Isnin, 22 Julai 2019

Review CETAPHIL Gentle Skin Cleanser.



Pembersih muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser, satu produk yang tak perlu di perkenalkan lagi. Produk ni yang disyorkan oleh pakar kulit dan ramai penggunanya memang mendapat good review. Terutama daripada mereka yang pernah mengalami masalah skin breakout. 

Di tambah iklan di kaca tv dan sosial media yang seakan memanggil-manggil aku untuk cuba kerana 97% wanita yang cuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan tukar kepadanya selepas kali pertama mencuba. Hurm... memang buat tidur malam aku tak lena. Dan akhirnya, dah masuk sebulan lebih aku menjadi pengguna Cetaphil Gentle Skin Cleanser. 

Cetaphil Cleanser ni ia berwarna jernih. Sekali pump je dah cukup untuk aku. Ratakan ke seluruh muka yang dah aku basahkan terlebih dahulu. Eh, tak berbuih la. Bersih ke? Senang bilas ke tak? Sambil gosok perlahan, pelbagai soalan tetiba muncul.

Masa bilas dengan air, wow...tak melekit dan senang bilas la. Serta tak pedih mata. Biasalah, mesti kita akan gosok kawasan kelopak mata untuk bersihkan saki baki alat solek kan. Kulit muka rasa lembut dan lembap walaupun tiada sabun dan buih. 

Dan yang paling best, tak mengeringkan wajah sebab cleanser yang tak berbuih takkan mengikis pelindung kulit semulajadi. Ia juga tanpa bahan pewangi dan takkan merengsakan kulit. Oh ya, yang bestnya pembersih ni, selain bilas guna air, nak bilas guna cotton pad atau towel bersih pun boleh sebab boleh guna tanpa air dan sebagai makeup remover untuk makeup yang ringan.

Patutlah ramai komen positif Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Bila dah guna, baru lah aku tahu betapa bestnya pembersih ni. Masalah kulit kering mengelupas di pipi aku hilang tanpa aku sedar. Bila wajah lembap, barulah senang nak apply skincare yang lain. Make-up pun tahan lama tau. 

Bila aku sapu bedak, baru aku perasan...kulit kering aku dah takde la. Tak sangka, dengan menggunakan pembersih wajah yang betul, mampu menyihatkan kulit rupanya. Tak perlu berhabisan sapu banyak produk penjagaan muka itu ini. 

Aku juga sarankan anak remaja aku untuk guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Aku jenis kulit kombinasi. Suami pula jenis kulit berminyak dan sensitif. Anak lelaki aku yang sekolah menengah, jenis kulit berminyak dan berjerawat. Manakala anak perempuan aku jenis kulit normal. Nampak tak, satu cleanser untuk semua jenis kulit.

Soap-free, tiada bahan pewangi, pH yang seimbang dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia datang dalam botol seperti gambar di atas. Nak saiz travel pun ada. Senang dibawa ke mana-mana. 


MANA NAK BELI ?

Aku beli di Watson dan Guardian. Lagi best bila dapat beli pada harga promosi. Nak beli online kat Shopee dan Lazada pun boleh. 

Lepas guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser, aku juga setuju dengan wanita lain yang cuba dan tukar kepada produk ni sebab aku dah guna dan dapat manfaatnya. Korang jangan tunggu lama-lama macam aku. Dah tahu cleanser ni bagus tapi sengaja bertangguh nak cuba. Nyesal wei. Jika tak konfem dah lama jelita, anggun dan flawless skin aku.