Selesai je solat Subuh, terus aku Whatsapp Nina dan Tini. Memanglah lokasi Zumba tak jauh dari tempat tinggal kami, tapi tak siapa tahu kemungkinan yang bakal terjadi di atas jalan raya kelak. Dan kasi peluang untuk 2 sahabat aku tu boh bedak banyak-banyak dan calit lipstik. Takdelah dengan muka pucat nak gi berzumba.
Kami carpool. Tini dari Balik Pulau, ambil aku yang tinggal di Teluk Kumbar. Selepas tu ambil Nina di Sungai Batu. Dari sana terus ke Sungai Ara. Memang riuh la dalam kereta sebab agak lama jugalah aku tak jumpa depa berdua. Kawan sebilik masa aku tinggal di asrama. Macam-macamlah yang kami borakkan. tapi topik utama kami lebih kepada isu nak makan pagi kat mana?
Pagi tu kami sampai ke Sekolah Menengah Sungai Ara tepat jam 7:30 pagi. Pendaftaran bermula pukul 7:30. Itu pun ada hati nak pi bekfes.
Masa kami dok berdiskusi nak makan kat mana, makan apa, sorang nak tosai, sorang nak sup-sup, sorang lagi nak breakfast meal kat McD je, zup..zup.. laju je kenderaan lalu tepi kami menghala ke dewan.
Tak boleh jadi ni. Terus cancel bab makan. Kereta di pandu terus menghala ke dewan sekolah. Seorang bekfes nestum, seorang sempat teguk air suam + madu + cuka epal, sorang lagi teguk air kosong je. Bertahan la hingga ke minit terakhir.

Untuk sampai ke dewan, kenderaan kami perlu melalui sedikit laluan berbukit. Sejuk je mata bila terpandang hijaunya padang sekolah. Boleh tahan banyak jugalah kenderaan yang dah tiba. Ada ke tempat parking untuk kami?
"Kalau takde juga, kita park kat padang sekolah je lah." saran aku dalam hati.
Alhamdulillah, ada tempat parking untuk kami. Lokasi yang tak menghalang laluan kenderaan untuk keluar masuk. Dan tak block kereta orang lain. Ikutlah sikap mulia daripada kami. Biar kita bersusah sikit daripada kita menyusahkan dan menjadi bahan sumpah seranah orang.
Lepas daftar dan bayar yuran penyertaan, kami pilih untuk bergambar kenangan. Yelah, bukan selalu dapat join program Zumba anjuran Team Jom Kurus Sungai Ara.
Baru lagu pertama, dah berpeluh satu badan. Tapi memang best sangat bila dapat ikut rentak Zumba, Salsa dan Konga. Dan pagi tu dapatlah kami berempat (anak Tini pun join Zumba) merasa apa itu Konga dan terus jatuh suka. Terus kami plan untuk workout di lain hari dan waktu kelak.
Memang terbakar kaw-kaw la lelemak yang melekat kat badan. Selama 2 jam tu, memang tak membosankan. Bila habis je lagu yang ke berapa tah, terus kami rehat seminit dua untuk minum sedikit air. Dengan harapan, kami mampu meneruskan perjuangan membakar lemak hingga ke saat akhir.
Dengan bayaran RM5 untuk 2 jam Zumba, Salsa dan Konga ianya satu peluang yang rugi jika dilepaskan. Satu permulaan yang kami bertiga perlu teruskan. Mungkin sebulan sekali, dua minggu sekali atau seminggu sekali. Hurm..
Selesai bersenam, Kapitan Tandoori House @ Setia Triangle, Sungai Ara, Penang kami terjah. Dah berkonga dah perut masing-masing. Tosai Ghee untuk aku dan Nina. Roti Canai Sardin untuk Tini. Yaya dan Fatin order Roti Canai Telur. Kami makan sampai habis. Adalah juga terasa nak tambah order tapi jangan ikut sangat nafsu.
Moral perkongsian aku kali ni, silalah ambil sedikit breakfast sebelum mula bersenam. Nak nak senaman jenis heavy macam kami. Ikutlah keupayaan diri menu apa yang korang boleh ambil. Ada orang boleh je bekfes dengan secawan susu dan pisang. Ada orang memang kena makan roti bakar, telur separuh masak dan teh. Dan ada orang cukup dengan sebungkus nasi lemak.
Thanks sudi singgah dan baca. Jumpa lagi di next artikel ya.
