OPTOM EYECARE, ialah Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata.

Membaca pengalaman 5 orang rakan blogger umminani.com, dramafmr.com, mohazsue.com, qasehdalia.com dan sueizza.com yang dah ke OPTOM Bangi buat aku turut teruja nak ke sana juga. 

Semakin usia meningkat, penglihatan pun dah tak sebaik dahulu. Aku sendiri dah mula mengalami rabun dekat. Sesuatu yang tak dapat di elak walaupun aku jaga pemakanan dan ambil suppliment. 

Teringin juga aku nak tahu kondisi terkini masalah penglihatan rabun jauh dan dekat aku. Stabil atau sebaliknya? Ada masalah mata lain ke tak? Pelbagai persoalan bab kesihatan mata menjadi tanda tanya. 

Rabun jauh aku alami sejak di sekolah menengah lagi. Dengan berbekalkan lampu koridor, aku baca buku sambil baring atas katil dua tingkat. Punyalah malas nak turun ke bilik belajar. Hasilnya, dapatlah akibatnya. 

Bila dah masuk alam pekerjaan, aku pilih untuk pakai contact lens ketika ditempat kerja. Lebih selesa, cepat dan cantik! Cermin mata aku hanya pakai di rumah. 

Bertahun jugalah aku pakai contact lens. Tak perlu risau anak kecil tarik cermin mata setiap kali aku dukung anak di pasaraya. Tapi bila masuk sekian umur, penggunaan contact lens sudah tidak sesuai disebabkan masalah rabun dekat yang berkunjung tiba. 

OPTOM EYECARE, ialah Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata.

Kenapa aku nak sangat ke OPTOM EYECARE?

OPTOM EYECARE, ialah Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata. OPTOM Bangi atau lebih tepatnya OPTOM Eyecare Bandar Baru Bangi yang terletak di No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor ini merupakan outlet kedua yang dibuka selain daripada outlet utamanya yang terletak di Taman Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah Darul Aman. 

OPTOM Eyecare telah beroperasi semenjak tahun 2016 yang pada mulanya secara online sahaja telah membantu ramai pelanggan yang mengalami masalah penglihatan. 

OPTOM merupakan jenama yang sangat berpengalaman dalam menguruskan masalah berkaitan penglihatan selain daripada menyediakan barangan optik berjenama seperti Oakley, Nike, Braun Buffel, Sembonia, Coach, Adidas, Ray-Ban dan banyak lagi. 

OPTOM EYECARE, ialah Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata.

Servis dan Kelebihan OPTOM Eyecare Kepada Pelanggan

Mata pelanggan akan diperiksa secara menyeluruh iaitu mata korang diperiksa dari bahagian dalam dan belakang mata. Ada 4 langkah pemeriksaan mata dilakukan di OPTOM Eyecare. Melalui pemeriksaan ini, staff dapat mengenalpasti penyakit dihidapi oleh pelanggan. 4 langkah ini adalah : 

Mesin Autorefcractor - check power mata dan silau. 

Mesin Phoropter - menguji rabun dekat dan rabun jauh. 

Mesin Diagnostic - check saraf mata di bahagian hadapan. Boleh check mata kita mempunyai masalah yang berkaitan dengan kencing manis, darah tinggi dan glaukoma yang akan menyebabkan buta. 

Mesin Slit Lamp - check saraf di bahagian belakang mata. Check struktur mata seperti iris, kornea dan lensa. Boleh check sama ada korang ada katarak atau tak. 

Selepas mata diperiksa, staff akan terangkan keadaan mata korang. Mereka akan consult korang di satu bilik khas bagi menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk penjagaan mata. Jika keadaan memerlukan, mereka akan refer korang ke hospital. Bagi pemeriksaan secara menyeluruh ini, sedikit caj akan dikenakan (harga masih mampu bayar.) 

OPTOM EYECARE, ialah Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata.

Tempah Cermin Mata Custom Made Mengikut Bentuk Muka (Be Spoke) 

Ini yang special Di OPTOM Eyecare. Korang boleh menempah cermin mata custom made di sini, mengikut bentuk muka korang. Katalah ketinggian telinga kiri dan kanan tak sama tinggi, mereka boleh adjust cermin mata tersebut mengikut ketinggian telinga korang. 

Nak nak wanita bertudung seperti aku, dah tentu nak cermin mata yang terletak elok, ngam-ngam dengan saiz muka dan tak ganggu penampilan tudung aku. 

OPTOM Eyecare menggunakan satu aplikasi khas untuk mengukur kepala, telinga, hidung dan wajah korang. Korang boleh memilih frame dan warna mengikut citarasa korang. 

Terdapat pelbagai pilihan bingkai mengikut kesesuaian bajet. Di OPTOM Eyecare, terdapat 4 julat harga yang ditawarkan iaitu Harga Pelajar, Low Medium, Upper Medium dan juga Premium. 

Untuk maklumat lanjut, temui mereka di 


Atau terus walk-in ke cawangan mereka di 

OPTOM Eyecare Bandar Baru Bangi
No. 37, Jalan 8/1, Seksyen 8
Bandar Baru Bangi
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan
(Berdekatan MarryBrown)
📞01111479093 

Dibuka setiap hari : 9.00 am - 8.00 pm

OPTOM Eyecare Bandar Baru Mergong
No. 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong
05150 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Tel : 011 - 1064 1167 

Dibuka setiap hari : 10.00 am - 7.00 pm

OPTOM EYECARE, ialah Klinik Optometri dan Pakar Cermin Mata.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Lebih baharu Lebih lama