SOALAN

SAYA gadis berusia 21 tahun dan menjalani satu rawatan secara batin selama dua tahun di satu tempat perubatan tradisional. Saya tidak mempunyai penyakit kronik, sebaliknya hanya menjalani rawatan membuang angin di dalam badan.

Pengamal perubatan yang merawat saya adalah lelaki berusia 30-an. Apabila melakukan urutan, dia bersentuhan secara langsung dengan saya tanpa berlapikkan apa-apa dan kawasan urutan dilakukan di lengan, perut, kepala dan kaki.

Saya ingin tahu, daripada segi hukum agama, adakah cara perubatan itu dikategorikan sebagai haram dan adakah saya terpaksa mencari pengamal perubatan wanita?

DR.MASHITAH JAWAP

Sebaik-baiknya dalam perubatan yang memerlukan wanita disentuh dan membuka aurat, carilah seorang wanita. Negara kita mempunyai ramai wanita yang pakar dalam pelbagai bidang dan secara tidak langsung melepaskan wanita dalam fardu kifayah.

Penyakit saudari bukan tergolong dalam penyakit kronik sehingga memerlukan pengamal perubatan lelaki, sedangkan pada masa sama masih ada pilihan pengamal wanita boleh mengubati saudari.

Apabila seorang lelaki muda bersentuhan dan berurutan dengan wanita muda, banyak kemungkinan negatif boleh timbul. Sebaik-baiknya elak dari awal bagi menjaga kesucian agama dan moral.


GreenAppleKu : Ini antara alternatif lain untuk berurut. 


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama