Bayangkan jika itu tajuk berita yang korang terbaca. Dah tentu korang terbayangkan ini mesti salah pemandu kereta tu. 

Dan itulah situasi yang aku alami pagi ni. Bezanya aku sempat brek kereta dan tak terciumlah kereta aku dengan motorsikal tersebut.

Pagi Jumaat ni... seperti biasa, rutin aku hantar 3 orang anak ke sekolah. Laluan utama memang sibuk setiap pagi. Di tambah dengan kenderaan yang parking kiri dan kanan jalan, laluan jadi semakin sempit. 

Sempitnya, kau perlu berhenti dan ketepi untuk beri laluan kepada bas. Kalau dua-dua berkeras nak lalu juga, memang tak lepas. 

Kenderaan yang parking di tepi jalan ni, ada yang parking betul-betul di simpang jalan. Menghalang pandangan orang yang nak keluar simpang. Kau perlu ke hadapan sedikit untuk tengok kiri dan kanan sebelum masuk ke laluan yang nak di tuju.

Aku drive perlahan sambil bebel beri pesanan istimewa buat anak remaja aku. Itu memang rutin pagi aku. Pesan jangan ponteng kelas, jangan ikut kawan langgar peraturan sekolah, hormat cikgu dan ada lagilah dua tiga pesanan. 

"Ingat apa yang mama dah pesan jika korang tak nak mama hantar korang sampai ke kelas." Bila anak dah remaja, memang mereka malu jika mak ayah masih teman hingga ke depan pintu kelas. 

Oh ya, sepanjang laluan aku tu...adalah gerai tepi jalan yang jual petrol dalam botol. Selalunya pelanggan utama ialah mereka yang bermotosikal. 

Sebelum aku sampai di kawasan perumahan flat kos rendah, tiba-tiba meluru sebiji motosikal keluar dari deretan kereta yang parking di tepi jalan. Seorang wanita berserta 2 orang budak (sorang pakai baju tadika dan sorang lagi kecil sikit dari yang tadika tu) menghala ke arah kereta aku. Aduih...aku yang terpandang, terus tekan brek mengejut. 

Kalau ada sakit jantung memang boleh kena serangan. Syukur belakang kereta aku takde kenderaan. Hakak tu tersengeh-sengeh senyum bagi isyarat minta maaf. Aku... aku terpaksa buat muka marah, muka hangin dengan kesalahan yang dia dah buat. 

Moral yang aku nak kongsi, pleaselah tengok kiri kanan sebelum tukar laluan. Tak kisah la kau bawa motor, kereta, lori atau bas. Pandang kiri dan kanan. Pastikan laluan betul-betul selamat baru tukar laluan. Walau apa jua kecemasan, peraturan tetap peraturan. 

18 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Ya Allah.. memang betul sangat2. Lisa baru tengok video 1 kereta kena langgar disebabkan kecuaian kereta lagi satu yang tak tengok kiri kanan dan main jalan je. Bahaya tau macam tu.

    BalasPadam
  2. Ya Allah.. mujur la sempat tekan berak kan.. kalau tengah laju.. memang tak tau la apa jadi kat wanita dan 2 org anak tu.. tak pasal2 sis yang tak salah pulak yang kena.. mujur semua selamat.. kena beringat selalu tu.. kalau nak tukar arah ke apa.. alert dulu sekeliling n kiri kanan

    BalasPadam
  3. Allahu.. nasib baik sempat break kan.. kadang kita ni dah cukup berhati2, tp bila org lain tak berhati2, kita pun turut diundang bahaya kan..

    BalasPadam
  4. Ada juga sikap tak sabar di kalangan pemandu ni. Lagi satu tau nak menyelit je kalau ada ruang kosong. Mujur takde apa2. Pemandu motor tu kalau orang tergesel motor dia pun boleh terjatuh. Nasib baik takde apa2. Saya pun sejenis yang terkejut kalau jadi macam tu....

    BalasPadam
  5. Allahu, terkejut baca tajuk entry. Dup menikam jantung. Rasa cemas 😥

    Syukurlah Eiza tak apa-apa. Syukur Allah bagi Eiza sempat menekan brek. Tak leh nak bayangkan macam if sebaliknya.

    Mesti pemandu yang di persalahkan.

    Hakikatnya... ermmm

    Kalau Ruby ditempat Eiza, Ruby pun marah dan bengang juga. Sebab ia melibatkan nyawa orang.

    Sabarlah ya.

    BalasPadam
  6. Memang menggeletar lutut kalau terlibat dengan accident. Walaupon kita berhati-hati semasa memandu, orang lain pulak yg memandu macam hampeh.semoga kita dilindungi dari kemalangan

    BalasPadam
  7. seram bila baca tajuk. nasib baik semua selamat. kalu silap boleh excident teruk tu. tambah lagi sekarang driver bawak kereta bukan nak pikir keselamatan orang lain, yang dia tahu nak cepat sampai. selfish betul kalu ada orang macam ni atas jalan raya. pantang la BBL.. marah ni..

    BalasPadam
  8. kadang memang takut nak bawa kereta dalam keadaan jalan sesak macam fobia kadang tu... kadang disebabkan pemandu lain cuai kita dapat padahnya.. punyalah dah berhati-hati bawa kereta, Moga kita sentiasa dilindungi InsyaAllah

    BalasPadam
  9. Uish. Berhati-hatilah. Lagi2 bila bawak anak ni.kadang2 kita dh berhati2, orang lain yang langgar kita. Byk kali dh abam eksiden. Jadi dh lali dan cool hadapi . Hope everything di mudahkan

    BalasPadam
  10. Allahu. Baca tajuk tu seram tau. Alhamdulillah syukur sis cekap sempat tekan brek. Tp betul lah. Kecuaian org lain, boleh beri bahaya pada kita. Nur pernah alami situasi sama mcm sis. Tapi kereta lah yg keluar tiba2 dari deretan parking tepi jalan. Kalau dia bagi signal takpe juga laa kita boleh standby. Ini main keluar melulu. Cari nahas betul.

    BalasPadam
  11. Baca tajuk je pun dah gerun.
    Kalau kena kat Yaya ni, boleh berpeluh, berdegup kencang jantung ni hah.
    Dorang, kalau tak sayang nyawa sendiri, fikir lah keselamatan orang lain.

    BalasPadam
  12. oooo x terjadi lah ye. aduhai...
    ok la tu. sib baik kita si kereta ni awas. if not?
    bab parking tepi jalan, jalan jadi sempit, kenderaan yg lalu tak beralah...
    hmmmmm selalu sgt. rimas.
    yg parking tu, tak fikir ke kan yg bakal menyusahkan pengguna jalan raya lain?
    akak motosikal tu, aduhai, x sayangkan anak2 ke?
    hati-hati lah kak oii...

    BalasPadam
  13. bahaya la hai.. ish.. sis cukup risau kalau bab2 kemalangan ni.. takut... kdg tu la kita dh buat elok org plak dtg sondol kita.. ish minta jauhkanlah benda2 mcm ni...

    BalasPadam
  14. memang selalu sangat kena macamni, baik yang naik motor ataupun kereta. Lagi bahaya bila ada budak kecil. Sakit hati bila jumpa driver macamni. Okay lagi akak tu buat muka bersalah, ada yang bagi middle finger lepas dia buat salah lagi geram haihhh

    BalasPadam
  15. Hmm Bella selalu juga jumpa motorcyclist yang macam gini. Tak fikirkan keselamatan diri sendiri (atau pembonceng dia) pastu kalau jadi apa2 kita jugak yang disalahkan. Siapa dia yang kita lak kena pikirkan keselamatan dia? Dah keselamatan kita siapa nak pikir? Lagi satu, yang jenis bawak motor tu macam road bapak dia mencilok2. Kalau kita dah bagi signal nak tukar lane pun, masih dia hon2 kita padahal dia jalan between lane laju (kanan) ngan lane tengah tu kenapa? Pergi la lane tepi kiri tu takde la terganggu dengan kereta nak tukar lane kan? Belum lagi yang dah buat salah lepastu setakat angkat tangan je. Heeyyy kan dah marah dah ni! Kihkihkih 🤭🤭😝😝

    BalasPadam
  16. Allahu..boleh lagi dia tersengeh sengeh ya. Tak pikir keselamatam anak2 yg dibawa hummm. Risau sungguh sekarang nak bwk kereta, kita dh cukup hati2 tapi sb kan kecuaian org lain..kita terbabit sama

    BalasPadam
  17. kadang-kadang kemalangan bukan kerana kecuaian kita tapi kecuaian orang lain...walau macamana pun kita kena berhati-hati di waktu pagi kerana pada waktu ini lah ramai yang tergesa-gesa nak ke sekolah dan ke pejabat.

    BalasPadam
  18. Kita baca tajuk pun dah seram sejuk takut nak baca sampai habis sebab rasa macam parah sangat rupanya tak adalah kemalangan yang teruk Alhamdulillah semua selamat memang betul dalam pemanduan kita tak boleh leka walau sesaat pun kalau nak kalih padangan kena pastikan keadaan selamat hurmmmm

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama