
Itu info terkini yang aku terbaca di FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia. Dan bila aku scroll fb terbaca pula kes di Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, SPU. Berpunca daripada seorang guru wanita yang mengajar di situ disahkan positif COVID-19. Dan dah kenapa cikgu pergi juga ke sekolah walaupun dah sedia maklum suami cikgu baru pulang dari berpolitik di Sabah?
Di sini dah sedia maklum PERLU kuarantin selama 14 hari walaupun ujian pertama negatif. Dan bila kuarantin di rumah tak buat ikut garis panduan, satu keluarga perlu kuarantin juga. Bila ada yang ambil mudah bab kuarantin, lihat la kesan sebaran kepada murid-murid dan guru lain. Perit oii nak cucuk sampai ke dalam pangkal hidung.
Semoga virus berkenaan tak merebak kepada murid - murid, guru lain yang setiap pagi tunggu di pintu pagar untuk ambil suhu pelajar dan spray tangan dengan hand sanitizer serta semua kakitangan sekolah terbabit. Kasihan bila aku tengok gambar murid sekolah rendah yang menangis semasa ujian swab dilakukan. Aku terbayang jika perkara ini terjadi pada anak aku. Konfem aku Whatsapp guru terlibat sepatah dua bicara.
Sebagai seorang pendidik, kecuaian ini tak sepatutnya terjadi. Sebagai seorang ahli politik, sepatutnya lebih bersiap sedia dengan tindakan susulan selepas menghadiri perjumpaan mega. Pada pendapat aku, sepatutnya mereka yang terlibat dengan kes di Sabah di kuarantin terus dari sana. Walaupun negatif, tetap kena kuarantin sebab dah terlibat dalam perhimpunan. Hanya dibenarkan pulang selepas tempoh kuarantin tamat.
Perkara dah terjadi, nak bebel panjang pun silap bebel aku akan kena kecam semula. Sekadar meluahkan pendapat aku sebagai rakyat dan seorang mama. Buat masa sekarang, kita jaga kita. Duduk sahaja di rumah dan elakkan ke tempat tumpuan orang ramai. Dan jika terpaksa keluar untuk beli keperluan barang dapur, hanya seorang wakil keluarga yang pergi. Tak perlu bawa satu keluarga apatah lagi kanak-kanak.
PECAHAN KES BAHARU (287)
SABAH-113
52 saringan bergejala
35 kluster Benteng LD
15 kluster Bangau
1 kluster Laut
1 kluster Pulau
2 saringan rujukan ke hospital
2 saringan kemasukan ke hospital
1 SARI
1 saringan petugas kesihatan
1 saringan warga emas
1 saringan sebelum pulang ke semenanjung
1 saringan komuniti
KEDAH-129
128 kluster Tembok
1 saringan kontak rapat
SELANGOR-31
13 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
8 kluster Seri Anggerik
3 kluster Jalan Meru
1 kluster Seri Setia
2 saringan kontak rapat
1 SARI
1 saringan tahanan
1 saringan sebelum ke luar negara
1 saringan sebelum pulang ke negara asal
PERAK-3
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Tembok
TERENGGANU-3
2 saringan kontak rapat
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
N.SEMBILAN-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
KELANTAN-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Jalan Meru
KL-1
1 saringan sebelum pulang ke negara asal
JOHOR-1
1 kluster Meru
PAHANG-1
1 saringan kontak rapat
LABUAN-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
SABAH-113
52 saringan bergejala
35 kluster Benteng LD
15 kluster Bangau
1 kluster Laut
1 kluster Pulau
2 saringan rujukan ke hospital
2 saringan kemasukan ke hospital
1 SARI
1 saringan petugas kesihatan
1 saringan warga emas
1 saringan sebelum pulang ke semenanjung
1 saringan komuniti
KEDAH-129
128 kluster Tembok
1 saringan kontak rapat
SELANGOR-31
13 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
8 kluster Seri Anggerik
3 kluster Jalan Meru
1 kluster Seri Setia
2 saringan kontak rapat
1 SARI
1 saringan tahanan
1 saringan sebelum ke luar negara
1 saringan sebelum pulang ke negara asal
PERAK-3
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Tembok
TERENGGANU-3
2 saringan kontak rapat
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
N.SEMBILAN-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
KELANTAN-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Jalan Meru
KL-1
1 saringan sebelum pulang ke negara asal
JOHOR-1
1 kluster Meru
PAHANG-1
1 saringan kontak rapat
LABUAN-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Peribahasa
MELETUP DI SANA, DI SINI BUNYINYA
Maksud
Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!