Bijak urus masa.

Assalammualaikum and morning guys. 

Time macam ni, sekitar jam 8:20, waktu aku kerja dulu... aku dah sampai dah kat office. Tengah update blog sambil bekfes. 😋

Sambil makan + menaip, nanti muncullah sorang demi sorang rakan pejabat. Dan aku akan bebel kat depa, kenapa lambat. Waktu kerja pukul 8:30, apa kes pukul 8:45-9:00 dan ada yang 9:30 baru muncul. Call pun tak untuk beritahu sebab kelewatan. Manalah tahu... kot-kot kenderaan rosak di tengah jalan ka. Bla..bla..dan bla... (mengalahkan cikgu disiplin punya soal) 😂

Terus aku cadangkan nak minta bos letak punch kad.🤣 Dan dah tentu ramai yang tak setuju dari setuju. Bukan apa, di sebabkan kelewatan, bila ada call dari pihak tertentu.. cari person incharge.. memang selamba aku jawap... tak sampai ke office lagi la.

Bos aku pula... memang sempoi. He said, semua dah jadi mak budak bapa budak dah. Dah tau halal haram pendapatan. Fuhh...deep tu. 😅 Dan dia memang seorang yang tenang dan pandang positif kat semua pekerja.

Aku bukan nak cerita yang aku ni seorang pekerja yang bagus. Tak. Tapi moralnya... bab masuk keluar kerja ni, masih ramai yang ambil ringan. Sebab... si A boleh je masuk lewat. Kenapa aku tak boleh? Dan jika inilah pendirian yang di pegang. Memang dah boleh nampak huru haranya situasi dalam pejabat. 

Macam nilah, biarlah A, B sampai Z dengan sikap mereka. Kita? Ikut sahaja waktu masuk dan balik kerja seperti yang dah di persetujui. Jangan terikut-ikut dengan trend 'dia boleh, apasal aku tak boleh'. 

InsyaAllah, kau akan rasa tenang. Pendapatan yang kau terima pun cukup je walaupun kau dok rasa macam tak cukup. 😅

Dalam sebulan jika sekali sekala terlewat tu... biasalah. Nak nak tiba-tiba kau terperangkap dalam jem sebab ada pokok tumbang, kemalangan, bateri kereta kong, tayar motor pancit dan bawa anak ke 7E sebagai upah sebab dia ke tadika.

Yang tak normalnya, kalau bab datang lewat.. orang sampai dah tak ambil kisah sebab dah tahu... ohh si D tu... dia pukul 10 nanti baru sampai office. Sama time dengan bos.

Thanks sebab sudi singgah dan baca perkongsian aku kali ni. 😉

26 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. hahaha..sempoi bos.deep betul teguran...gulp!

    tp betul, masa mmg memainkn peranan besar dlm kejayaan hidup. pandai manage,in sha allah mudah urusan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye wak... Sis pun terdiam kaku. Hahaha... Bos memang tak banyak songeh. Tapi pastikan semua kerja siap. Lepas tu korang nak main batu seremban pun dia tak kisah. But jika apa yang dia suruh siapkan tak siap...siaplah kau. 🤭

      Padam
  2. betul. dulu mek pun jenis tak pentingkan masa dan akhirnya banyak jugak benda tak jadi and stress. lepas tu baru betul-betul manage time. ada spare-kan time yang patut di awalkan. so tak rushing and tak menggelabah. alhamdulillah. demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Sis stress dengan jenis tak nak utamakan yang utama. Ends up nak minta tolong siapkan kerja dia pula. Eh..eh... sorrylah ye. Hahaha....

      Padam
  3. Ya.... kita kena tahu tanggungjawab masing-masing. Jangan makan gaji buta je... dan kalau dtg awal lak kangan pula main internet je ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Update blog 5 minit pun dah publish sebab dah karang awal. Tinggal nak upload gambar dan edit kasi lawa. Tapi pastikan kerja utama dah siap dulu. Tapi betul macam Fas cakap, ada je yang datang awal.. guna internet tapi kerja utama tak siap. Tenang pula dia. Adeh la....

      Padam
  4. Betul tu kita tahu dan kita laksanakan tanggungjawab kita dan kita tak ganggu orang lain sudah kalau nak nasihat nanti masing-masing tarik muka lak kan hurmmm dah besar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Maha. Lagipun bos tahu walaupun dia bersikap tenang. Efeknya...prestasi kerja kuranglah point. Then... pertikaikan, why kenaikkan gaji kurang daripada yang lain. Erk...sendiri mau fikirlah. Hahaha...

      Padam
  5. Stress kan berhadapan dgn org macam ni. Jenis yg x menghargai masa kita. Susah lah kalau jenis x bertanggungjawab

    BalasPadam
  6. Sometimes life doesn't need an accurate answer to do things.
    Just think twice before you do, and make sure you do, you will not regret.
    Live with pride and honour.
    Good luck!

    BalasPadam
  7. Hahaha. Sempoinya bos awak. Jawab mcm tu je ek. Mcm mana lah dia boleh sabar ya. Tapi betul. Kita kene amanah dgn masa. Klu sekali sekala atas alasan yg takleh nk elakkan tu blh terima. Tp klu hari2 mcm tu, stress tengok! Dorang dtg lambat tu tak stress ke eh?

    BalasPadam
  8. Deep sehhhh... bersahaja je tapi penyampaiannya menusuk kalbu gitu... memang setuju sangat dengan apa yang sis tulis tu... time management memang penting kot... yang jadi geram apabila kita ni dah berhempas-pulas bagi sehabis baik, orang lain... harammmmmm... geramnya laaa... kan kan kannnn... macam-macam mana pun, semoga kita sentiasa di jalan yang benar... biaq pi la depa tu... sis cuba baca yang ni... luahan saya... https://weolls.blogspot.com/2017/11/bad-subordinates-stop-office-bully-it.html

    BalasPadam
  9. Betul. Marina cukup takut kalau terlewat sampai. Tapi kadang2 terlewat gak.hihi. kena tanam rasa tanggungjawab dalam diri kan

    BalasPadam
  10. setuju la. Iza pun dulu selalu masuk kerja awal pulak tu office iza yang pegang kunci. tapi orang yang datang lambat tu rasa bersalah pun tak. tapi tu la lumrah manusia. kita yang ada kesedaran ni jgn la ikut.

    BalasPadam
  11. Perkara gini memang payah di ubah bila dah sebati dalam diri orang tu. Memang semua dah besar dah jadi mak pak budak patut lebih tekankan halal dalam keberkatan gaji yang diterima. Setuju kita dah tegur so tak payah follow depa A-Z sebab kita tak sama mcm depa. Good sharing sis

    BalasPadam
  12. Aikk akk kerja ape sampai sukati je orang boleh keluar masuk.. Hahaha.. Adoyaii.. Ade juga orang buat kerja macm tu.. Bos dh bagi kata mcm tu, kalau tak terasa tak tau la..

    BalasPadam
  13. betul tu, kena uruskan masa sebaik2nya. buat to do list

    BalasPadam
  14. Hmm sebab tu untuk buat sesuatu kita kena ada komitmen dan tanggungjawab terhadap tugas kita. Tak boleh lah sambil lewa.

    BalasPadam
  15. Bagi saya masa memang sangat penting, sebab tu kalau macam nak ke mana2 atau bila berjanji dengan orang , saya akan pastikan orang tu tak menunggu saya. makna kata tepat pada waktu atau awal 10 minit. sebab utama adalah saya tak suka menunggu orang , dan saya juga tak nak orang menunggu saya. masa memang penting dalam kehidupan seharian saya.

    BalasPadam
  16. To me kan i dun care what time u nak masuk keja la...janji keja u siap la...stress lah pagi pagi jam

    BalasPadam
  17. Setuju. Pengurusan masa kena betul. Hormati orang lain dgn waktu dia. Kdg benda kecik macam nilah kita lupa.

    BalasPadam
  18. zaman kerja dulu selalu gak lewat tapi sebab uruskan kerja juga ,ke bank,terus jumpa klien ke,so bos tak kisah tapiiiiii kalau memang lewat sebab sendiri,walau bos tak kisah tetap lajakkan masa berkerja sampai cukup jam bekerja,tak nak makan duit gaji yg bukan hak sendiri.

    BalasPadam
  19. I feel u.. geram pada yang masuk lambat. Tapi yelah diri sendiri kena berubah dulu. Kalau kerja untuk duit hujung bulan macam tu lah. Deep juga ayat boss tu. Mujur dia masih positif.

    BalasPadam
  20. Hati-hati bab tepati masa kerana orang munafik adalah orang yang selalu berlengah dan tak tepati masa.. Nauzubillah...

    BalasPadam
  21. Wah.. Teguran boss tu mmg makan dalam. Saper yg lewat, x terasa xtau la.. Kiranya Kategori hati kering la.. Moga setiap yg kita lakukan mendapat keberkatan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama