Sebuah topik hangat yang kitarannya masih belum selesai sehingga kini, dan ianya pasti akan kekal sedemikian keadaannya, selagi mana fitrah kejadian lelaki dan wanita yang nyata diciptakan Allah S.W.T berbeza dari pelbagai sudut.

Jikalau bercakap tentang perihal poligami, semestinya kita akan melihat kepada jantina penulisnya. Jika penulis berjantina lelaki, selalunya mereka akan memperkatakan berkenaan hukum-hakam poligami, dan membawakan dalil-dalil yang kukuh dari Al-Quran dan sunnah berkenaan bolehnya seorang lelaki berpoligami. Mereka juga akan membawakan beberapa sindiran berkenaan kecilnya pemikiran seorang wanita, dan ketidakmampuan mereka untuk memahami poligami.

Begitu juga sebaliknya, jika penulisnya dalam kalangan wanita, tentu mereka akan membawakan bagaimana perihal poligami merosakkan hidup mereka, malahan rumah tangga mereka, cerita-cerita betapa peritnya kehidupan poligami, dan juga sindiran betapa buasnya nafsu seorang lelaki untuk memiliki lebih daripada seorang isteri.

Begitulah keadaannya berlanjutan sehingga kini. Persoalannya, yang mana satukah pandangan Islam? Yang mana satukah pegangan yang diimani Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat? Adakah Rasulullah S.A.W seorang suami yang berhati kejam dan bernafsu buas, sehingga mengahwini 9 orang wanita dalam satu masa? Adakah Islam langsung tidak mempedulikan hati seorang wanita? Adakah Islam cenderung menyebelahi lelaki? Adakah benar wanita tiada tempat pembelaannya di dalam Islam?

Sepanjang pengalaman penulis di dalam membaca dan mendengar kisah-kisah poligami, terdapat banyak kefahaman dan kekeliruan yang berlaku, bukan hanya dari sudut seorang wanita, malahan juga dari sudut lelaki. Malahan rata-rata kisah mengenai kecuaian dan ketidakendahan seorang lelaki itu di dalam berpoligami, adalah lebih tercela dan kufur lagi berbanding salah faham seorang wanita.

Artikel kali ini, bertujuan untuk meletakkan garis tengah di antara lelaki dan wanita, untuk memberikan peringatan kepada kaum lelaki bahawa benar poligami adalah hak kita, namun hak ini tidak datang secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab yang berat, dan ia memerlukan ilmu, kefahaman dan penghayatan sunnah Rasulullah S.A.W yang tinggi. Begitu juga artikel ini lebih untuk menyuarakan simpati kepada kaum wanita, yang rata-rata suara mereka ditutup secara paksa atas nama agama, dan mereka adakalanya kurang didengari, hanya kerana difahami lelaki mereka ciptaan yang cukup beremosi dan tidak perlu diendahkan di dalam hal poligami.

Sebagai permulaan, penulis ingin menyuarakan bahawa kita perlu memahami dengan baik, bahawa seorang wanita yang normal, secara dasarnya TIDAK menolak hukum dan hak lelaki di dalam poligami. Segala tindak tanduk mereka di dalam memberikan reaksi di dalam hal ini, adalah dipengaruhi emosi dan perasaan mereka. Benar! Seorang wanita perlu belajar cara untuk mengawal emosinya. Namun ingatlah, mereka cuma akan belajar untuk mengawal emosi mereka jika kita sebagai lelaki yang memulakan langkah pertama dengan bersimpati, empati dan memahami perasaan mereka terlebih dahulu. Janganlah kita terlalu cepat melenting sekiranya seorang wanita memalingkan mukanya kepada perihal poligami.

Di dalam artikel kali ini, insya-Allah penulis ingin mengetengahkan beberapa perkara, seperti faktor-faktor yang membuatkan sukar menerima poligami, beberapa hakikat kejadian wanita yang perlu difahami lelaki, beberapa hakikat kejadian lelaki yang perlu difahami wanita, serta amalan poligami yang sepatutnya di dalam Islam.

bersambung ke bahagian # 2


GreenAppleKu : Semoga terjawap segala persoalan. 


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. topik yg bagus tok dikupas (^_^)


    kalo cik suha ditakdirkan berpoligami?

    ~andai itu tkdirnya,maka aku rela

    BalasPadam
  2. belum terfikir hal poligami ni sebab nak cari satu pun tak lepas lepas lagi.. hehe

    BalasPadam
  3. @ suha, good to you tapi kena pastikan calon madu awak pun dpt terima yg dia bermadu. Mana adil kalau awak sorang jer ok tapi dia pula yg tak ok kan.

    BalasPadam
  4. @ diana, kita juga punya hak, hak utk mendapat keadilan. Tapi jika dengan yg pertama pun masih tunggang langgang adalah lebih baik, mantapkan dahulu agama, akhlak dan ekonomi. huhu..

    BalasPadam
  5. @ delarocha, eh iyer ker? ingatkan dah kahwin sebab tgk gambar dah layak jadi bapa budak dah. Tak pun, en delaocha yg memilih sgt kot. hehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama