Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, Ramadhan tiba…
Marhaban Ya Marhaban
Marhaban Ya Marhaban
Marhaban Ya Marhaban
Marhaban Ya Marhaban…
Aku suka nyanyi lagu ni sambil drive ke bazar Ramadhan. Memang membangkitkan mood Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta Rahmat buat semua.
Kali ini aku nak share lokasi untuk berbuka puasa di Taste Café, G Hotel Gurney Penang. Manalah tahu kalau korang tercari tempat untuk berbuka puasa sempena hari jadi suami ke, isteri ke, mak ayah ke atau anak. Tentu korang nak hari tu, lain sikit dari rutin harian ketika berbuka.
Taste Café G Hotel Gurney ni terletak betul-betul bersebelahan Gurney Plaza. Dari Café ni, hanya dengan beberapa langkah, korang akan sampai ke restoran makanan segera Mc Donald.
Sebaik sahaja korang melangkah masuk ke Café ni, tentu korang akan terpegun dengan dekorasi Café. Café ini ada 2 ruang makan. Satu di ruang utama. Satu lagi bersebelahan ruang utama dan berhadapan dengan Malay Feast Mini Grilled Station.
Nak mula makan yang mana dulu ya? Apa kata mulakan dengan sesuatu yang ringan seperti kurma, salad atau buah-buahan. Ikut tekak dan selera masing-masing. Asalkan sesuatu yang light.
Di Salad Bar Station korang boleh mix & match Iceberg Lettuce, Red Chicory, Lollo Rossa, Cherry Tomatoes dengan pelbagai salad dressings.
Selain salad ada pelbagai Kerabu bagi mereka yang nakkan citarasa tradisi. Ada Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lautan, Chicken Sliced With Pineapples Salad, Kerabu Kacang Botol, Baby Octopus, Rojak Buah dan Penang Pasembur.
Aku dah rasa semua, serba sikit. Dan paling aku suka Baby Octopus. Sedap, resepi Chef tersendiri dan jarang nak jumpa.Cara masak lebih kurang macam Sotong Kangkung. Keunikkannya terletak pada gabungan sos.
Soto Ayam, Bubur Lambuk, Nasi Beriani, Pasta Napolitana, Char Koay Teow, Assam Laksa, Creamy Mushroom Soup (pelbagai bun tersedia) dan Szechuan Hot & Sour Soup antara menu yang tersedia jika korang tercari sesuatu yang ringan.
Nasi Beriani enak di gandingkan dengan pelbagai lauk yang ada. Thai Garlic Chilli Squid, Telur Balado, Roasted Potatoes With Garlic, Indian Lamb Rogan Josh With Yoghurt Dip, Beef Steak With Gravy, Tom Yum Mussels, Sambal Udang Petai, Ayam Goreng Berempah dan Kari Ikan memang bikin rambang mata.
Untuk pengemar makanan grill, Malay Feast Mini Grilled Station patut korang terjah. Whole Roasted Lamb, Roasted Duck and Beef, Ayam Percik, Lamb Chops, Clams, Beef Fillet, Prawns, Ketam Panggang dan Honey Glaza Chicken Meat Loaf menanti untuk di nikmati. First time aku cuba Meat Loaf, sedap la.
Dan tak ketinggalan buat pengemar makanan laut, Seafood on Ice ada untuk korang. Chilled Tiger Prawns, Scallops dan Mussels mampu menambat selera.
Akhir sekali, pelbagai hidangan pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka, Bubur Kacang Hijau, Pisang Goreng, Muah Chee, Pandan Cake, Tart Kelapa, Brownies, Coconut Puding, Durian Mousse Cake dan Ais Kacang menjadi pelengkap menu untuk Ramadhan Buffet Dinner.
Minuman sejuk of the day Soya Bean dan Kurma. |
Minuman panas pun ada. |
RAMADHAN BUFFET DINNER (6 May – 4 June 2019)
Taste Café
Sun to Thu, RM125 | Fri & Sat, RM160
BUY 2 FREE 1
50% discount for Buffet from the normal price for children 6 to 12 years old & senior citizens 60 years old and above.
PRIVATE BUFFET DINNER FOR BUKA PUASA
from RM95 per person
Minimum of 30 person
Valid from 5 May to 4 June 2019
Private buffet dinner with free flow air bandung
Special venue for big group prayers
G HOTEL GURNEY
168A Persiaran Gurney,
10250 Penang, Malaysia.
T. +604 238 0000
F. +604 238 0088
www.ghotel.com.my
Nota : Untuk kepuasan menatap gambar makanan, sila ke Instagram @eizagreenappleku.
syoklah tengok makanan dia semua , memang lawa deko ruang makan ....
BalasPadamLawa deko dia...rasa nak je ootd sana sini setiap sudut. Nanti ada yang kata ni review makanan ke hape...
PadamCreamy mushroom soup tu susah benar nk jumpa time berbuka, mmg best la sini kak!
BalasPadamBetul Juju. Makan cecah roti memang habis semangkuk tu.
PadamMeriahnya menu! Nasib baik jauh nun Penang sana...
BalasPadamA0a menu paling kak eiza suka?
Baby Octopus. Haii...terasa-rasa kesedapannya. Lebih kurang macam sotong kangkung. Tapi yang ni lagi sedap.
PadamPuasa ni mkn buffet memg layan.. Byr murah makan sampai kenyang
BalasPadamBanyaknya pilihan makanan, puashati!
BalasPadamWah banyak pilihan makanan, semua nampak sedap
BalasPadamWah sedapnya semua makanan di sini. Tapi unfortunately jauh di penang. Tak dapat pergi.
BalasPadamBanyaknya pilihan makanan dia.
BalasPadamRawlins sejenis yang suka dengan desserts so memang akan pergi ke bahagian dessert dulu.
Anyway, dah nak Raya tak lama lagi kan? Selamat Hari Raya.
Naim x biasa lagi makan buffet.. hehe. Nampak makanan menyelerakan
BalasPadamSedapnya! Yg Chef grill BBQ live tu paling best sbb panas panas & juicy yummy! Aduihh terliur dah puasa-puasa nih.
BalasPadamBuah tamarnye nampak fresh giler. Teringin nak gigit.Bgigit.Banyak betul pilihan juadah Di sini. Harga pun not bad reasonable.
BalasPadamAla kenapa kat Penang kalau dekat boleh kita datang cuba dan masukkan dalam list senarai lokasi buka puasa hehehehe tapi tengok harga dan juga makanan yang disediakan ok boleh tahan menarik...
BalasPadamBestnya! Penang memang banyak tau offer for food preview buffet ramadhan. Jeles cx tengok ahhaha! Seronok jadi blogger sana. Banyak dapat makan best³. Ahhaha terbaiklah makanan dia. Confirm kenyang! Hihi
BalasPadamMeriahnya menu!
BalasPadamEhh, nama pun buffet ramadan kan.. hehe
bestnya dapat makan sedap sedap..Tapi mak aihhh..
tengok harga pengsan jap. haha
kalau ada orang belanja baru pergi ni.. kikiki
Ramada tiba ramadan tiba.. eh, kite pun dah terikut nyanyi dah.. hahaha.. Best jugak menu kat sini ekk. Banyak pilihan. Mau tersandar kekenyangan ni. Kalau saya la, of course la serbu kambing dulu.. hehe
BalasPadamSemua makanan nampak sedap-sedap dan menyelerakan. Menu masakannya pun nampak sedap lebih-lebih lagi beef tu... teringin buka puasa kat sini
BalasPadamKalau makan buffet ni syiok kalau pergi ramai-ramai dengan kawan atau keluarga. Baru lah meriah dan berbaloi makan banyak..hehehe. Memang ramadan buffet setiap tahun dimana sahaja..memang syiok kalau pergi..mcm2 jenis hidangan ada
BalasPadamWow if only I was in Penang, the food looks wonderful, I will be camping at the Malay Feast Mini Grilled Station because I've definately a fan of meat.
BalasPadamamboii meriah betul buffet ramadhan di sini ya. harganya pon berpatutan sungguh. makanan nampak sedap sangat. nanti nak bawa satu family berbuka di sini lah.
BalasPadamNampak meriah menu sajian ramadhan d sini yea.. AM tgk ada menu itik.. Wah!! Mmg jarang org serve dlm buffet.. Mmg itu yg AM tuju dulu kalu ke sini.. Pilih n rasa menu yg lain dr yg lain baru Best.. Hehehe
BalasPadamWah bestnya tengok menu2 buffet ramadahan kt sini. Terliur sungguh. Konsep restoran pon cantik dan nmpl selesa. hehehe
BalasPadampercaya tak nisa tak berpeluang lagi berbuka di mana mana buffet ramadan tahun ni?
BalasPadamaduhh tengok yang ni sedap la pulakk tapi jauh nau nauuu
I stayed at G Hotel before and their food memang ok. I spotted many dishes that i like at their ramadan buffet and price also reasonable la.
BalasPadamRamadan yang dirindui. Seronok tengok semua juadah. Next year bleh cuba. Tahun ni banyak berbuka dengan keluarga dirumah aje.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!