Certot : Maria

Aku memerhatikan hujan yang turun dari tingkap bilik. Renyai-renyai. Persekitaran yang tenang dan sejuk mewujudkan suasana selesa. Tanpa sedar, dua jam dah berlalu.

Indahnya rupa alam ketika rintik hujan singgah ke taman mini awam yang terletak di seberang jalan. Menyejukkan bumi yang dah berminggu panas terik membahang. 

Sedang aku leka menjamu mata, kelibat Maria tertinjau-tinjau seperti tercari sesuatu di bawah pokok menarik perhatian aku. 

Nak kata dia cari si Oyen, Oyen ada di tepi kaki aku. Dari tadi dia sedap lena di bawah meja. Setia menemani aku ketika menulis. Apa Maria buat dalam hujan tu? 

"Maria! Kau cari apa kat luar tu! Masuk! Dah nak senja ni!" 

Ini kalau mama tahu, teruk Maria kena bebel. Dan tak pasal-pasal, aku juga akan terpalit. 

Sebelum mama dan abah keluar tengahari tadi, berkali mama pesan, sebelum senja, pastikan dah ada dalam rumah. Tutup pintu dan tingkap. Kunci. 

Perumahan baru ni belum penuh lagi penghuni. Masih ada beberapa rumah yang kosong. Tapi mujur di kiri kanan rumah, dah ada jiran. 

"Maria! Masuk la!" 

Jerit aku sekali lagi dari tingkap bilik yang ku buka separuh. 

Maria masih ada disitu. Mungkin tadi dia tak dengar suara aku yang tenggelam didalam hujan. 

"Kau gila apa terjerit-jerit ni. Kacau aku nak tido." 

Maria baling patung Hello Kitty. Tepat kena ke belakang badan aku. 

Baru aku teringat, beberapa jam sebelum tu, Maria masuk lepak ke bilik aku bersama novel yang baru dibeli. Dia baca sambil baring di atas katil. Lalu terlelap. 

Certot : Maria
Penulis : Mia Eryna
Picture : Kredit to Google. 

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. erkk...dah la panggil panggil ajak masuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pandang tingkap tu dah kalai eiza. Terus tarik tingkap tutup.

      Padam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama