Resipi Salad Diet Mudah

Ada lebihan ayam masak merah seketul dua? Ada avocado yang dah masak? Ada timun yang anak korang tak nak habiskan? Jika semua bahan tu ada, bolehlah korang cipta resepi salad diet simple. 

Asal usul resepi ini tercipta bila anak aku tak nak habiskan timun yang aku dah potong masa makan malam.

Sehingga esok pagi masih tak luak timun tu. Nak buang sayanglah pula. Nak ratah macam tu je macam tak best. Jadi untuk bestkan resipi salad, aku selongkarlah peti sejuk. Jumpa sebiji buah avocado yang dah masak. 

Tips nak tahu buah avocado masak atau tak, lihat pada warna kulit buah. Avocado yang dah masak kulitnya berwarna coklat.

Aku pernah beli buah avocado yang berwarna hijau di sebabkan terpesona dengan harga promosi. Masa tengah pilih, ada je mata yang memerhati. Mungkin pelik sebab aku beli avocado yang belum masak. Tapi aku abaikan mereka. Lebih baik aku fokus pilih buah yang cantik dan elok.

Kena peram 2 ke 3 hari supaya buah masak dan sedia untuk dinikmati. Rasa buah yang dah masak ni sedap dan berlemak. Anak aku tak suka. Aku dan Encik Hubby je yang suka dengan rasa avocado. Buah ni bagus untuk kawal tekanan darah, mencantikkan kulit dan banyak lagi khasiat lain.

Dari nak share Resepi Salad Diet mudah, dah jauh menyimpang bercerita tentang khasiat dan tips pilih avocado. Berbalik kepada resepi, selain avocado, ada beberapa biji tomato. Jadilah untuk meriahkan bahan salad.

Resipi Salad Diet Mudah

1 biji buah avocado, lebihan timun dalam setengah batang dan 1 biji tomato di potong kecil. Lebihan ayam masak merah di goreng hingga garing. Bila ayam goreng dah sejuk, koyakkan isi ayam kecil-kecil.

Masukkan avocado, timun dan tomato yang dipotong kecil ke dalam mangkuk pilihan. Kemudian letak isi ayam goreng tadi dan sedia untuk di nikmati. Tak perlu tambah mayonis atau sos. Sebab dah nama resipi pun Salad Diet.

Rasa rempah dari ayam goreng dah cukup kuat untuk berikan rasa sedap. Simple, cepat dan mudah nak sediakan. Kenyang pun iya juga. Kalau korang nak tambah bahan lain pun boleh. Olah mengikut selera dan diet korang. Selamat menjamu selera dan elakkan pembaziran.


Nak bukukan koleksi gambar resepi? Simpan di Photobook dan jadikan sebagai rujukan, kenangan ataupun hadiah.

12 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Wah sedap salad diet ni yang penting sgt berkhasiat. Dulu time jaga makan suka sgt buat salad camni

    BalasPadam
  2. Uishhh nampak sedap ni. Boleh la cuba buat pulak. Saya pernah buat ayam campur makaroni. Nanti nak cuba versi ni pulak.

    BalasPadam
  3. Sedap ni... kalau salad campur2 baru tak boring nak makan

    BalasPadam
  4. Tu dia. Memang nampak macam salad omputeh la orang kata. Adakah daku akan memulakan langkah ke arah makan sihat?
    Huhu nampak gaya kena start sebab lama sangat PKP nie buat diri makin berisi

    BalasPadam
  5. senang saja nak buat resepi salad ni. boleh try nantu. thanks for resepi :)

    BalasPadam
  6. Setakat ni memang belum pernah beli sendiri avocado, selalunya beli yang daha jadi air ataupun beli makanan yang dah ada letak avocado. Tapi Salad ni nampak mudah menarik berkahsiat dan sedap. Maybe kena cuba jugak.

    BalasPadam
  7. Kalau timun tu okay boleh masuk, tang nak letak avocado tu, gulp.. Sis tak suka hahahaa.. takut makan keluar balik kang hahahaha

    BalasPadam
  8. wow i love this delicious and refreshing salad idea. so healthy and can be eaten anytime

    BalasPadam
  9. Sempoi salad camni kan. Lebih mengenyangkan dan menyihatkan. Ruby suka salad sejuk-sejuk. Pastu buh sikit yogurt. Wuwuwuwuwuwuwuw. Sedapnya.

    BalasPadam
  10. pernah try buat ..mmg sedap...plg penting berkhasiat ..itu yg sebaiknya

    BalasPadam
  11. Amboi semenjak PKP ni ramai yang amalkan pemakanan diet hehehe tengok salad ni pun dah menyelerakan boleh lah makan sekali sekala selalu tak lalu juga wakakakaka ok nice..

    BalasPadam
  12. Ai tak gemar sangat salad buah ni sebab rasa dia kacau bila letak dressing. Kalau makan gitu je memang suka. Untuk salad ai lagi suka guna salad atau kubis je krup krap bila gigit.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama