Pembersih muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser, satu produk yang tak perlu di perkenalkan lagi. Produk ni yang disyorkan oleh pakar kulit dan ramai penggunanya memang mendapat good review. Terutama daripada mereka yang pernah mengalami masalah skin breakout. 

Di tambah iklan di kaca tv dan sosial media yang seakan memanggil-manggil aku untuk cuba kerana 97% wanita yang cuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan tukar kepadanya selepas kali pertama mencuba. Hurm... memang buat tidur malam aku tak lena. Dan akhirnya, dah masuk sebulan lebih aku menjadi pengguna Cetaphil Gentle Skin Cleanser. 

Cetaphil Cleanser ni ia berwarna jernih. Sekali pump je dah cukup untuk aku. Ratakan ke seluruh muka yang dah aku basahkan terlebih dahulu. Eh, tak berbuih la. Bersih ke? Senang bilas ke tak? Sambil gosok perlahan, pelbagai soalan tetiba muncul.

Masa bilas dengan air, wow...tak melekit dan senang bilas la. Serta tak pedih mata. Biasalah, mesti kita akan gosok kawasan kelopak mata untuk bersihkan saki baki alat solek kan. Kulit muka rasa lembut dan lembap walaupun tiada sabun dan buih. 

Dan yang paling best, tak mengeringkan wajah sebab cleanser yang tak berbuih takkan mengikis pelindung kulit semulajadi. Ia juga tanpa bahan pewangi dan takkan merengsakan kulit. Oh ya, yang bestnya pembersih ni, selain bilas guna air, nak bilas guna cotton pad atau towel bersih pun boleh sebab boleh guna tanpa air dan sebagai makeup remover untuk makeup yang ringan.

Patutlah ramai komen positif Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Bila dah guna, baru lah aku tahu betapa bestnya pembersih ni. Masalah kulit kering mengelupas di pipi aku hilang tanpa aku sedar. Bila wajah lembap, barulah senang nak apply skincare yang lain. Make-up pun tahan lama tau. 

Bila aku sapu bedak, baru aku perasan...kulit kering aku dah takde la. Tak sangka, dengan menggunakan pembersih wajah yang betul, mampu menyihatkan kulit rupanya. Tak perlu berhabisan sapu banyak produk penjagaan muka itu ini. 

Aku juga sarankan anak remaja aku untuk guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Aku jenis kulit kombinasi. Suami pula jenis kulit berminyak dan sensitif. Anak lelaki aku yang sekolah menengah, jenis kulit berminyak dan berjerawat. Manakala anak perempuan aku jenis kulit normal. Nampak tak, satu cleanser untuk semua jenis kulit.

Soap-free, tiada bahan pewangi, pH yang seimbang dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia datang dalam botol seperti gambar di atas. Nak saiz travel pun ada. Senang dibawa ke mana-mana. 


MANA NAK BELI ?

Aku beli di Watson dan Guardian. Lagi best bila dapat beli pada harga promosi. Nak beli online kat Shopee dan Lazada pun boleh. 

Lepas guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser, aku juga setuju dengan wanita lain yang cuba dan tukar kepada produk ni sebab aku dah guna dan dapat manfaatnya. Korang jangan tunggu lama-lama macam aku. Dah tahu cleanser ni bagus tapi sengaja bertangguh nak cuba. Nyesal wei. Jika tak konfem dah lama jelita, anggun dan flawless skin aku. 

23 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. ni la pencuci muka pertama anak2 dara aida.
    recommended by doktor.
    bagus utk kulit muka anak-anak :)

    BalasPadam
  2. dulu kecik pakai ni jugak. harga boleh tahan dan dia punya keberkesanan tu pun okay. cuma, kecik xpuas betul guna bila takde buih ni. ahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab harga memang no komen. Sis pun guna dengan penuh bijaksana. Tak nak membazir. Tapi puas hati sebab kulit muka elok terjaga.

      Padam
  3. Ramai yang dah review kata Cetaphil ni bagus, teringinlah nak cuba.

    BalasPadam
  4. Cuba Mas sebelum terlambat. Ada pack Trial Kit. Harga dalam RM16 - RM17. Ada pencuci muka dan moisturising cream.

    BalasPadam
  5. Ramai gak kawan-kawan ai pakai cetaphill ni.

    BalasPadam
  6. i have seen this in watson and other pharmacies. well, havent try this and hope to get this soon....

    BalasPadam
  7. Senang bila jumpa pencuci muka yg boleh for all skin types kan

    BalasPadam
  8. banyak kasi info produk ni bagus... ada juga baca sana sini.. macam okay... hmmm.. kena try sendiri juga ni nanti.. TQ utk info ye eiza

    BalasPadam
  9. Ooo patut la ramai orang yang ada masalah kulit muka recommend pencuci muka ni. Kalau serasi then bagus sangat lah. Paling best part yang tak mengeringkan kulit selepas mencuci tu. Maknanya dia masih menjaga kelembapan kulit kita. Menarik Cetaphil ni! Attracted dengan Cetaphil bila tengok Lisa Surihani yang masuk iklan dia haha.

    BalasPadam
  10. Produk ni memang best. Sesuai untuk semua jenis kulit. Selalu beli dekat guardian Sbb selalu ada offer

    BalasPadam
  11. ha’ah wak.. cetaphil memang elok untuk kesihatan kulit.. bila cuci rasa bersih je 💕

    BalasPadam
  12. Rawlins dah baca banyak good review pasal produk Cetaphil nie. Nampak gaya kena beli gak la - almaklum usia sebegini dah banyak kena repair hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... samalah dengan eiza. Memang Cetaphil ni repair habis problem kat muka tau. Terus jelita menawan kulit wajah.

      Padam
  13. ramai pakai cleanser cetaphil ni dan cakap bagus..nad tak pernah cuba lagi..senang nak cari produk ni kan

    BalasPadam
  14. Produk berkualiti dan dipercayai berkesan oleh ramai pengguna. Kebanyakan review tentang produk ni memang bagi rate 5 star.

    BalasPadam
  15. Ramai kata cetaphil nie bagus tapi ramai juga kata cetaphil literally does nothing to the skin. Tp semua terpulang individu. Kalau rasa okay, dia guna. Mungkin certain org masalah kulit lain2

    BalasPadam
  16. Masih belum pernah guna cetaphil ni tapi rata-rata review the best. Soon boleh try kot nk hilangkan jerawat2 halus dekat pipi.hehehe

    BalasPadam
  17. Kak tak pernah guna lg Cetaphil ni tp tgk dah ramai review mestilah naguskan

    BalasPadam
  18. Oh pernah dengar cuma tak tau apa produk ni sebenarnya. Sekarang lepas baca blog ni baru faham. Terima kasih sebab share

    BalasPadam
  19. Anak dpt gatal kulit bila guna produk cetaphil terus elok..

    BalasPadam
  20. cetaphill ni mmg bagus sgt... mmg sekarang pun pakai utk muka ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama