Premium Organic Extra Virgin Olive Oil |
Manfaat minyak zaitun untuk kesihatan bukan lagi satu rahsia. Ada 1001 manfaat jika nak aku kongsikan. Aku sendiri memang mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan harian keluarga.
Cara aku, setiap kali selepas selesai masak sesuatu menu, aku akan tuang satu atau dua sudu minyak zaitun ke dalam masakan. Mudah dan menjimatkan kos. Anak aku dapat hirup sup ayam + minyak zaitun tanpa banyak ragam. (Bukan mereka tahu pun).
Sebagai seorang mama yang risaukan bab kesihatan, adalah 1 hari tu aku cuba suapkan sesudu minyak zaitun ke mulut anak. Yang dah remaja, tak banyak kerenah. Lagi-lagi bila aku keluarkan fakta minyak zaitun boleh cantikkan kulit wajah. Muka berseri dan wajah bebas masalah. Penuh semangat mereka telan.
Yang menjadi masalah ialah si kecil Hud. Memang tak makan fakta dan pujuk. Solusinya, aku terpaksa campur ke dalam sup, bubur nasi, kurma ayam, nasi, ayam masak kicap even dalam cucur bilis pun aku tambah. Hilang rasa bersalah aku kat Hud dan dia pun dapatlah merasai manfaat minyak zaitun sama seperti akak dan abangnya.
Salah satu jenama minyak zaitun yang pernah aku guna ialah Organik Extra Virgin Al' Ard. Rasa minyak zaitun ni aku boleh telan. Kalau tak boleh makan mentah, ada pelbagai cara lain yang dah aku kongsikan dalam artikel ni. Di bawah ni, aku kongsikan juga apa istimewanya produk keluaran Al' Ard.
PREMIUM ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
- Minyak Zaitun terbaik 'AWAL MUSIM' dari pokok zaitun tua mencecah hingga 500 tahun.
- Diiktiraf Organik & Fairtrade.
- Kandungan acidity dibawah 0.5%.
- Hasil perahan buah zaitun terbaik jenis Nabali, Room dan Souri akan dipilih dan diproses dalam tempoh 24jam selepas dipetik.
- Hasil tanaman dari 50 ladang di sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
- Diproses secara perahan sejuk (cold pressed) mengikut standard piawaian International Olive Oil Council.
- Terdapat dalam saiz 500ml & 250ml.
Tips pemilihan minyak zaitun. |
Carta Tapisan Minyak Zaitun |
CARA PENGAMBILAN MINYAK ZAITUN
- Di ambil secara terus. Minum 1 sudu besar sebelum sarapan dan sebelum tidur. Jarakan pengambilan air 3 minit selepas minum Minyak Zaitun.
- Di campur dalam makanan. Campurkan beberapa sudu dalam masakan yang telah siap dimasak atau di cicah dengan roti dan Za'atar.
- Sebagai sapuan pada anggota badan dan rambut. Bagi melembap dan merawat masalah kulit serta keradangan sendi dan kesan parut.
CARA PEMILIHAN MINYAK ZAITUN YANG BERKUALITI
- Minyak Zaitun yang berkualiti harus dibotolkan dalam botol kaca gelap supaya tidak terdedah kepada cahaya UV.
- Diproses secara perahan sejuk (Cold Pressed) mengikut standard piawaian International Olive Oil Council.
- Pembotolan Nitrogen Injection digunakan bagi mengekalkan kandungan khasiat serta mengelakkan Minyak Zaitun dari Teroksida (Oxidation).
- Pokok Zaitun yang lebih tua akan menghasilkan minyak yang lebih berkualiti dan berkhasiat.
- Pokok yang di tanam dikawasan gunung dan tanah tinggi lebih terdedah kepada cahaya dan kurang kandungan air yang menghasilkan buah yang lebih berkualiti.
Disebabkan minyak zaitun mempunyai kandungan tinggi antioxidants, termasuk vitamin A dan E, ia mempunyai kelebihan untuk memperbaharui dan melambatkan kesan penuaan secara semulajadi pada kulit.