Klik link Instagram aku ni untuk lihat antara workout kami pada hari tu. 🤭 : http://bit.ly/2KOPAk4

Pernah join aktiviti zumba kat taman. Memang peluh dibuatnya nak nak lagu yang laju macam lagu2 Korea.....perghhhh memang lepas tu rasa badan ringan ajer.
BalasPadamBersukan untk menyihat badan menjadi pilihan utama. Seronok melihat masyarakat mula fikir akan kesihatan. Ia satu momentum yang bagus
BalasPadamWah! Menarik juga ya zumba party ni waima cx tak pernah join mama² aktiviti zumba. Hehhe lagi bertambah seronok bila dapat turut serta dengan rakan² sekepala. Memang enjoy!
BalasPadammacam best je join zumba ni. husband pun ada bg greenlight kalau nak join. tapi tu la. kalau ada geng best sikit. kalau sensorang mesti akward. huhu
BalasPadamberbaloi tu 2 jam rm5.
BalasPadamtau sgt la, berpeluh nyer tak hengat.
pernah join dulu kala, eiza.
many years back, before aida kena transfer to seremban.
last 4 years kot.
join kelab zumba. sebulan rm20. 8 kelas.
terbaik. best. boleh release tension ekk berzumba gini...
Seronoknya berzumba. Dah lama tak join zumba ni. Harga murah tu rm5 untuk 2 jam. Rindu pulak zaman leh berzumba. Dah duduk jauh d rbandar ni alahaiii suma ketinggalan.
BalasPadamWah dapat berzumba dengan hanya RM5 memang terbaiklah...biasa memanglah ada yang free tapi bukan berzumba malah berpoco-poco pula. ntah manalah p nya zumba tu...Tapi untuk kesihatan dapat pula jurulatih zumba yang bagus dengan harga RM5 memang berbaloi :)
BalasPadamBest bil daa geng nak berzumba ni.. Nad auka berzumba ni.. Tapi takde geng.. Hehhee..harga dia murah betul, mmgvtakkan lepskan peluang bila ada dekt kl mcm ni
BalasPadamWahh kurus dan sihat la dia pasni sebab berzumba! Lama dah kte tak exercise sbb tu bdn dh makin mengembang 🤣
BalasPadamAlahai lamanya tak berzumba. Tapi Nur tak pernah join zumba ramai-ramai ni. Nur zumba dekat rumah je, ikut mana2 video zumba di YouTube yg best. Tapi berbaloi sgt ya RM5 utk 2 jam. Mesti puas baju lencun lemak terbakar :)
BalasPadamTahniah kerana berjaya menyihatkan badan. Saya ni dh lama tak jogging. Mcm makin bertambah berat badan ja ni. Nk kena bersenam jugak ni.
BalasPadamthankyou untuk information ni kak. saya pun ingat nk zumba sendirian malam ni dirumah. lemak dah ternak banyak sangat sehingga berat cecah 65kg. bmi dh hmpir ke overweight. adui, have to do something lah.
BalasPadamwah2. dah menjadi trend sekarang senaman zumba ni.
BalasPadambest la zumba dengan geng2 perempuan je.tak delah segan sangat.
senam2 juga, pemakanan kena jaga jugak ye. All da best ya
Wah bestnya kak berzumba...Marsha pun dah lama tinggal ni. Baru berjinak-jinak dengan fun run. Pasni nak zumba balik. Nak keep fit...umur pun dah meningkat ni
BalasPadamKita pernah juga dapat tawaran untuk Jom Kurus heheheeh tapi tak reti lah kita nak buat zumba ker apa ker yang kita tahu berjoging jer wakakaka nak kurus juga lah...
BalasPadamSeronoknya! Teringin sangat nak join akitiviti macam ni tapi masih susah lagi sebab ada anak kecik. Harap nanti dapatlah jugak hasrat join benda macam ni. Suka sebenarnya.
BalasPadamLama da xjoin zumba.. Harap2 nanti boleh berzumba la balik.. Huhuhu.. Sakit urat kalau dah lama tak berzumba ni... Nak Dapat tempo n tuning dia lagi la kan
BalasPadamBestnya pergi berzumba ramai² lagu. Badan sihat, hati pun sonang
BalasPadamDone follow sini 1291
bagus ada group zumba sebegini. barulah semangat nak kurus tu datang bila ada geng. kalau buat sorang2, takut tak jalan. bila ada kawan2 nie yg jadikan perjalanan nk kurus tu best
BalasPadamhey murah sangat rm5 untuk zumba kan. saya pon dah lama x berzumba ni. kalau dekat nak je join. eh hehe
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!