Soursop Trifle F&N Life

Bersempena Ramadan tahun ni, aplikasi F&N Life ada promosi Ramadan Bundle. Terdapat 6 bundle yang ditawarkan (dengan harga promosi) dan aku pilih Syok Bundle Soya Cincau (12 pack Susu Soya Season 1Liter dan 12 tin minuman Cincau 380ml.) 

Senang dan jimat masa beli di aplikasi. Order, bayar dan tunggu pesanan sampai. Memandangkan kes Covid19 kembali meningkat, adalah lebih baik kita kurangkan berada di tempat awam. 

Syok Soya Cincau Bundle F&N Life

Dapat la aku sekeluarga berbuka puasa dan bersahur dengan air soya dan agar-agar soya cincau. Tapi kalau dah asyik agar-agar je, bosan juga. Aku scroll aplikasi F&N Life untuk lihat kalau ada resepi lain menggunakan susu soya. 

Nah, meriahnya resipi dalam aplikasi ni. Dari minuman hingga ke lauk pauk dan kuih muih. Macam-macam ada. Tak rugi aku download dan beli bundle produk. Selain kumpul mata ganjaran, ada resipi yang tak pernah aku cuba. Di bawah aku kongsikan 5 resipi mudah yang korang boleh cuba.

Resipi Banana Kurma Soya Smoothie

Banana Kurma Soya Smoothie

2 biji Pisang
8 biji Kurma dibuang bij
800ml Susu Soya Season F&N
250g Ais kiub
100gm Oatmeal 

Langkah
Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar sehingga halus. Sedia untuk dinikmati. 

Resipi bubur barli jagung

Bubur Barli Jagung

50gm Sagu (Rendam selama 30minit. Toskan)
100gm Barli (Basuh dan tapis)
750ml Susu Soya Season F&N
1 Liter Air
200gm Jagung Krim Manis
2 helai daun pandan
200gm Gula Melaka
Secubit garam 

Langkah
Masukkan barli, sagu dan daun pandan ke dalam 1 liter air dan masak sehingga bahan masak sepenuhnya. Masukkan susu soya, jagung krim manis, gula melaka dan garam. Masak selama 10 minit. Siap untuk dihidang. 

Resipi Soya Oatmeal

Soya Oatmeal

200gm Susu Soya Season F&N
4sb Oatmeal segera
3sb Serbuk minuman malt coklat
Buah-buahan segar secukupnya 

Langkah
Panaskan susu soya dalam periuk dengan api sederhana. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan oatmeal dan serbuk malt coklat. Biarkan selama 3 minit. Boleh dihidangkan bersama buah-buahan pilihan. Yummy! 

Resipi Soya Milk Tea

Soya Milk Tea

100gm Uncang Teh
200ml Air Panas
100ml Susu Soya Season F&N
2 sk Gula
3sb Serbuk minuman malt coklat 

Langkah 
Masukkan air panas dan rendam teh selama 5 minit. Keluarkan uncang teh. Masukkan gula dan susu soya Season. Kacau. Siap untuk di nikmati.

Resipi Soya Choco

Soya Choco

250gm Susu Soya Season F&N
30gm Serbuk minuman malt coklat segera 

Langkah
Panaskan susu soya. Masukkan serbuk minuman malt coklat segera. Kacau sebati. Sedap dinikmati bersama pencuci mulut kegemaran. 


Salam Ramadan dan Stay Safe gais. Info lanjut 
Facebook : F&N
Instagram : F&N

F&N Life App

Admin : Photo and recipe kredit to F&N Life App. 



5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Waahh... best kan ada resepi2 ni. Hari2 boleh bertukar menu.

    BalasPadam
  2. Bubur barli jagung macam best je.

    BalasPadam
  3. fuhhh soya cincau tu feveret saya

    BalasPadam
  4. Sedapnya... Terliur terus... Bagus ya aplikasi F&N ni, siap ada resipi lagi tu... Tak payah opening nak fikir resipi dah kan...

    BalasPadam

Catat Komen

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Lebih baharu Lebih lama