PENGENALAN "Zakat@FAMILY"
“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.
Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang di syariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.
Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun Islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.
LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.
Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.
OBJEKTIF KEMPEN “Zakat@FAMILY”
Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.
Menyebar luas dakwah zakat kepada umat Islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
KAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB
Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
- Diri sendiri
- Pasangan
- Tanggungan
- Individu di bawah jagaan
Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.
Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.
PANDUAN "Zakat@FAMILY"
Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran
Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY”
Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.
Apakah hukum melaksanakan tuntutan “Zakat@FAMILY” ?
Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.
Bagaimanakan kaedah kiraan zakat melalui taksiran “Zakat@FAMILY” ?
Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak).
Saya menjaga adik saya berumur 35 tahun yang mempunyai masalah kesihatan (down syndrom). Adik saya mewarisi duit sebanyak RM20 ribu daripada arwah bapa saya. Adakah adik saya wajib membayar zakat dan bagaimanakah urusan pembayarannya ?
Zakat diwajibkan ke atas adiknya kerana dia adalah pemilik sempurna bagi harta tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai dakwah dan memenuhi tuntutan berzakat, menjadi tanggungjawab abang sebagai penjaga untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat mewakili adiknya melalui kaedah Zakat@FAMILY.
Semoga
dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan
dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah
zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan
kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.
Melalui
pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada
institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas
setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In
shaa Allah.
Kupasan lanjut mengenai topik juga boleh ditonton disini.
bab zakat ni kena alert. sebab termasuk dalam rukun islam. bagus share benda mcam ni sebab ramai org yang tak amik kisah
BalasPadamBetul tu. Risau juga jika terlepas pandang. Dok ingat bayar zakat fitrah, zakat perniagaan dah settle dah.
PadamDah makin dipermudahkan dah pembayaran zakat sekarang. Tiada lagi alasan lupa atau tiada masa kan. Moga semua tidak lupa menunaikan tanggungjawab memasing.
BalasPadamYa. Semudah bayaran online yang lain. Semoga yang wajib berzakat tu, tak lupa tunaikan tanggungjawab.
Padamalhamdulillah makin mudah urusan untuk zakat sekarang. bagus lah Zakat Selangor ni. zakat ni pun boleh bersihkan harta keluarga dengan Zakat@Family
BalasPadamBagi yang ada lebihan harta memang diwajibkan berzakat. Usaha yang baik dari LZSelangor memperkenalkan pembayaran zakat secara online.
BalasPadamBagus sangat inisiatif LZS buat kempen zakat family ni. sama2 bersih kan harta dan cari keberkatan dalam hidup. setiap rezeki kita ada terselit rezeki orang lain...
BalasPadamBagus entry ni, banyak info. Mat Drat sokong program yang diperkenalkan oleh Zakat Selangor ni
BalasPadamkonsep dia mudah, dalam rezeki kita tu sememangnya ada rezeki untuk orang lain. so memang wajib kita berzakat bagi mereka yang sepatutnya. patutnya tiada alasan lagi untuk berzakat kan sis
BalasPadamBagus sharing tentang zakat ni sebabnya masih ramai tak alert tentang tanggungjawab sebagai pembayar zakat.
BalasPadamSebagai Non-Muslim saya tak tahu nak komen apa tapi, dalam agama saya wajib bayar 10% dari pendapatan bulanan setiap individu. Tak banyak tapi itulah, komitmen yang wajib kita jalani. Bagus artikel macam ni.
BalasPadamSemoga kita semakin mudah untuk menunaikan kewajipan kita. Langkah bijak Pusat Zakat..
BalasPadambagus dan terbaik pgrogram zakat satu famili ini...moga ianya dapat memberi kesedaran dan memudahkan untuk mereka yang ingin membayar zakat
BalasPadamKita semua tahu dalam rezeki kita sememangnya ada rezeki untuk orang lain so kita sememangnya wajib membayar zakat. Thanks saling mengingati
BalasPadamRamai yang ambil mudah tentang zakat . Patut jugak dipanjangkan inisiatif ni di negeri lain btw syabas LZS !!
BalasPadamHujung tahun adalah tahunnya untuk menambah pahala dan juga membuat amalan lebih dengan berzakat time ni lah macam-macam kempen dan promo untuk zakat agar kita tak lupa akan tanggungjawab sebagai orang Islam...
BalasPadamTerima kasih info ni. Kalau tak, ada yang terlupa pasal zakat harta ni kan
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!