Hari bertukar ke minggu, minggu bertukar ke bulan, bulan bertukar ke tahun dan tahun bertukar ke zaman. Zaman berubah, ekonomi berubah begitu juga dengan tips dan panduan untuk mencari calon suami, turut sama mengalami perubahan.
Jika suatu ketika dahulu, orang akan melihat dari segi ekonomi, rupa paras, pangkat dan berapa tinggi tahap pengajian seseorang itu sebelum di pilih untuk menjadi calon suami.
Namun nampaknya syarat-syarat yang seperti di atas sudah kurang sesuai dan relevan untuk di gunapakai sepenuhnya. Sebab ada dua perkara yang patut di jadikan panduan utama ketika tercari-cari calon suami. Sila semat dalam minda dua sifat ini iaitu AGAMA dan AKHLAK yang bagus.
" Hek eleh, aku ingatkan apalah syarat yang terkini tu, rupanya itu ker syaratnyer"
Ada orang yang agamanya bagus namun akhlaknya hancur. Bab agama memang awesome dan sejuk jer mata kita yang memandang. Dah sebijik seperti calon iman muda penampilannya. Bercakap bab agama nih, terkesima kita yang mendengar. Namun bila di lihat pada akhlaknya, hancur sebab sombong, berlagak, cakap besar, kedekut, panas baran, pendendam dan lain-lain lagi.
Jika tiada kedua-dua sifat di atas, herm adalah lebih baik kita reject sahaja. Tapi tak tahulah pula kalau anda rela dan sanggup hidup bersama orang yang buruk akhlaknya. Boleh sakit jiwa di buatnyer jika setiap hari terpaksa melayani kerenah suami seperti itu.
Untuk makluman semua, syarat tersebut bukan sekadar syarat biasa dan pendapat dari saya tetapi itulah syarat yang telah tertulis di dalam agama Islam.
Insya Allah, akan bahagia sesebuah perkahwinan itu jika AGAMA dan AKHLAK yang baik di jadikan syarat utama buat yang tercari-cari calon suami mahupun calon isteri.
mak sangat2 setuju =)
BalasPadam@ ADZA IRDAWATI aka MAK DARA, bukan banyak pun syarat utama tu kan Adza. huhu..
BalasPadamsetuju... :)
BalasPadammemang bukan senang nak cari lelaki cam tu skang ni tapi bukan bermaksud kita boleh pilih sesiapa sahaja...
Syarat tu memang tak banyak, 2 jek...tapi, nak cari calon dengan 2 syarat tu, umpama mencari intan dicelah2 kaca..:-)
BalasPadambetol2...sangat setuju :)
BalasPadambelom ada calon suami lg =_=
BalasPadam(^_^)
Sorry keluar topik, artikel cinta awk sy masih x dpt nk proses sbb awk belum bg emel.. sila htr emel awk kr firdauskasim89@gmail.com..
BalasPadamsorry ganggu :)
btul tu..
BalasPadamada harta, tp xdak agama tak guna jugak..
ada ilmu, tp kedekut ilmu pun payah jugak..
smoga dikurniakan jodoh yg baik2 saja.. =)
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!