    BalasPadam
  2. Bru 2 ari lepas buat cekodok pisang nie..biasa guna tpung gandum je..next nk try resipi nie plak guna tpung cucur lemak manis adabi

    BalasPadam
  3. resepi simple dan sedap. saya suka makan cekodok pisang. tapi, tak pernah cuba lagi Tepung Cucur Lemak Manis. terima kasih kongsikan resepi

    BalasPadam
  4. Sedapnya jemput pisang. Nak-nak lagi makan time panas-panas. Petang-petang digandingkan dengan air teh. Fuhh sedap

    BalasPadam
  5. hi hi guna cucur adabi tu ye. mudah la.
    guna pisang yg ranum tu kan. manis! best.
    tq tq. kalau-kalau terjumpa nanti cucur lemak manis ni, aida nak try.
    selama ni buat pakai tepung gandum je.

    BalasPadam
  6. Tak terfikir lak bole campur dgn tepubg lemak manis adabi tu. Nanti nk cuba la... selalu buat sendiri semua pisang n tepubg n gula.

    BalasPadam
  7. guna tepung tu sure lebih lemak rasanya. selalu saya guna teoung gandum je. ni pun baru je lepas buat coqkodok haha

    BalasPadam
  8. Menu ni buat sahur pun layan gak.. tak berat tak ringan..mak nak masak pun senang je kan.

    BalasPadam
  9. Lama tak makan cekodok pisang. Takut buat tak jadi pulak.. Hahah.. Haishh puasa2 ni semua nak

    BalasPadam
  10. wah saya suka cokodok ni. Nak buat sendiri memang tak reti. Tapi tengoklah lepas ni nak try.

    BalasPadam
  11. wah sedapnya jemput jemput pisang ni. Adik ipar iena selalu buat jemput jemput pisang ni..Tapi biasanya kami guna tepung gandum je.Boleh la cuba nanti resepi ni

    BalasPadam
  12. Cekodok pisang ni memang favourite sungguhlah. Pantang ada pisang mesti akan buat cekodok. Buat untuk minum petang perghh sedapnya. Kadang tak suka beli di luar sebab terlalu banyak bubuh tepung sampai cekodok pisang hilang rasa aslinya.

    BalasPadam
  13. Sis panggil Cekodok hehehe...tapi jarang pisang di buat cekodok, biasa buat lepeng pisang...anak tak berapa suka buat cekodok...tiberrr terus teringin tekak ni weyyyy...adeiii

    BalasPadam
  14. Senangnya bila guna tepung adabi tu. Nanti nak cuba. Sebab ruby biasa masak yang perlu banyak bahan tu. hehehe. Nak jimat masa bleh guna macam ni.

    BalasPadam
  15. Ya allah sedapnya tengok. Dulu selalu fail buat Cekodok sampai takdak bentuk aihh. Try banyak resepi fail je haha. Ni nak kena try ni

    BalasPadam
  16. Haa pakai tepung dah siap memang lebih senang dan sedap. Teringin pula berbuka nanti makan cekodok macam ni...heheh

    BalasPadam
  17. Pakai tepung adabi je ek. Boleh cuba ni.. Senang sikit tak renyah.. Thanks share.

    BalasPadam
  18. Dah lama betul tak makan cekodok. ni kalau buat dan makan masa hujan ni mesti nikmat giler.

    BalasPadam
  19. Anak2 suka cengkodok pisang sampai ada ke pisang tanduk nak dibuat cengkodok 😂😂 tak jumpa lagi kat sini pisang nya. Kalau x buat dah.

    BalasPadam

Catat Komen

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catatan Popular