My Instagram

Belajar 4.30 pagi bantu Vinusa capai 7A dalam UPSR


KANGAR: V Vinusa, pelajar perempuan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kangar, yang memperoleh 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, sering bangun pada 4.30 pagi untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu-waktu terakhir menjelang peperiksaan itu.

Anak seorang tukang paip itu memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pemahaman dan Penulisan, Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"Apabila bangun awal pagi otak saya segar dan mudah faham apa yang saya pelajari," katanya ketika ditemui selepas mendapat keputusan peperiksaan itu yang diumumkan hari ini.

Vinusa berkata, bahawa selepas mengulang kaji dan membuat latih tubi untuk subjek yang dia lemah seperti Sains dan Bahasa Melayu, dia akan sembahyang dan kemudian akan ulang kaji semula mata pelajaran itu sebelum ke sekolah.

Dia turut mendapat tunjuk ajar daripada dua orang abangnya yang berusia 17 dan 14 tahun ketika di rumah, manakala pada waktu malam dia akan mengulang kaji pelajaran pada 8 malam dan tidur pada 10 malam.

"Saya sangat gembira dengan keputusan saya ini, dan saya tidak akan lupa jasa ibu bapa saya, dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya ini," kata Vinusa yang memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma sebagai sekolah pilihan.

Kegembiraan Vinusa dikongsi bapanya, M Vadivel, 47 dan ibunya, K Indrani, 43, yang juga seorang suri rumah.

Guru besar SJKT Kangar, S Parimala berkata, daripada 15 pelajar sekolah yang menduduki UPSR pada tahun ini, dua yang lain memperoleh 6A 1B dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, seramai 414 pelajar atau 9.4 peratus daripada 4,402 calon di Perlis memperoleh 5A atau 7A.-- Bernama

GreenAppleKu : Tahniah kepada semua calon UPSR yang lulus cemerlang. Kepada yang tidak, berusaha lagi untuk berjaya. IF THERE A WILL, THERE'S ALWAYS A WAY.


2 ulasan

sabree hussin berkata...

4.30 pagi la waktu paling aku produktif

GreenAppleKu berkata...

Produktif lena ker? hehe..