Jumaat, 10 Mei 2019

Buffet Ramadhan di Taste Café, G Hotel Gurney Penang.


Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tiba… 

Marhaban Ya Marhaban 
Marhaban Ya Marhaban
Marhaban Ya Marhaban 
Marhaban Ya Marhaban… 

Aku suka nyanyi lagu ni sambil drive ke bazar Ramadhan. Memang membangkitkan mood Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta Rahmat buat semua. 

Laluan utama ke Taste Cafe
Kali ini aku nak share lokasi untuk berbuka puasa di Taste Café, G Hotel Gurney Penang. Manalah tahu kalau korang tercari tempat untuk berbuka puasa sempena hari jadi suami ke, isteri ke, mak ayah ke atau anak. Tentu korang nak hari tu, lain sikit dari rutin harian ketika berbuka. 

Ruang makan ke2. Berhadapan dengan grill station 
Taste Café G Hotel Gurney ni terletak betul-betul bersebelahan Gurney Plaza. Dari Café ni, hanya dengan beberapa langkah, korang akan sampai ke restoran makanan segera Mc Donald.

Wow dessert... macam-macam ada. 
Sebaik sahaja korang melangkah masuk ke Café ni, tentu korang akan terpegun dengan dekorasi Café. Café ini ada 2 ruang makan. Satu di ruang utama. Satu lagi bersebelahan ruang utama dan berhadapan dengan Malay Feast Mini Grilled Station. 


Kurma, Buah-buahan dan Rojak Buah (Kuah rojak sedap!)
Pasembur, Salad, Kerabu Kacang Botol, Baby Octopus

Nak mula makan yang mana dulu ya? Apa kata mulakan dengan sesuatu yang ringan seperti kurma, salad atau buah-buahan. Ikut tekak dan selera masing-masing. Asalkan sesuatu yang light. 

Pasta Napolitana, Creamy Mushroom Soup, Bubur Lambuk, Szechuan Hot&Sour Soup
Di Salad Bar Station korang boleh mix & match Iceberg Lettuce, Red Chicory, Lollo Rossa, Cherry Tomatoes dengan pelbagai salad dressings.


Selain salad ada pelbagai Kerabu bagi mereka yang nakkan citarasa tradisi. Ada Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lautan, Chicken Sliced With Pineapples Salad, Kerabu Kacang Botol, Baby Octopus, Rojak Buah dan Penang Pasembur. 


Aku dah rasa semua, serba sikit. Dan paling aku suka Baby Octopus. Sedap, resepi Chef tersendiri dan jarang nak jumpa.Cara masak lebih kurang macam Sotong Kangkung. Keunikkannya terletak pada gabungan sos. 

Soto Ayam, Bubur Lambuk, Nasi Beriani, Pasta Napolitana, Char Koay Teow, Assam Laksa, Creamy Mushroom Soup (pelbagai bun tersedia) dan Szechuan Hot & Sour Soup antara menu yang tersedia jika korang tercari sesuatu yang ringan. 

Nasi Beriani enak di gandingkan dengan pelbagai lauk yang ada. Thai Garlic Chilli Squid, Telur Balado, Roasted Potatoes With Garlic, Indian Lamb Rogan Josh With Yoghurt Dip, Beef Steak With Gravy, Tom Yum Mussels, Sambal Udang Petai, Ayam Goreng Berempah dan Kari Ikan memang bikin rambang mata. 


Untuk pengemar makanan grill, Malay Feast Mini Grilled Station patut korang terjah. Whole Roasted Lamb, Roasted Duck and Beef, Ayam Percik, Lamb Chops, Clams, Beef Fillet, Prawns, Ketam Panggang dan Honey Glaza Chicken Meat Loaf menanti untuk di nikmati. First time aku cuba Meat Loaf, sedap la. 

Dan tak ketinggalan buat pengemar makanan laut, Seafood on Ice ada untuk korang. Chilled Tiger Prawns, Scallops dan Mussels mampu menambat selera. 


Nampak tak, aku rasa serba sikit. 3 pinggan je.
Akhir sekali, pelbagai hidangan pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka, Bubur Kacang Hijau, Pisang Goreng, Muah Chee, Pandan Cake, Tart Kelapa, Brownies, Coconut Puding, Durian Mousse Cake dan Ais Kacang menjadi pelengkap menu untuk Ramadhan Buffet Dinner.

Minuman sejuk of the day Soya Bean dan Kurma.
Minuman panas pun ada.

RAMADHAN BUFFET DINNER (6 May – 4 June 2019) 

Taste Café
Sun to Thu, RM125 | Fri & Sat, RM160
BUY 2 FREE 1 
50% discount for Buffet from the normal price for children 6 to 12 years old & senior citizens 60 years old and above. 

PRIVATE BUFFET DINNER FOR BUKA PUASA
from RM95 per person
Minimum of 30 person
Valid from 5 May to 4 June 2019
Private buffet dinner with free flow air bandung
Special venue for big group prayers

G HOTEL GURNEY 
168A Persiaran Gurney,
10250 Penang, Malaysia. 

T. +604 238 0000 
F. +604 238 0088 
www.ghotel.com.my


Nota : Untuk kepuasan menatap gambar makanan, sila ke Instagram @eizagreenappleku. 

27 ulasan:

saidila berkata...

syoklah tengok makanan dia semua , memang lawa deko ruang makan ....

Julia Johari berkata...

Creamy mushroom soup tu susah benar nk jumpa time berbuka, mmg best la sini kak!

Nina Mirza berkata...

Meriahnya menu! Nasib baik jauh nun Penang sana...
A0a menu paling kak eiza suka?

Eiza GreenAppleKu berkata...

Baby Octopus. Haii...terasa-rasa kesedapannya. Lebih kurang macam sotong kangkung. Tapi yang ni lagi sedap.

Eiza GreenAppleKu berkata...

Betul Juju. Makan cecah roti memang habis semangkuk tu.

Eiza GreenAppleKu berkata...

Lawa deko dia...rasa nak je ootd sana sini setiap sudut. Nanti ada yang kata ni review makanan ke hape...

Nadia Johari berkata...

Puasa ni mkn buffet memg layan.. Byr murah makan sampai kenyang

mas saari berkata...

Banyaknya pilihan makanan, puashati!

Huda Halid berkata...

Wah banyak pilihan makanan, semua nampak sedap

Kayathre berkata...

Wah sedapnya semua makanan di sini. Tapi unfortunately jauh di penang. Tak dapat pergi.

Rawlins GLAM berkata...

Banyaknya pilihan makanan dia.
Rawlins sejenis yang suka dengan desserts so memang akan pergi ke bahagian dessert dulu.
Anyway, dah nak Raya tak lama lagi kan? Selamat Hari Raya.

Muhammad Naim Abdullah berkata...

Naim x biasa lagi makan buffet.. hehe. Nampak makanan menyelerakan

Julia Mahir berkata...

Sedapnya! Yg Chef grill BBQ live tu paling best sbb panas panas & juicy yummy! Aduihh terliur dah puasa-puasa nih.

cindyrina berkata...

Buah tamarnye nampak fresh giler. Teringin nak gigit.Bgigit.Banyak betul pilihan juadah Di sini. Harga pun not bad reasonable.

Mahamahu berkata...

Ala kenapa kat Penang kalau dekat boleh kita datang cuba dan masukkan dalam list senarai lokasi buka puasa hehehehe tapi tengok harga dan juga makanan yang disediakan ok boleh tahan menarik...

CXopportunities berkata...

Bestnya! Penang memang banyak tau offer for food preview buffet ramadhan. Jeles cx tengok ahhaha! Seronok jadi blogger sana. Banyak dapat makan best³. Ahhaha terbaiklah makanan dia. Confirm kenyang! Hihi

Syamimi Saad berkata...

Meriahnya menu!
Ehh, nama pun buffet ramadan kan.. hehe
bestnya dapat makan sedap sedap..Tapi mak aihhh..
tengok harga pengsan jap. haha
kalau ada orang belanja baru pergi ni.. kikiki

Dikbee berkata...

Ramada tiba ramadan tiba.. eh, kite pun dah terikut nyanyi dah.. hahaha.. Best jugak menu kat sini ekk. Banyak pilihan. Mau tersandar kekenyangan ni. Kalau saya la, of course la serbu kambing dulu.. hehe

Mohd Zarin berkata...

Semua makanan nampak sedap-sedap dan menyelerakan. Menu masakannya pun nampak sedap lebih-lebih lagi beef tu... teringin buka puasa kat sini

Hanny Abdullh berkata...

Kalau makan buffet ni syiok kalau pergi ramai-ramai dengan kawan atau keluarga. Baru lah meriah dan berbaloi makan banyak..hehehe. Memang ramadan buffet setiap tahun dimana sahaja..memang syiok kalau pergi..mcm2 jenis hidangan ada

Jia Shin Lee berkata...

Wow if only I was in Penang, the food looks wonderful, I will be camping at the Malay Feast Mini Grilled Station because I've definately a fan of meat.

Zharif Azis berkata...

amboii meriah betul buffet ramadhan di sini ya. harganya pon berpatutan sungguh. makanan nampak sedap sangat. nanti nak bawa satu family berbuka di sini lah.

AlongMurni berkata...

Nampak meriah menu sajian ramadhan d sini yea.. AM tgk ada menu itik.. Wah!! Mmg jarang org serve dlm buffet.. Mmg itu yg AM tuju dulu kalu ke sini.. Pilih n rasa menu yg lain dr yg lain baru Best.. Hehehe

Faries berkata...

Wah bestnya tengok menu2 buffet ramadahan kt sini. Terliur sungguh. Konsep restoran pon cantik dan nmpl selesa. hehehe

Nisa Kay berkata...

percaya tak nisa tak berpeluang lagi berbuka di mana mana buffet ramadan tahun ni?
aduhh tengok yang ni sedap la pulakk tapi jauh nau nauuu

Sunshine Kelly berkata...

I stayed at G Hotel before and their food memang ok. I spotted many dishes that i like at their ramadan buffet and price also reasonable la.

Ruby berkata...

Ramadan yang dirindui. Seronok tengok semua juadah. Next year bleh cuba. Tahun ni banyak berbuka dengan keluarga dirumah aje.