AKU BUKAN BAIK SANGAT.


TQ Zack Zukhairi


Pernah kita dengari ini...?

"Aku bukan baik sangat. Tak layak pun nak cakap hal-hal islamik ni", kata GreenAppleKu (bukan nama sebenar). Nadanya bercampur baur seolah-olah mengkritik dirinya sendiri.

"Aku takdela jahat sangat. Jahat-jahat aku pun, aku pandai solat lagi. Cakap pun takdela jahat-jahat sangat", luah Zack (bukan nama sebenar juga).

"Paling-paling kurang pun aku pakai tudung, tak macam kau yang free hair tu", getus Lisa (juga bukan nama sebenar). Kata-kata perlinya memuncak. Terasa puas dapat diluahkan.

Kita sering mendengar perbualan sebegini. Pernahkah kita terfikir, siapa kita untuk menilai kebaikan dan keburukan diri sendiri? Adakah kalimah-kalimah 

"Aku bukan baik sangat", 

"Aku memang jahat pun", 

atau berbagai lagi kata-kata kesat kepada diri sendiri adalah satu kepuasan?

Tanpa kita sedar, kita seolah-olah berlagak seperti tuhan untuk mengklasifikasikan sejauh mana baik atau buruk diri sendiri. Kita memang wajar merendahkan diri dan menjauhi riak, tetapi tidaklah keterlaluan sehingga boleh menggambarkan keaiban diri.

Allah swt menyuruh kita supaya muhasabah diri dan perbanyakkan menghitung kesalahan sendiri bukanlah semata-mata menghitung kesalahan, tapi memperbaiki diri ke arah lebih baik adalah lebih bermakna... 

Sama-sama muhassabah diri kita...


4 ulasan:

  1. hhhhmmm.. terasa jugak... sy cukup takut dgn pujian.. takut timbul rsa riak..

    bila terima pujian, mesti rsa nk rendah diri smpai kdg2 keluar ayat yg terlalu merendahkan diri..

    nice! kartun tu pun nice! heheh..

    BalasPadam
  2. kadang2,jika bercakap mengenai kebaikan diri sndr,takut ditafsirkan oleh org lain sbg riak..walaupon kita xberniat mcm tu..

    kadang2,jika berckp utk merendah diri,takut mengaibkan diri sndr..

    yg penting,kurangkn bercakap,lbh kn mendengar..

    BalasPadam
  3. uncle baik tak baik....

    jahat tak jahat...

    hehe

    BalasPadam
  4. I selalu kata kat orang yang I nih budak baik sebab I memang budak baik ponnn... :-p


    Terbaru dari Logokoko:

    [10PG] Eksiden WTF!

    [U] Nasi Bujang

    [11SX] Masalah tidak kuat isap

    BalasPadam

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!