Dengan menggunakan sabun yang diperbuat dari minyak zaitun, ia akan membantu untuk melindungi dan memperbaik pulih KEDUTAN yang berpunca dari pendedahan matahari, pencemaran, asap dan pemakanan yang tidak sihat.
Bebas dari PARABENS, SLS, SLES, PRESERVATIVES, ARTIFICIAL COLOURS dan FRAGRANCES.
- Dihasil menggunakan kaedah buatan tangan oleh petani wanita Palestine di Nablus.
- Menggunakan bahan asli tanpa campuran dari bahan kimia yang merbahaya.
- Sesuai digunakan pada muka, badan dan rambut sebagai shampoo (sabun cecair).
- Terdapat dalam saiz 150gm dan 500ml (cecair).
KHASIAT ZA'ATAR
- Menajamkan minda.
- Melancarkan sistem respirasi.
- Mengurangkan keradangan.
- Memberi tenaga.
- Meningkatkan sistem metabolisma.
- Menguatkan tulang.
- Melancarkan peredaran darah.
- Menguatkan daya imunisasi.
- Anti kulat / fungus.
- Mencantikkan kulit.
CARA PEMAKANAN ZA'ATAR
Za'atar boleh di makan bersama roti dan minyak zaitun. Mula-mula, cicah roti ke dalam minyak zaitun dan kemudian cicah ke dalam Za'atar.
Di taburkan ke atas makanan seperti roti, telur dadar, salad, sayuran yang telah di masak dan ubi yang telah direbus. Boleh juga di tabur ke atas doh roti sebelum dibakar.
Di masak bersama bahan mentah. Gaul bersama bebola daging atau kebab sebelum di masak atau di jadikan bahan perapan ayam, kambing dan daging lembu.
* Untuk lebih enak tambahkan sedikit Minyak Zaitun ketika menggunakan Za'atar.
Di taburkan ke atas makanan seperti roti, telur dadar, salad, sayuran yang telah di masak dan ubi yang telah direbus. Boleh juga di tabur ke atas doh roti sebelum dibakar.
Di masak bersama bahan mentah. Gaul bersama bebola daging atau kebab sebelum di masak atau di jadikan bahan perapan ayam, kambing dan daging lembu.
* Untuk lebih enak tambahkan sedikit Minyak Zaitun ketika menggunakan Za'atar.
Al Masoud Trading
G33A, Block 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5524 5570 / 019 409 5570
Dibuka Isnin – Ahad (Setiap Hari)
Jam: 11:00 pagi – 7:00 malam
Website
Facebook
Slalu bca kebaikan minyak zaitun cuma xde kekuatan lgi nak telan..
BalasPadamJenama Al Ard ni memang sedap di telan. Telan sambil pejam mata bayangkan manfaatnya. 😊
PadamMinyak zaitun ni memang banyak kebaikannya kan,letak kat salad pun sedap.
BalasPadamBetul. Memang sedap tau renjis2 kat salad.
PadamMinyak zaitun memang sentiasa ada kat rumah.. Tapi bab kena botol kaca gelap.. Yang tu info baru.. Thank you kongsikan pasal ni..
BalasPadamBab botol kaca gelap. Yang ni ramai yang baru tahu termasuklah penulis blog ni. 😬
PadamMinyak zaiton ni byk kelebihan dan kebaikan dia .
BalasPadam1001 manfaat. ❤
Padammemang bagus produk dari pokok zaitun ni,dah la makanan sunnah berkhasiat tuk macam2 pulak
BalasPadamNak awet muda pun boleh. Kaya vitamin E. 😍
Padamtak pernah lagi try. mungkin lepasni boleh diaplikasikan demi kesihatan dan kesejahteraan hidup. hahahaa.. tq for sharing
BalasPadamSelalu beli olive oil dalam clear bottle. Pasni nak kena cari yang dalam dark bottle pula.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!