Warna ungu mempunyai sejarah yang panjang dalam masyarakat silam barat. Raja Parsi bernama Cyrus mengisytiharkan warna ungu sebagai warna baju seragam beliau.
Malah dua orang maharaja Rom - Jlius Ceaser dan Augustus Ceaser, menghadkan warna ungu untuk kegunaan urusan diraja dan keagamaan sahaja (dipakai oleh paderi).
Rakyat biasa yang memakai warna tersebut akan dikenakan hukuman mati oleh pemerintah terkenal empayar Rom ini.
Sifat elit dan eksklusif ini adalah disebabkan pencelup warna ungu amat sukar didapati pada zaman tersebut. Pencelup yang digunakan untuk membuat warna ungu dikatakan hanya datang dari bandar perdagangan Phoenicia Tirus, yang kini berada di Lubnan.
Peniaga kain memperolehi pencelup warna ungu ini daripada moluska kecil (sejenis siput) yang hanya ditemui di rantau Tyre di Laut Mediterranean. Adalah dipercayai sebanyak 250,000 diperlukan untuk menghasilkan satu auns pencelup berwarna ungu ini.
Berdasarkan sejarah yang panjang ini, warna ungu membawa mesej
▪️ bangsawan
▪️ kemewahan
▪️ kuasa
▪️ unik
▪️ misteri
▪️ tinggi kerohanian
Pada sudut pandang seorang perunding imej seperti saya, warna ungu mewarisi sifat tenaga warna merah dan sifat tenang warna biru (kerana merah campur biru menghasilkan ungu).
Oleh itu, warna ungu membawa mesej
- merangsang pada masa yang sama menenangkan
- kreatif pada masa yang sama melekakan
- canggih pada masa yang sama feminin
- eksklusif pada masa yang sama sensitif
NOTA: Warna-warna ungu dalam gambar berikut, yang mana yang anda sukai?
Kredit : PuanMary #GuruImej #TipPilihWarna
Admin : Warna Heather, Mauve, Mulberry... Iris pun cantik. Rambang mata dengan si Purple nih.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!