Nota GreenAppleKu: Pesanan sejak dari dahulu, sebaiknya waktu makan malam adalah sebelum maghrib. Di kecualikan pada bulan puasa sebab kita berbuka selepas azan maghrib.

Jika tiada pilihan dan terpaksa makan malam lewat, ikut nasihat doktor. Jangan terus tidur selepas makan. Bab kesihatan, tiada kompromi kan.


MAKAN MALAM PUNCA GASTRIK

Pada hujung minggu dan cuti umum, ramai di antara kita yang lewat mengambil makan malam.

Jangan terus tidur selepas sampai ke rumah. Makanan yang belum hadam dan masih berada dalam perut, penuh dengan asid.

Jika kita tidur sebelum makanan dihadamkan, makanan yang berasid itu akan naik ke tekak (reflux) ketika kita berbaring.

Ini akan menyebabkan rasa pedih di ulu hati dan ada kalanya menyebabkan pengumpulan kahak dan batuk. Batuk sebegini tidak akan sembuh dengan ubat batuk.

Jika hadir di majlis makan malam yang agak lewat, kurangkan makanan yang berminyak dan pedas.

NOTA KESIHATAN

dari http://drzubaidi.com/blog

posted from Bloggeroid

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama