Last entri aku..(scroll page blog, klik arkib) bulan november 2013. November, december, januari, febuari, mac, april. Sekarang bulan april, tak perlu kira. Hampir empat bulan blog aku sepi tanpa entri. Entah-entah nama blog aku ni pun dah hilang dari senarai blog wajib terjah rakan blogger. 

Kenapa aku menyepi? Apa yang aku buat? Sebab musababnya tersangat privacy untuk dikongsi bersama. (^_^)v

Biarlah apa jua sebabnya, kita letak tepi. Jangan simpan rasa tak puas hati pada greenappleku yang baik hati ni ya. 

Sejujurnya, telah lama aku pendam, rasa nak up entri dalam blog. Namun tiada rezeki untuk berjumpa, berbalas komen bersama rakan blogger yang amat di rindui. Rindu yang boleh menyebabkan meroyan. Kalau korang tak percaya, tanyalah kepada sesiapa yang ada blog. Sama sahaja perasaan kita orang tau. (>_<)

Masa aku tulis entri 'come back' aku ni, (sila abaikan rasa happy tak ingat aku) aku baca di mana-mana fb, banyak up entri kes 'tudung mahal' tu. Komen aku yang bertudung ni, elakkan rasa riak dalam diri. Allah dah larang sikap ni. Jangan ada dalam diri. Sebabnya, ramai orang tak suka. Kan.

Pakailah tudung yang harga beribu, (ada ke tudung harga beribu..) tetapi pastikan tudung tersebut mengikut syarat yang telah Islam tetapkan bila seseorang wanita nak pakai tudung. Dan Islam juga melarang umatnya membazir. Perlu ke berhabisan ratusan ringgit malah ribuan ringgit untuk bab tudung 'tak patuh syarat'? Pendapat peribadi aku, TAK PERLU. 

Terima kasih kerana masih sudi terjah blog aku. 



3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama