Tips berpantang selepas bersalin dalam MCO.

Bila terbaca artikel Dr Imelda Balchin, terflash back lah pula pengalaman aku pertama kali berpantang secara caeser. Anak yang lain sebelum ni semua bersalin secara normal. Yang bongsu ni ketentuan Allah, aku terpaksa di tolak ke dewan bedah.

Bius separuh badan dan aku boleh rasa bahagian perut sedang di bedah cuma tak rasa sakit. Dan mungkin rezeki aku, jam 11 malam... dari pakar bius hinggalah ke doktor, semuanya wanita. Kecil molek je semua. 

Sambil baring, aku berdoa semoga dipermudahkan urusan sepanjang proses pembedahan. Lega bila dengar suara tangisan Hudzaifah. 

Bab berpantang, aku pilih konsep jaga diri dan pemakanan untuk kembali sihat dan luka cepat sembuh. Ngeri tengok kesan bedah fresh yang masih bengkak. Walaupun kesan tersebut dah dijahit, tertutup elok dan kemas. Doktor siap spray plaster. Ye plaster tapi jenis spray. Memang kalis air walaupun aku sendiri tak yakin. Cuak giler. Hahaha...  

Selepas beberapa hari, bengkak caeser pun dah surut elok, barulah timbul rasa selesa dan yakin yang aku boleh harungi berpantang secara caeser. 

Semoga tips yang doktor share ni, bermanfaat untuk korang yang bakal atau sedang berpantang semasa MCO. 

Tips berpantang selepas bersalin dalam MCO. 

1) Jangan stress.

2) Duduk di rumah, selagi tak perlu ke klinik/hospital. 

3) Jangan benarkan orang datang berkunjung

4) Jangan pi shopping. Boleh beli barangan baby online.

5) Jangan pi shopping. Minta suami beli makanan keperluan atau order grab food. 

6) Nak makan ketupat tak salah, nak makan rendang tak salah, nak makan laksa tak salah, selagi tiada alahan, janji suami tak merokok! 

7) Orang tak boleh datang mengurut, tak apa, boleh buat stretching exercises untuk membantu pengaliran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan. 

8) Orang tak boleh datang urut rahim dan bertunku, tak apa, rahim akan kecut sendiri juga. 

9) Tak ada orang datang tolong buat berpilis bertangas? Berpilis dan bertangas tak payah buat pun takpa, dan boleh buat Sitz bath air suam bergaram sendiri. 

10) Susah nak bergerak pakai bengkung ketat-ketat? Tak payah pun pakai bengkung untuk kesihatan. 

11) Susah nak pantang makan bila order grab food, tak apa, memangpun nasihat perubatan ialah ibu yang baru bersalin tak payah pantang telur/ayam/seafood/sayur-sayuran/buah-buahan kecuali jika ada alahan. Boleh tukar-tukar menu, tak payah cari ikan kering saja, boleh makan ikan-ikan fresh. 

12) Ibu dahaga dan kepanasan? Boleh minum air secukupnya dan tiada larangan perubatan buka kipas atau aircond. Yang penting bayi jangan kesejukan. 

13) Banyak kerja nak pakaikan barut? Dalam perubatan, tak payah pun barut bayi. Tiada pun barut bayi baru lahir di hospital-hospital sebab tak perlu. Tak payah susahkan diri sendiri. 

14) Tak boleh jalan naik tangga? Siapa kata tak boleh? Zaman sekarang bersalin di hospital, kalau ada koyakan dijahit, di jahit dengan benang synthetic bukan benang catgut dan sembuh lebih cepat dari arwah Nenek zaman dulu yang bersalin di rumah. 

15) Tak ada orang datang buat sengkak rahim? Tak perlu. Kalau takut rahim/peranakan jatuh, belajar buat senaman Kegels, boleh buat sendiri setiap hari, memang berkesan. 

