Bulan Ramadan

Setiap kali menjelangnya bulan ramadan, pengalaman berpuasa ketika tinggal di asrama pasti akan terbayang-bayang di minda. Ketika itu umur dalam belasan tahun. Tingkatan 1. Dan dalam umur yang sesweet itu, aku telah di dedahkan dengan hidup berdisiplin. 

Semuanya perlu cepat, tepat, kemas, ontime jika tidak mahu berlapar atau lewat ke sekolah. Lebih tragis terpaksa pakai seragam sekolah yang tidak di seterika berserta kasut sekolah yang tidak putih warnanya. 

Penampilan kemas, bersih dan sedap mata memandang, perlu di titik beratkan sedari usia remaja lagi. Barulah ramai akak dan adik angkat. 😆

Bersahur di asrama merupakan satu penderaan mental pada ketika itu. Bayangkan seawal jam 3pagi (lebih kurang la) kami dah terpaksa bangun, turun ke tingkat bawah dan beratur panjang untuk bersahur. 

Ketika inilah terus terbit rasa sayu bila teringat betapa nikmatnya bersahur di rumah. Tidak perlu bangun awal pagi, tidak perlu beratur panjang dan emosi tak terganggu. 

Stress wei... dah la penat beratur tiba-tiba selamba senior potong barisan! Nak melawan tak berani lagi time tu. Maklumlah newbie. 

Saat menjalani ibadah puasa, tidak terasa masa yang berlalu kerana sibuk dengan jadual asrama yang padat ketika itu. Sedar-sedar dah hampir waktu untuk berbuka. 

Seminggu sekali dapatlah kami menjamu selera dengan menu nasi minyak atau nasi tomato serta ayam masak merah. Itu sudah cukup special buat kami semua. Sedikit sebanyak terubatlah rasa rindu pada masakan emak di rumah. 

Solat terawih memang happening dengan adegan kejar mengejar keliling surau, berebut-rebut mengambil wuduk dan sekali lagi berebut-rebut untuk mendapatkan saf solat yang berdekatan dengan kawan. 

Selagi boleh, tak nak satu barisan dengan senior sebab dah tentu kena solat terawih lebih dari 8 rakaat. Aku tak teringat berapa rakaat yang kami buat tapi selalunya, belum sempat solat terawih selesai, kami dah cabut. Anak antu sungguh la perangai masa tu. 

Malam terakhir Ramadan, semua penghuni asrama termasuk warden, akan berkumpul di depan dewan makan untuk bersalaman. Mohon ampun dan maaf atas kenakalan yang lalu. Kami buat satu bulatan besar. Dimulakan dengan pelajar tingkatan 1 akan bersalaman dengan warden, kemudian bersalam pula kakak senior. Satu pengalaman baru buat newbie. 

Masuk tahun ke 2, dah cerdik sikit... time orang bersalam, kami cabut balik ke bilik dan masak mee meggi. Nikmat tau dapat makan meggi dibulan puasa. 

St.George Girls School, Macalister Road, Penang.

Masa yang berlalu amat pantas. Rindu nostalgia semasa tinggal di asrama. Sesekali bila terkenangkan pengalaman Ramadan ketika tu, memang buat aku tersenyum sorang diri. 

Semoga puasa dan amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterimaNya. 


22 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Kenangan itu jadi indah bila dikenang. Memang kadang-kadang rasa stress duduk di asrama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stress dengan sikap manusia yanv tak nak ikut peraturan. Memang perang mulutlah. Hahaha... apa2 pun itu semua pengajaran nak jadi manusia berakhlak.

      Padam
  2. One needs to be adaptable and versatile while staying in a dorm but like you have said those days will be sweet memories too one day.

    BalasPadam
  3. Really a challenge when you need to start fasting early in the morning when stay in hostel. But is a good experience to you.

    BalasPadam
  4. Alaaa normal ler tu , sekarang ni giliran anak-anak pula merasa berpuasa di asrama. lagipun itulah pengalaman yang tak akan berulang yang mengajar kita supaya jadi kuat dan lebih berdikari dan pandai untuk menghargai. Bila dekat asrama setiap jam call sebab rindu dah balik asrama biasanya hampehhh. Ahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah balik depa ngadap hp lebih dari ngadap kita. Hahaha....

      Padam
  5. Saya tak ada pengalaman seperti ini, tapi anak saya merasainya.. itulah kenangan terindah bila sudah tak tinggal diasrama nanti ada kenangan yang boleh diimbas... bila balik rumah macam-macam cerita dikongsikan.. ada yang seronok ada yang tak seronok... tapi duduk asrama rasanya jadual memang teratur berbanding dirumah asyik nak tangguh-tangguh kerja

    BalasPadam
  6. Kenangan semasa belajar dan semua pengalaman di sana mengajar dan mendewasakan kita semua kan. Tapi itulah kenangan yang indah dan sentiasa dalam ingatan kita kan

    BalasPadam
  7. rindu sangat zaman asrama, cepat betul masa berlalu, masa mula2 masuk asrama rasa tak yakin je boleh hidup berdikari, rindu betullah

    BalasPadam
  8. Beruntung ada pengalaman sambut Ramadhan di asrama sekolah. Saya tak ada pengalaman macam ni tapi bila baca pengalaman sambut Ramadhan di asrama rasa seronok bila imbas kembalikan

    BalasPadam
  9. Saya tak de pengalaman gini sbb tak pernah stay di asrama. Tapi skrg dok rasa pergi asrama untuk ambil dan hantar anak. stok maggi tu penat buih mulut pesan jangan tetap ada punya hehehe

    BalasPadam
  10. Dapat rasa itu sebab anak-anak Sis semua dah merasa, Sis tak pernah laa.. sampaikan time PKP gini kalau boleh anak pun tak nak balik asrama berpuasa di sana huhuhu..

    BalasPadam
  11. Rindu zaman sekolah asrama, tapi bab kena potong dengan senior memang rasa nak marah sedih semua ada. Tapi masa tu nak melawan pun tak berani..Apapun semuanya tinggal kenangan..

    BalasPadam
  12. Ramai kawan saya yang masuk asrama akan cerita perkara sama. Berbuka dan sahur walaupun ada kantin sediakan. Feel dia lain. Masa menunggu sahur ada Qiamulail. Masa untuk berbuka ada tazkirah dan diteruskan berbuka, solat taraweh dan solat witir. Saya rasa mereka beruntung dapat lakukan semua itu sepanjang bulan Ramadan. Besar ganjarannya kan kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. Besar ganjarannya. Bila dah jadi senior..kami ubah sikap negatif senior yang dahulu...kami buang. Nak adik2 junior rasa happy tinggal di asrama. Kami oun insaf... xde dah nak culas semasa solat terawih.

      Padam
  13. kenangan kan mmg mendewasakan.. seronok sebenarnya bila kita dapat ingatkan kembali kenangan manis yang pernah berlaku dalam hidup

    BalasPadam
  14. Bila kat university dulu2 selalu dengar coursemate share experience stay Asrama... macam best pun ada sebab tak pernah merasai kan... sure banyak kenangan kat situ, best if takde case2 senior bully junior la kan.. pengalaman ngeri kalau ada case yang di bully..

    BalasPadam
  15. wah seawal 3 pagi bangun beratur ambik makanan tuk sahur.. gigih kene bangun awal tu..iena tak pernah sekolah asrama so tak rasa mcm ni..duduk hostel masa lepas smp je tapi xde la gini..

    BalasPadam
  16. rindunya masa masuk asrama sekolah dulu, best betul kenangan tu. nakal tu jangan cakaplah sampai ada mmber tetiba jadi baik hulur makanan time tnghari.ahahaha tersenyum baca artikel ni btw nak minta maaf sebab baru komen. gmail tak boleh login baru2 ni sebb malware issue.

    BalasPadam
  17. wahh bestnye terkenang zaman dok asrama saya dulu...tq sharing...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama