Novel Bunian Karya Anuar Darwisy

Sedikit throwback bagaimana aku boleh tersuka dengan karya penulis. Kali pertama aku baca karya A.Darwisy pada tahun 2012. Novel Pudina Cinta trending masa tu di Portal Ilham Sebenarnya aku kurang gemar novel berkisar cinta-cinta ni. Sebab isunya lebih kurang sama. Tapi di sebabkan trending, aku baca sebab nak tahu kenapa trending?

Dari baca secara online, aku terus beli novel bila Pudina Cinta di terbitkan pada tahun 2013. Novel Komedi Romantik yang tidak membosankan. Ada romantik, ada komedi, ada persahabatan, ada konflik dan ada seram. Masa terbaca part seram, hati aku berdetik... eh A.Darwisy ni kalau tulis genre seram memang terasa keseramannya, ngeri, takut dan boleh pergi jauh ni.

Dan akhirnya impian aku menjadi kenyataan apabila terbit satu persatu novel genre seram, mistik, ngeri, saspen dan islamik. Pada Januari 2020, Novel Bunian diterbitkan oleh Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd. 

Novel Bunian Karya Anuar Darwisy

BUNIAN
ISBN -978-967-0874-59-3
HARGA : RM25.00
GENRE : SERAM

GEMPAR seluruh negara apabila Safiuddin yang dilaporkan hilang hampir tiga minggu pulang dalam keadaan selamat. Para pengamal media yang mengikuti perkembangan kehilangan pemuda itu dari hari pertama, tidak putus-putus menemu bual Safiuddin untuk mengetahui ke mana lelaki itu pergi. Dada-dada akhbar, majalah juga media atas talian, turut sama memerihalkan kronologi kehilangan Safiuddin di dalam setiap kandungan berita mereka.

Safiuddin mengikut nasihat ayahnya supaya tidak sekali-kali bercakap tentang kejadian yang mereka alami di sana. Cukup sekadar memberi jawapan standard yang dirinya sesat di dalam hutan kepada semua orang. Yazid tidak mahu keselamatan dan privasi anaknya diganggu kalau mereka berterus terang.

Selepas keadaan kembali tenang beberapa hari kemudiannya, barulah Safiuddin beransur-ansur menjalani rutin hariannya seperti biasa.

Malam itu, dia bersama-sama Linda dan Syafiqah berkumpul di sebuah kedai buku yang beroperasi 24 jam di Tamarind Square, Cyberjaya. Linda yang merancang supaya mereka bertiga berjumpa di situ. Menurutnya, ada sesuatu yang hendak dibincangkan.

Linda membuka beberapa buah buku di atas meja lalu menyuruh kedua-dua kawan baiknya itu untuk menekuni tiap lembaran yang sudah siap-siap diselaknya itu. Berkerut-kerut kening Safiuddin dan Syafiqah dibuatnya. Linda kemudiannya mengeluarkan telefon pintar dan menunjukkan beberapa keping gambar yang sempat dibidiknya di dalam bilik Syafiqah tempoh hari.

“Ini simbol yang terjadi sendiri dalam bilik kau hari tu, Syca. Nampak tak ada beberapa simbol seperti menyamai simbol-simbol dalam buku ni? Dan kau Din, kau pernah nampak simbol-simbol ni kat sana?” Serupa penyiasat, Linda menyoal dua orang kawannya itu.

Safiuddin berjeda.

“Aku pernah nampak simbol-simbol ni dalam Gua Sangkala.”

“Simbol-simbol ini dipanggil grimoire. Teks kuno yang digunakan untuk menyeru syaitan datang....”

BERGOLAK DUA DUNIA
KERANA CATURAN SYAITAN

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama