Hari ni status di media sosial dan Whatsapp group berlagu kecewa. Yang menangis di bucu katil, yang tangisan dalam senyuman dan tak kurang juga yang berdoa semoga majlis berjalan lancar dan kekal hingga ke syurga.
Tinggal lagi beberapa jam je gais. Jomlah kita selesaikan tugasan harian, mandikan anak awal dan siapkan dinner awal.
Tinggal lagi beberapa jam je gais. Jomlah kita selesaikan tugasan harian, mandikan anak awal dan siapkan dinner awal.
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengunci mulut, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, di sini, malam ini.
Dibawa secara eksklusif, majlis pernikahan Mira dan Emir boleh disaksikan peminat melalui program MBuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit. Selain itu, siaran langsung majlis pernikahan boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam.
Siapa sangka, melalui mesej langsung (DM) berunsur kerohanian yang dilayang tetapi tidak dilayan Mira pada mulanya, membawa pasangan merpati dua sejoli ini ke gerbang perkahwinan.
Bertemu buat kali pertama, Oktober lalu, akhirnya, selepas dua bulan mengenali hati budi, Mira dan Emir memilih malam ini untuk disatukan sebagai suami isteri.
Disember lalu, Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon Pujaan Hati Kanda itu sebagai suri hidupnya.
Segala-galanya bagaikan dipermudahkan seperti luahan Mira kepada BH Online usai majlis khatam al-Quran di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu.
Lima kali bertemu, tanpa ragu-ragu Mira memberitahu ibu hasrat hati mengakhiri zaman bujang bersama Emir.
"Jika hendak diterangkan apakah keistimewaan yang membuatkan hati saya terpaut kepadanya, sukar untuk dijelaskan. Namun, apa boleh saya katakan, dia lelaki yang baik.
"Sejak pertemuan pertama, saya selesa dan serasi dengannya," kata Mira sambil menambah dalam pertemuan pertama itu, dia ditemani dua sahabat baiknya.
Mendedahkan bagaimana hubungan mereka terjalin, Mira berkata, ketika dihubungi Emir melalui DM di Instagram (IG), Ramadan tahun lalu, dia tidak membalasnya. Ketika itu, Mira memikirkan Emir tidak lebih seperti peminat yang lain.
Tidak putus asa dengan tindakan Mira, Emir mengambil langkah lebih agresif apabila menghantar DM kepada ibu Mira.
"Selepas gagal berhubung dengan saya, Emir tidak berputus asa apabila menghantar DM kepada emak.
"Saya tidak tahu apa yang Emir katakan pada emak. Tetapi emak beritahu, beliau kenal Allahyarham bapa Emir dan menceritakan mengenai latar belakang keluarganya kepada saya," katanya.
Terus berkongsi cerita, Mira mengaku sejak setahun dua ini, dia malas memikirkan soal cinta.
"Saya mahu lepaskan adik bongsu terlebih dulu dan fokus kepada kerja sahaja. Saya juga malas hendak memulakan perhubungan selepas melalui beberapa kegagalan sebelum ini.
"Bagaimanapun, emak meminta saya cuba mengenali Emir dan berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu bapa.
"Jadi, saya membalas DM daripada Emir dan hubungan itu berlanjutan ke aplikasi WhatsApp," katanya.
Namun, akui Mira, sebelum membuat keputusan bertemu Emir, dia berharap, biarlah hubungan itu mempunyai hala tuju. Pada usianya yang mencecah 27 tahun, Mira mengaku malas menjalin hubungan cinta lama-lama.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.
"Saya selesa dan okay mengatur pertemuan seterusnya. Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya .
"Saya tidak tahu kenapa tetapi mungkin disebabkan gerak hati yang merasakan keputusan itu adalah tepat. Jadi, saya terus beritahu emak hasrat hati untuk berkahwin.
"Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama.
"Tetapi dia bimbang jika saya anggap terburu-buru. Semua ini tidak akan terjadi tanpa restu emak dan ibu yang memudahkan lagi niat kami berdua," kata Mira yang membawa Emir bertemu kedua orang tua secara tidak dirancang di Subang Jaya, Selangor.
Mira berkata, ketika itu, ibu bapanya baru menghadiri sebuah majlis perkahwinan manakala dia dan Emir sedang menjamu selera.
"Semuanya berlaku tanpa dirancang. Saya tidak sempat membawa Emir pulang ke rumah untuk memperkenalkannya kepada emak dan abah.
"Kebetulan pada hari itu, kami berempat ada di Subang Jaya. Jadi saya buat keputusan untuk membawa Emir berjumpa emak dan abah buat kali pertama" katanya.
Sementara itu, Mira menyangkal sangkaan ramai Emir adalah teman sekolahnya. Sebaliknya, kata Mira, dia tidak mengenali Emir sebelum ini.
Bagaimanapun Mira tidak menafikan khabar angin mereka bakal disatukan, bulan depan.
Namun, disebabkan pandemik COVID-19, Mira memberitahu, majlis perkahwinan terpaksa dipercepatkan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.
"Betullah seperti yang dilaporkan media sebelum ini, saya dan Emir sepatutnya disatukan, Oktober ini.
"Tetapi disebabkan kakak tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan.
"Adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahan supaya kakak boleh menyaksikan perkahwinan kami berdua.
"Kakak hanya dapat bersama sehingga esok, selepas itu dia perlu pulang ke AS kerana anak saudara akan memulakan sesi persekolahan yang baharu," katanya.
Mira yang akan mengadakan tiga majlis resepsi berkata, demi kepuasan, dia mengeluarkan bajet sendiri dan tidak mahu bergantung kepada tajaan. Lagipun, dengan cara ini, dia boleh menentukan konsep perkahwinan mengikut cita rasa sendiri.
Majlis resepsi kedua akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok, yang bakal dipancarkan secara langsung TV3.
Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi.
rajinnya update
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!