Pada mulanya, tercetusnya idea nak buat blog ni sebab aku suka share info bab kesihatan atau artikel bermanfaat dengan rakan sekerja aku. Biasalah, geng mak-mak ni, kadang-kadang kami share resepi. Kadang-kadang share artikel. Contohnya, bagaimana nak anak tak liat bangun pagi.
Jadi bila dah rasa banyak sangat ilmu dan apa yang kami share akhirnya hilang entah kemana, so di situlah timbul idea aku perlu ada blog!
Dan salah satu sebab lain ialah aku berangan nak jadi penulis. Korang doakanlah semoga satu hari nanti angan-angan aku tu tercapai. Dalam blog aku ni, adalah beberapa cerpen hasil karya aku. Dulu aku dah adakan satu ruang khas untuk karya-karya aku. Tapi bila bertukar ke template baru, hilang pula ruang tu. Nantilah, jika ada waktu lapang, aku nak kumpulkan semula.
So, itu jelah sebab kenapa aku buat blog. Sekadar nak isi masa lapang pun iya juga. Di bawah ni, aku share sedikit cerpen aku yang bertajuk JANE.
"Hai, good morning Jane."
Wajah Aduka tetap tersenyum miang walaupun salam yang dia hulur Jane tak sambut.
"Sombongnya you ni."
"Bukan sombong tapi haram is haram."
Sambil ketawa Aduka melangkah masuk ke ruang kerjanya. Jane meneruskan kerja mengedit. Bahagian kerja yang dah siap ada sedikit perubahan. Dia dah biasa dengan usikan Aduka, suami kepada dua orang isteri.
"Jane, kau dah breakfast? Mai la join kami." Ajak Maya yang di tangan ada bungkusan nasi lemak dan secawan milo panas.
"Awal lagi ni, mai la makan dengan kami." Rose dah tolak pintu bilik mesyuarat guna bahu. Sama macam Maya, di tangan Rose ada secawan kopi panas dan bungkusan makanan. Entah apa menunya.
"Yelah, aku memang tunggu korang berdua. Tak sedap la makan sorang-sorang." Jane jeling jam dinding. Mereka ada lagi 15 minit sebelum waktu kerja bermula.
"Tak habis lagi miang Aduka tu? Aku nampak apa yang dia buat kat kau Jane. Padan muka dia, kau tak layan."
"Tak padan dengan bini dua, tak serik agaknya dia." Rose buka bungkusan makanan. Semerbak bau bihun goreng.
"Nah, untuk korang. Aku buat bekal untuk anak pagi tadi, ada lebih. Korang kongsilah makan sorang sikit."
Jane dan Maya bahagi sama rata bihun goreng daripada Rose. Kata orang, rezeki jangan di tolak.
"Aku respek la dengan kau Jane. Kau lain dari yang lain." Maya dengan mulut penuh makanan mulakan topik pagi.
"Lain kot mananya. Kau puji-puji aku ni nak suruh beli produk kaukan. Maya, aku akan tetap setia guna skincare aku. Kau jangan cuba nak racun aku. Nanti kau juga merajuk dengan aku bila aku keluarkan fakta krim timbang kilo."
"Eh, ke situ pula kau. Takdelah. Aku kagum dengan pendirian kau. Kau aku tengok cool je hidup dengan anak-anak. Tak terdesak nak berlaki."
Nasib baik tak tersedak Jane dengan mulut Maya. Rose hanya pandang dan sesekali hirup kopi panasnya.
Klik JANE untuk baca sambungan.
baru perasan pandai tulis cerpen rupanya....hatar la kat suratkhaar or majalah hehehhe
BalasPadamItulah..memang terdetik nak anta kat majalah. Nantilah nak cari caranya.
Padambest lah penceritaan JANE bersahaja dan menarik
BalasPadamAlhamdulillah sebab awak suka cara penulisan saya. Ini yang membakar semangat nak berkarya ni.
Padamsalam .. lama x jengah sini... goodluck eiza!! awa singgah baca JANE. (ohya, baru perasan x follow lg blog eiza.. awa dh follow tu ye..) :D
BalasPadamOh. Itu asalnya. Kita pun suka menulis tapi yang merapu-rapu je la.
BalasPadamTapi bila tengok dunia blogging ni makin berkembang, kita tak dapat nak catch up.
Apapun, terukan menulis. dan doakan kita aktif balik seperti dulu.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!