" Busy dengan kerja. " Zack reply sms Lisa.
" Oic, so bila you free ? Lama kita tak jumpa. " sms Lisa lagi.
" Not sure lagi. Kerja tengah banyak. Progress projek tengah berjalan lancar. Mana nak turun ke site. Mana nak meeting. Hope you understand okay."
Reply dari Zack yang menambah rasa marah pada Lisa. Bergetar bibir Lisa menahan rasa marah, rasa terkilan dan rasa kecewa yang amat sangat.
" You kat mana sekarang ni. Kita dinner sekali ya. "
" I still kat office. Tengah siapkan minit mesyuarat untuk meeting esok pagi. I dinner kat office jer. Lain kali kita dinner sama-sama. "
" Kat pejabat you pun takper. Sebelum ni pun i pernah dinner di sana dengan rakan sepejabat you sekali kan. You ingat lagi tak? Yang i belanja KFC tu? "
" Lisa, please understand me, bukan malam ni. You tak faham ker. "
" Memang i tak akan faham. You nak tahu kenapa? " sengaja Lisa menghantar separuh sahaja sms tersebut. Meninggalkan Zack tertanya-tanya.
" Haa..kenapa. Cuba you beritahu i apa masalah you yang sebenarnya. " penuh keegoaan sms dari Zack yang diterima Lisa.
Sudah lebih dari 5 minit, Zack menanti sms dari Lisa. Tiada balasan. Jauh di sudut hati Zack, ada rasa yang kurang enak,hadir menjelma dengan tiba-tiba. Zack terus menghantar sekali lagi sms pada Lisa.
" Apa yang you nak beritahu i tadi Lisa. Jangan main-main dengan i. Kan i dah beritahu you, i ada minit mesyuarat yang perlu i selesaikan ni."
Tiba-tiba Zack terasa bahunya di cuit dari belakang. Segera Zack menoleh. Lisa! Gulp....
Zack tertelan air liur sendiri sebaik sahaja melihat Lisa terpacak di hadapannya. Pucat wajah Zack ketika menghadapi situasi yang tidak di sangka ini.
" I tak nak cakap banyak. Bagi balik kunci kereta i. Dan pertunangan kita putus. You dengar kan. Putus."
Peluh jantan mula membasahi wajah Zack. Dan perlahan-lahan merayap keseluruh tubuh Zack yang semakin dirasakan tidak enak lagi selesa itu. Terkebil-kebil mata Zack melihat Lisa.
"Sayang, siapa perempuan ni. Dia kata dia tunang you. You dah bertunang?"
Lenggok suara yang sengaja di gedik manja daripada Maya, perempuan yang berada di sebelah Zack. Sambil memeluk erat lengan Zack, Maya pandang Lisa atas bawah. Menghantar isyarat Lisa bukan lawannya.
Lenggok suara yang sengaja di gedik manja daripada Maya, perempuan yang berada di sebelah Zack. Sambil memeluk erat lengan Zack, Maya pandang Lisa atas bawah. Menghantar isyarat Lisa bukan lawannya.
" Hello, kalau kau nak tahu, Zack ni tunang aku. Tapi itu untuk setahun yang lalu. Sekarang tak lagi. Zack, mana kunci kereta i. Cepat bagi balik."
" Hei, tadi you kata, you dah putuskan pertunangan kan. So, kenapa nak minta kunci kereta Zack pula. "
" Eh, yang kau beriya-iya mempertahankan Zack ni apasal? Dan untuk pengetahuan kau, kereta tu, kereta i. Aku pinjamkan supaya mudah Zack nak buat urusan kerja. Zack ni bukannya anak Dato. Kau dah kena tipu. Jawatan yang dia ada sekarang pun sebab aku. Company tu, company bapa aku. Bukan bapa dia."
Hilang segala tutur yang penuh kesopanan dari Lisa. Apa hak Zack untuk berlakon di belakangnya lagi. Cukup. Drama ini harus ditamatkan. Segera.
" I tak percaya. I tak percaya. Mana mungkin you anak Dato. Penampilan you tidak mengambarkan identiti seorang anak Dato. Bertudung dan berjubah. Ini ke penampilan seorang anak Dato ?"
" Habis, yang you fesyen dedah-dedah ni anak Dato ker ?" Soal Lisa pada Maya yang entah apa-apa mulutnya.
" Kurang ajar you...."
" Hei!!! sudah. Sudah. Jangan awak berdua bertekak di sini. Maya, you please diam. Apa yang Lisa kata tu, semuanya benar. I tunang Lisa. Kereta tu kereta Lisa. Kerjaya i sekarang pun di sebabkan Lisa. I am nothing without you Lisa. Lisa, i minta maaf. Salah i. Please jangan putuskan pertunangan kita ni. "
Zack terasa seperti ingin di pegangnya tangan Lisa. Semoga hilang semua amarah. Namun Zack tahu, itu semua mana mungkin. Lisa seorang wanita yang amat menjaga batas-batas pergaulan dalam agamanya. Sepanjang tempoh mereka bertunang, tidak pernah sekali pun Zack dapat memegang tangan Lisa. Setiap kali mereka keluar bersama, Lisa akan bawa bersama anak saudaranya sebagai orang ketiga.
" Keputusan i muktamad Zack. Setakat ini sahaja pertunangan kita. I tak layak untuk you Zack. Maya yang lebih layak. "
" Lisa, please. Jangan buat i macam ni. I...."
" Zack, just pulangkan kunci kereta i. Dan lama i tahu yang i bukan pilihan you. Jika tidak, kenapa you sanggup tidur dengan Maya? Dah la, i tak nak cakap banyak. Kunci kereta i please."
Zack hulurkan kunci kereta Honda kepada Lisa. Renungan mata Lisa kosong. Tiada lagi sinar cinta yang sebelum ini ada.
Apa aku dah buat.
menyesal ku akui, tak terima cintamu, dan kini engkau pergi, meninggalkan hidupku. :P
BalasPadam6ixth sence - menyesal
@ suffer8zine, dah nyesal pun tak guna dah kot. Apa kata kalau Zack nyanyi sekali lagu TANPA, 6ixth sence .haha..
BalasPadamhaha.. kantoi beradap..
BalasPadamtapi kan, cmna lisa tau zack pernah tiduri maya eh? kna tggu smbungan ke? :D
@ Solihin Zubir , knplah g tanya soalan tu. Nampaknyer to be continuelah yer.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!