Hari ini hampir satu Malaysia ada kes baharu. Semput rasanya nak bernafas bila aku terlihat angka terkini. 260 kes adalah kes ke 2 tertinggi dalam sejarah Covid-19 di Malaysia. Manakala sebanyak 277 kes pada 4 Jun yang lalu. Dan salah satu punca ialah tak kuarantin. Punca lain korang dah boleh agak sendiri. Kita jangan pula menjadi punca bertambahnya kes Covid-19.
Kuarantin jika baru pulang dari lokasi berisiko walaupun ujian saringan negatif. Virus ni ambil masa untuk sesuaikan diri dengan perumah baru. Jika antibodi perumah tu kuat, negatiflah keputusan sehingga berakhir tempoh kuarantin. Eh.. dah macam saka la pula ayat penerangan aku. Bukan apa, nak terangkan dengan contoh yang paling mudah.
Sebab ramai yang masih tak faham rupanya. Bila ujian pertama negatif, mereka terus hidup macam takde apa yang nak di risaukan. Ke sana ke sini macam biasa. Berikut aku kongsi info berkaitan kuarantin. Kenapa ianya perlu. Nak nak bila kau baru pulang dari tempat berisiko.
Baca dan fahamkan semula. Jangan takut nak terangkan kepada mereka yang kurang faham dan salah faham.
Kuarantinkan diri walaupun ujian pertama negatif. Duduk dalam rumah dan dalam bilik khas SENDIRIAN. Bukan keluar gi tempat kerja, gi pasaraya, gi lepak minum kopi apatah lagi hantar anak ke sekolah.
Sains Disebalik Kuarantin 14 Hari
Semua individu yang disyaki telah terdedah dengan virus covid-19 kini diwajibkan menjalani tempoh kuarantin 14 hari. Mereka adalah kontak rapat kepada kes Covid-19 dan juga Individu yang baru pulang dari negara luar.
1. Mengapa 14 hari? Bukan 10 hari atau 7 hari?
Ini adalah kerana tempoh pengeraman virus (incubation period) bagi virus ini adalah antara 4-5 hari sehingga 14 hari.
Kajian juga menunjukkan, 97.5% individu yang dijangkiti hanya menunjukkan gejala pada hari ke 11 selepas dijangkiti.
2. Selepas ujian kali pertama, adakah bermakna individu tersebut telah bebas sepenuhnya dari jangkitan?
TIDAK, walaupun telah disahkan NEGATIF pada ujian kali pertama, individu tersebut masih perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.
3. Bilakah seseorang individu boleh dibebaskan sepenuhnya dari tempoh kuarantin?
Pada hari ke 13, ujian ulangan akan dilakukan pada semua individu yang didalam pemantauan. Sekiranya ujian ulangan ini NEGATIF, pembebasan akan diberikan pada hari ke 14.
Adakah sesiapa terkecuali dari menjalani proses kuarantin ini?
✔️ Pada 25 Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menjalani kuarantin wajib setelah 7 petugas istana dikesan postif Covid-19
✔️ Pada 22 Mei 2020, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari setelah salah seorang pegawai yang menghadiri menyuarat pasca kabinet disahkan positif.
Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Bersama kita patuh dan mengambil langkah pencegahan untuk mengekang penularan jangkitan.
Sumber: WHO- Transmission of SARS-CoV-2 , Implications for infection prevention precautions.
Itulah. Risau ya amat sangat.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!