16) Tak boleh bangun? Siapa kata tak boleh? Zaman sekarang bersalin di hospital, kami tak benarkan dan kami hentikan pendarahan banyak, beri transfusi jika perlu sebelum pulang supaya ibu-ibu tidak lemah kerana kekurangan darah. 

17) Kena pantang makan sebab takut kancing gigi? TAK payah dah zaman ini jika anda sudah terima vaksin ATT di klinik semasa hamil. Ini berkesan mencegah kancing gigi, buat apa nak susahkan diri berpantang macam zaman dulu.

18) Makcik-makcik sebuk nak suap mulut bayi baru lahir dengan makanan? Senang je, tak payah bagi makcik-makcik datang. 

19) Orang suruh beli bermacam barang overclaim untuk kesihatan yang tidak dicadangkan oleh doktor? Nasib baik mereka tak boleh berkunjung dan boleh simpan duit masa darurat ni. 

20) Sejak darurat ni pendapatan berkurangan, tak ada duit nak beli set berpantang? TAK apa, tak perlu pun, janji amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang tanpa berpantang makanan yang berkhasiat. 

21) Tak ada siapa boleh tolong buat kerjarumah, tak apa, rumah semak tak kisah lah, tak ada siapa datang menjenguk pun. Masakan yang sihat tu sebenarnya simple-simple saja persediaannya. Satu jenis lauk pun cukup, tak payah berbagai jenis lauk sekali makan macam orang kayangan. 

22) Orang kata kalau tak ikut pantang tradisi nanti sakit bila umur 40 tahun? Cakap balik saya dengar nasihat doktor Insyallah sihat, yang penting amalan pemakanan sihat seumur hidup, cergas seumur hidup dan berfikiran positive. 

23) Takut bentan? Tiada istilah masalah bentan dalam perubatan. Semua yang dikatakan simtom bentan itu hanya sementara dan pulih semula tanpa ubat-ubatan dan tiada kesan jangkamasa panjang atau penyebab sakit bila tua. 

24) Takut meroyan? Postnatal blues itu BUKAN meroyan. 60% ibu yang baru bersalin akan rasa sensitif dan senang menangis selama beberapa hari selepas bersalin sebab perubahan hormon yang mendadak, bukan sebab tak berpantang. Ini akan pulih dalam masa dua minggu. 

Apa yang penting ialah sokongan moral dan emosi dari keluarga sendiri, berikan semangat, kata-kata positif dan jangan kritik ibu-ibu dalam tempoh masa ini. Jangan sesekali kata ibu meroyan sebab itu menambahkan stress ibu. Jika ada masalah kemurungan selepas dua minggu atau masalah kesihatan mental sila rujuk kepada doktor untuk penilaian kesihatan dan rawatan. 

25) Siapa nak mandikan anak-anak dan layan anak-anak lain? Suami boleh belajar buat dan tolong lah isteri naaaaaaaa. Jadilah suami moden yang boleh membantu isteri, tidak merokok dan berikan moral support kepada isteri sendiri.

26) Jangan lupa merancang keluarga naaaaa. Jarakkan kelahiran selama dua tahun (sekurang-kurang sekali 18 bulan ke atas). Itulah yang terbaik untuk kesihatan ibu dan anak.

27) Junk food? Memang pun tak payah. Pantanglah ini untuk seumur hidup. 

28) Takut masuk angin? Yang lebih penting untuk penjagaan kesihatan ialah cegah obesiti, cegah diabetes, cegah tekanan darah tinggi, cegah cervical cancer, cegah penyakit jantung sebab inilah punca kematian pada usia yang muda. Jangan takut masuk angin. Angin tak bersalah. 

Janji jangan stress. Bagaimana mengurangkan stress? Baca balik nombor 1 sampai 28. 

Semoga bermanfaat. 
Selamat bersalin kepada ibu-ibu. 

Pakar Maternal & Fetal Medicine


18 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. banyak cara berpantang yang kita kena ikut..untuk kesihatan badan dan juga untuk anak yg sedang menyusu

    BalasPadam
  2. Yes this pandemic has made life even more challenging for pregnant ladies and mothers who have just delivered. Great tips on how to take care of oneself especially during this pandemic.

    BalasPadam
  3. baru tau rahim boleh kecut sendiri. ingat memang hanya dengan urut baru rahim kecut. thanks sharing

    BalasPadam
  4. Anak sis keluar melalui C Section. Ya allah dalam lali2 tu sis dapat rasa perut sis digoyang-goyang kemudian boleh nampak pembedahan melalui refleksi dari lampu di bilik bedah. Ngeri sungguh sebenarnya. Tapi....masa suntik ubat bius kat belakang sakit la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ezna. Eiza rabun jauh tapi betul memang boleh nampak refleksi dari lampu tu. Ada hikmah juga. Hahaha. Masa nak suntik ubat bius kat belakang tu punyalah siksa. Time nak cucuk tu lah contraction mai. Sabar je Dr tunggu selesai contraction selesai baru cucuk sekali lagi.

      Padam
  5. Bagi yang dah biasa beranak, insyaAllah boleh urus sendiri kan. Bagi first time mother, masa ini la pentingnya suami atau family member membantu kan. And yes, jangan stress.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Suami dan family member perlu ada ilmu bab berpantang.

      Padam
  6. Sis dulu pun bedah jugak, tp sis ni kalau bedah2 ni mmg lambat nk sembuh..dia punya sakit tu x tau nk ckp mcm mana, seminggu dok sepital. Tapi mmg time2 gini kena ada sokongan dr pasangan dn keluarga x kira lah masa pkp atau tak

    BalasPadam
  7. Cara berpantang masa MCO ni mencabar sebab isteri dan suami perlu ada ilmu bab berpantang. Tapi atas kerjasama keduanya insyaAllah dipermudahkan

    BalasPadam
  8. Sebenarnya tak kira laa time MCO ke tak ke, kalau dalam pantang ni memang kena jaga semuanya, tips tu pun memang semua kena jaga.. stress tu nombor satu.. lagi kalau berpantang ada anak lain, double stress jadinya kan...

    BalasPadam
  9. Apa kka eiza tulis macam senang je tapi kadngbtak semua suami tau.. Hahaha.. Kalau pantang dengan mak, memamg depa straightbsuruh jaga. Kita ikut mana yang kita rasa elok ja. Hehehe. Memangbpatut suami kene beljr dan tau bab pantang ni

    BalasPadam
  10. Memang bagus tips2 melawan mitos ni. Dulu mak saya pun caesar juga, langsung tak pantang. Elok je dia punya healing process. Kawan2 dia yg pantang pulak yg lmbt pulih, sbb kurang zat.

    BalasPadam
  11. Wahhh! ni tips kena simpan for future reference juga! berguna ni.. boleh share with my friends to yang expecting to be mother soon nanti..

    BalasPadam
  12. wah banyak betul tips nya tu. ya yang first paling penting jangan stress nanti lain pulak jadik kan..time PKP ni memang macam macam dugaannya

    BalasPadam
  13. Marina dari anak first pon dah berpantang sendiri. Makan beli kat kedai. Makanan yg boleh dimakanlah. Kita tau situasi kita macam mana. So takyah serabutkan kepala. Mana yg terdaya buat. Permudahkan urusan sendiri. Cuma jangan makanan yg berangin dan jaga langkah pergerakan

    BalasPadam
  14. tak boleh bayangkan bersalin dan pantang dalam macam MCO ni, kadang yang duduk rumah tak bersalin pun nak rasa down kan. Pentingnya support.

    BalasPadam
  15. Nice sharing kak eiza. sangat bagus untuk mereka yang tengah berpantang tu baca dan pratikkan . nak buat mcmana , kena hadap jer lah PKP ni sampai bila tak tahu lah

    BalasPadam
  16. Thanks for sharing these tips, nowadays memang banyak SOPs kita kena ikut even dalam waktu pantang juga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama