Ada pelbagai cara untuk orang 'release tension'. Salah satu cara aku, membaca. Lately ni, membaca novel dapat merehatkan minda aku dari memikirkan pelbagai masalah dunia. Ayat seperti seorang menteri. (>_<)

Dengan membaca, pelbagai tempat aku dah sampai. Pelbagai watak aku dah 'feel'. Hantu pun aku dah jumpa. Hanya dengan membaca.

Lain orang lain caranya nak release tension. Kan. Ada orang makan kek adalah cara dia release tension. Ada orang pula suka melukis. Ada juga yang pilih tidur sebagai caranya untuk release tension. Nasihat aku sikit, walau apa jua cara korang, pastikan ianya tidak salah disisi Islam.

Ensem kan hero diatas. Ini hasil kerja penulis novel Rose Harissa. Beliau juga seorang pelukis grafik otai. Teruja aku tengok hasil kerja beliau. A BLOG TO REMEMBER, aku rajin klik bila rasa nak release tension. Klik nama Rose tu untuk terjah ya. 


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama