Faktor-faktor membuatkan poligami sukar diterima.
01.
Pertama dan utama sekali, adalah kerana contoh amalan poligami yang berlaku di negara kita bukanlah contoh yang terbaik. Apabila menyebut poligami, selalunya melibatkan seorang lelaki tua yang berkahwin dengan wanita yang seusia dengan anak atau cucunya, berambut merah dan berpakaian ketat. Isteri yang baru ini akan diraikan, dibawa bercuti ke mana-mana, dan juga si suami akan duduk di rumah isteri barunya lebih lama dari isteri pertamanya. Isteri pertama juga tidak akan dipedulikan lagi, tidak dilayan dengan baik lagi, hilang suasana romantik di antara mereka, dan di kala berbual pun si suami seperti hilang minat dan ingin segalanya disudahkan dengan segera.
02.
Rasa kekurangan di dalam diri sendiri yang timbul apabila si suami berkahwin lain. Ini kerana pada pandangan mereka, jika diri mereka sudah cukup semuanya, sudah tentu suami tidak akan mencari wanita yang lain untuk dikahwini, mencukupi dengan dirinya seorang. Beberapa sudut yang akan difikirkannya ialah:
  • Dirinya tidak lagi tampak menarik di mata suaminya
  • Dia seorang isteri yang tidak pandai mengambil hati, seperti tidak pandai memasak dan sebagainya
  • Dia tidak pandai menjaga rumah dengan baik, sehingga membuatkan suaminya rimas dan ingin mencari yang lain, atau
  • Dirinya sudah tua, sudah berkedut dan tidak lagi secantik awal perkahwinan dahulu. 
Kesemua perasaan inilah yang menggugat hati si isteri, yang membuatkannya sukar menerima keadaan yang berlaku.
03.
Rasa cemburu yang mendalam di dalam hati, tentang bagaimana segala hal-hal sulit dan juga aktiviti suami isteri yang sudah mereka lalui bersama, kesemuanya akan dilakukan oleh suaminya dengan wanita yang lain! Ini merupakan antara perkara yang paling sukar diterima mereka. Jika selama ini mereka bermalam setiap hari dengan bertemankan suami, kini suami mereka akan ke tempat yang lain, bersama wanita yang lain.
04.
Bimbang kualiti perhubungan mereka yang baik dengan suami mereka selama ini akan berubah, walhal segalanya sudah tampak sempurna dan bahagia di mata mereka. Mereka pasti akan melihat dengan kehadiran isteri yang lain, semuanya tidak akan kekal sama, terutamanya kasih suaminya akan mula berubah, dan mereka tidak akan disayangi lagi seperti dahulu.
05.
Impresi masyarakat terhadap poligami, yang selalunya akan menjadi buah mulut orang ramai, lantas memberikan tekanan kepada si isteri, terutama isteri yang pertama. Begitu juga di dalam keadaan yang lebih buruk, ahli keluarga akan mempengaruhi si isteri untuk bercerai dengan suaminya, kerana suaminya berkahwin lain, nauzubillah.




(sumber)


GreenAppleKu : Rujuk point nombor lima.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. as salam..
    terima kasih berkongsi pautan

    =)

    mudah mudahan tulang rusuk saya mampu dijaga sebaik mungkin.

    ameen..

    BalasPadam
  2. Good article beb...

    Satu lagi, kebanyakannya rasa mereka sedia untuk berpoligami sebab mampu dari segi harta benda dan juga nafkah zahir batin...tapi, banyak yan mengabaikan tentang agama..cukupkah ilmu agama di dada?. Disebabkan banyak yang tak cukup ilmu agama ni la maka terjadinya kes poligami berat sebelah sepertimana yang banyak terjadi kat Malaysia ni...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama