Menurut kajian Dr. Boris Vasilyev, seorang doktor sains perubatan dari Amerika Syarikat, mandi dengan kelopak bunga ros adalah penawar yang paling sempurna untuk menentang masalah saraf. Amalan ini boleh mengembalikan keanjalan kulit, awet muda, menghilangkan kebimbangan dan menghaluskan kulit.
Serupalah dengan mandi bunga yang diamalkan oleh orang Melayu untuk menaikkan seri wajah dan awet muda. Mandi bunga itu sendiri sudah cukup dalam rahsianya tanpa perlu ada jampi, mantera atau serapah yang karut marut.
Caranya cukup mudah, tuangkan air panas ke dalam mangkuk kemudian tambahkan setengah mangkuk kelopak bunga ros. Tutup mangkuk itu rapat-rapat supaya haruman minyak wangi dari ros itu tidak keluar. Selepas itu barulah curahkan ke dalam air mandi. Air rendaman bunga ros adalah penawar paling berkesan untuk menghaluskan kulit.
Di negara yang panas seperti Malaysia, lebih baik gunakan air sejuk atau air paip biasa yang dicampurkan dengan kelopak bunga ros. Air sejuk adalah alat penyerap atau perakam yang sesuai untuk dijadikan sistem penghantar tenaga yang cepat ke sel yang jauh dan menyeluruh.
Haruman bunga ros sebagai penawar penyakit yang digunakan meluas di dalam perubatan Islam silam. Di mana kekuatannya? Kaedah ini juga dinamakan sebagai terapi wangian atau orang sekarang panggil aromaterapi.
Patutlah fikiran terasa tenang, damai dan syok saja bila dapat menghidu bunga ros. Rupanya minyak bunga ros, menjadi asas pada kompenan penawarnya.
Ia meransang dan mengharmonikan sistem pertahanan badan dan sistem saraf.
Ia juga meningkatkan aktiviti kelenjar endokrin, menghilangkan masalah sclerous pada organ dan memperbaiki sel.
Minyak bunga ros sangat baik untuk saluran penghadaman kerana ia boleh menjadi penawar yang paling berkesan kepada membran mukus. Ia juga boleh menentang bakteria dan mengatasi masalah proses penghadaman di dalam perut dan usus kecil.
Kelopak bunga ros mengandungi vitamin C, karotena, kumpulan vitamin B dan K, kalsium dan kalium. Kalium sangat penting untuk mengekalkan aktiviti normal jantung. Kandungan tembaga di dalamnya menggalakkan haemopoesis dan meningkatkan aktiviti kelenjar endokrin. Iodin didalamnya bagus untuk kelenjar tiroid.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Boris Vasilyev, bakteria akan mati dalam masa 5 minit apabila tersentuh kelopak ros segar. Ini menjadikan bunga ros adalah penawar yang paling sempurna ciptaan Tuhan untuk merawat penyakit kulit.
Dari kelopak segar, hinggalah pada serbuk kering, semuanya ada kuasa penawar. Serbuk kelopak bunga ros yang dicampurkan dengan madu, adalah penawar paling mujarab untuk mulut radang, stomatitis (radang pada membran mukus mulut) dan paradontose. Campuran tersebut hendaklah disapukan pada gusi yang mengalami keradangan.
Pening kepala, mabuk, lemah tenaga, sistem saraf yang lemah, mudah terganggu emosinya dan kemurungan boleh dirawat dengan menghidu bunga ros segar ataupun minyak ros.
Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal.
Nak bukukan koleksi gambar istimewa? Simpan di Photobook dan jadikan sebagai rujukan, kenangan ataupun hadiah.
#minyakbungaros #aromaterapibungaros #rahsiabungaros #minyakwangi #mandibunga
#terapibunga #harumanbungaros #aromaterapi #khasiatbungaros #Kelebihanbungaros
Salam perkenalan. Suka gak bunga ros😊
BalasPadamInilah sebabnya kakak Rawlins suka betul dengan rose water, ke mana sahaj beliau pergi mesti akan dibawa. Rawlins memang suka sebab wangiannya yang tidak keterlaluan
BalasPadamDulu kecik-kecik mak Ai suka buat air mawar pastu pakai macam perfume. Wangi. Paling Ai suka time valentine's day, bunga ros ada macam-macam warna jual tepi-tepi jalan.
BalasPadamYay!!!!!!!! Roses!!!!!!!! I love them. They are not just beautiful to look at, smells good, but they are also good for health and beauty. That's why there are more and more Korean cosmetics made of roses these days. And I love cosmetics made of roses. Especially Mamonde rose water mask. Good post! Thank you for sharing.
BalasPadamSis suka wangi-wangian ni. Pernah makan kek yang diletakkan kelopak bunga rose ni. Sis pun suka bau bunga rose ni. Lembut je.
BalasPadambanyak juga kelebihan dan khasiat bunga ros ni. patutlah banyak skincare guna ros sebagai bahan utama :)
BalasPadamBanyak manfaat ros selain untuk wangian kan. Bau rose ni mild je. Selesa sangat hidu di kedai Lovely Lace. Sejak tahu itu bau rose. Ruby ada experience air mawar dan lain-lain. Skincare pun ada gula kepingan bunga rose. Segar je kulit.
BalasPadamPernah juga nampak orang guna air mawar sebagai toner wajah. Tak tau pula banyak khasiatnya. Apa pun, bau dia memang best.
BalasPadamBaru tahu ttg kebaikan bunga ros no . Menarik ni.. tq sharing tau
BalasPadambanyak khasiat dan manfaat bunga ros rupanya, selama ni ingat wangi je, hehe thanks sharing
BalasPadamBermanfaat artikel ni. Saya ada juga pakai Rosewater dalam skin routine saya sebagai toner so memang I'll agree to the benefits
BalasPadamouh kene rendam ngan air panas dulu ke bunga ros tu..laaa iena biasa buat terus letak kelopak rose tu dalam air mandian je. Sebelum ni iena suka gubah fresh flower tuk member tunang, kawen. So kelopak2 rose ni iena guna wat mandi la..tapi terus letak dlm air je hehe..okay2 lepas ni rendam air panas dlu huhu
BalasPadamSaya ada minum tea rose bud. Memang rasa tenang jer dapat hidu bau ros. Dulu ada baca katanya kaau nak awet muda makan kelopak bunga ros. Saya pun buat jugaklah, patutlah dah 40 ni orang kata macam 20an ...hahaha gitulah.
BalasPadamBetul.. dulu masa ada sakit pun, pi berubat hemoterapi, dia bagi air rose dan juga kelopak bunga rose.. untuk makan tapi kannn syhhhh Sis tak makan pun.. takut hahahaha
BalasPadambunga ros ni kegemaran ramai! setiap inci bunga ni ada khasiat dan kegunaannya. tetiba teringat cameron alahai rindunya nak jalan-jalan
BalasPadamNo wonder bila ada bunga ros or scents dia kita rasa mcm relax jer! Ada terapi function juga ye...
BalasPadamBagus sharing macam ni, muy favourite flower is rose. I love the scent, and benefits too.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!